BAB 5

10.2K 314 23
                                        



















                  

Sebelum aku melangkah masuk didalam bilik Yusof, aku memperlahankan langkahku. Aku menghela nafas berat sebelum membuka pintu bilik.

Sebaik sahaja pintu dibuka sepenuhnya, aku dapat lihat Yusof yang sedang memandang aku dan terus memberikan ku pandangan tajam.

"lagi lagi kau." ujarnya yang terus membuang pandangannya dari aku.

Namun, ia tidak membuatku mengalah untuk terus mendekatinya.

"encik. Mari encik saya bawa encik ke tandas, encik kene mandi. Bersihkan diri."

"kisah pulak aku. dah lah. Tolonglah jangan kacau aku. pergi." Yusof memeluk tubuhnya.

Mengapa begitu sukar untuk Yusof mengalah? Mengapa harus dia berasa seakan dunianya seolah olah sudah berakhir?

"kenapa encik tak boleh mengalah dan ikut apa sahaja yang saya cakapkan?" ujar aku dengan nada tegas.

"kau sendiri tak nak mengalah. See. Kenapa tak engkau yang mengalah dan ikut apa sahaja yang aku cakapkan." Yusof tersenyum sinis.

Betul kata orang. Orang berhati batu seperti Yusof susah dibuat toleransi. Aku sungguh tidak mengeri mengapa Yusof tidak mampu menerima hakikat bahawa Linda bukanlah seorang wanita yang baik untuknya. Sudah terang lagi bersuluh, dia meninggalkan Yusof disaat Yusof memerlukannya. Tidakkah itu menjadi satu petanda bahawa Linda itu tidak mencintai Yusof sepenuh hati. Cinta mereka sayangnya tidak selari kerana kini cinta Linda sudah pun berputar arah.

Aku melepaskan keluhan geram sambil memandang liar kearah sesuatu yang berada diatas katil Yusof. Sesuatu yang berbentuk segi empat, seakan akan bingkai gambar.

Aku perhatikan gambar yang tersimpan rapi didalam bingkai itu. gambar seorang wanita yang tidak menutup rambutnya sedang tersenyum.

Aku tersenyum sinis, tidak percaya akan hakikat bahawa Yusof memang betul betul tergilakan wanita yang masih dianggap kekasihnya, Linda.

"saya tak percaya yang encik masih tak boleh lepaskan Linda. Tolonglah encik, dengan cara macam ini, sampai bila bila pun encik takkan dapatkan Linda balik."

"kalau kau nak aku berubah, kau bawak Linda ke sini."

Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum sinis buat kedua kalinya. Aku tidak percaya. Betapa lelaki ini berkata menggunakan akalnya yang tidak lagi waras.

"kalau betul pun dia ada dekat sini, apa yang encik boleh buat? Encik akan membebankan dia lagi. Kalau encik kata encik cintakan dia kenapa encik harus membebankan dia?"

"a-aku.. aku Cuma nak tengok dia." Yusof menundukkan wajahnya.

"t-tolong bawak aku jumpa dia.. please.."  Yusof merayu dengan suaranya yang serak.

Aku merenenung jauh kedalam anak mata Yusof. Dia benar benar mahu berjumpa dengan Linda. Aku dapat lihat keihklasan dia mencintai wanita itu. Nampaknya dengan cara itu sahaja mungkin dia akan sedar. Aku tidak tahu apa yang akan Linda buat jika aku pertemukan mereka. Kalau dengan cara itu Yusof akan mengikut segala perintah, mungkin itu adalah yang terbaik.

Aku mengeluh lemah. Kemudiannya, aku sendiri tidak percaya dengan keputusan yang aku buat. Aku menganggukkan kepala tanda aku bersetuju dan berjanji akan menolong Yusof dengan membawanya berjumpa Linda.

Yusof tersenyum puas. Aku tersenyum melihat dia tersenyum. Ini adalah pertama kali aku melihat dia tersenyum. Senyumannya begitu indah dan manis. Tak ku sangka dia memiliki senyuman yang begitu cantik. Tapi sayang, orang seperti Linda tidak menghargai senyuman itu.

Pelacuran Cinta(boyxboy)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang