Petang itu, Irwan kembali pulang ke rumah. Aku memeluknya setelah sekian lama tidak berjumpa dengannya.
"Rindunya aku dekat kau." Aku tersenyum setelah melepaskan pelukannya.
"tulah. Aku ada urusan keluarga. Macam biasalah." Irwan ketawa sinis.
"Tapi kat sana aku ada jumpa abang Seman. Dia ada cerita pasal plan kau nak pindah kat tempat dia."
Perlahan-lahan aku mengangguk. Aku terkejut tatkala Irwan sudahpun tahu tentang plan aku itu. Beberapa hari yang lalu aku cuba mengumpul idea untuk bercakap dengannya. Kerana hal ini tidaklah mudah memandangkan aku dan Irwan tinggal bersama. Aku tidak mahu dia terasa seperti aku meninggalkannya.
"Abang Seman bagitau eh?"
Irwan mengangguk sambil tersenyum. "ya. Dia ada telefon aku masa aku dekat KL. Dia ada ajak jumpa dengan dia. Masa jumpa tu dia ada cerita pasal kau semenjak aku takde."
Aku terdiam, masih memikirkan ayat yang terbaik supaya aku tidak menyinggung perasaan Irwan.
"A-aku baru nak bagitau kau bila kau balik sini."
Irwan masih dengan senyumannya. "aku faham. Kau jangan fikir aku marah. Aku lagi suka bila kau dapat buat apa yang kau nak dalam dunia ni. Lagipun aku senang hati tengok kau dah jumpa kebahagiaan yang kau nak."
Aku mengangguk kecil. "terima kasih Wan."
Irwan menggosok tanganku. "aku harap lepas ni kau tak perlu hidup dengan rasa rendah diri, dan takut dengan masa depan."
Aku membalasnya dengan seyuman. "aku pun harap macam tu. Aku harap aku dapat balas jasa kau satu hari nanti. Aku nak kau tau aku sanggup buat ape saje untuk kau lepas ni. Kau jelah keluarga yang aku ada."
Irwan membesarkan matanya. "aku tolong kau ikhlas tau. Aku tak harapkan balasan. Aku dah anggap kau pun macam keluarga aku. Aku cuma berharap di mana kita berada di masa depan nanti, kita tak lupa antara satu sama lain."
"terima kasih sekali lagi tau Wan."
Irwan mengangguk. "dah lah." Irwan ketawa kecil. "Ni, kau dah siap-siap kemas barang untuk pindah nanti?"
Aku menggeleng. "belum. Alah lagipun barang aku tak banyak. Aku pun sebenarnya berniat nak duduk rumah Abang Seman sementara waktu je. Aku nekad aku nak sewa tempat aku sendiri. Tak dapat rumah besar, dapat rumah kecik pun aku dah gembira."
"faham. Kalau kau nak duduk rumah aku yang dulu pun aku okay je. Kau tahu kan pintu rumah tu sentiasa terbuka untuk kau."
Aku menggosok lengan Irwan. "aku tau. Cuma kalini aku nak rasa hidup berdikari. Aku nak cuba hidup sendiri atas hasil yang usaha aku sendiri, tanpa bantuan orang lain."
Irwan mengangguk. "baguslah camtu."
"Kau pun sama. Lepas aku dah ada rumah nanti, pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau."Irwan ketawa. "nanti kalau kau dah ada rumah aku serbu rumah kau time tu juga."
Aku turut ketawa. "boleh. Kau nak duduk dengan aku tanpa bayar sewa pun boleh. Aku tak kisah."
Irwan menggeleng. "aku senang sangat. Tengok kau gembira macam ni. Tengok kau dah ada rasa yakin dengan diri sendiri dan masa depan kau. Aku harap kau kekalkan sikap macam ni. Buang semua yang pedih, ambil semua aura ceria."
Aku mengangguk. "ni, aku ada masak kalau kau nak makan, ada kat dapur."
Cepat-cepat Irwan mengangguk. "wah Langkah kanan. Aku memang tengah lapar gila ni."
YOU ARE READING
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...