BAB 28

4.7K 192 14
                                        

Keputusanku sudah muktamad. Pemergian ku dari kota ini adalah untuk memulakan hidup baru. Hidup diatas kekuatan dan kebolehanku sendiri.

"Zat! Barang kau dah siap kemas?" Tanya Irwan sambil menzip beg pakaiannya.

Aku melihat dua beg bajuku dan tersenyum lemah. "semua barang aku dah siap. Aku tak bawak banyak pun."

Sememangnya aku masih terasa sedikit berat hati untuk pergi namun, aku harus cekalkan diri. Ini adalah yang terbaik.

Irwan tersenyum. "okaylah kalau macam tu. Kita gerak sekarang jelah ya."

Aku mengangguk lemah sambil tersenyum.

Irwan mengusap bahuku. "dahlah. Kau kene ingat. Ini adalah permulaan baru untuk kau. Kau bukak buku baru. Tinggalkan buku lama. Jangan diingat masa lalu. Fokus dengan masa depan kau faham."

Sekali lagi aku mengangguk. "aku faham. Dah jum."

Aku menggalas beg pakaianku dan membimbit yang lainnya. Irwan tersenyum sebelum turut membimbit beg pakainnya.

Aku melepaskan keluhan panjang sebelum tersenyum dan terus berjalan keljar dari rumah itu.

Aku bakal merindui rumah ini. Rumah Irwan. Rumah yang telah banyak membantuku sepanjangku membesar. Dari pahit dan manis. Semua itu cukup membuatku rasa bersyukur diberi tempat untuk berlindung. Meskipun kecil. Namun cukup berharga.

Aku merenung kesibukan kota dari beranda sambil menunggu Irwan mengunci pintu rumahnya. Aku bakal merindui suasana ini. Aku tahu itu. Kota yang tersimpan seribu satu rasa benci dan sayangku, kisah hidupku dan peritnya aturan takdirku.

Aku tersenyum kecil. Segalanya akan berubah. Semuanya akan menjadi baru. Hidup aku yang baru. Aku harus bina dunia yang baru. Dunia Aizat yang baru. Yang tiada lagi tangisan dan air mata sedih. Yang ada hanyalah gelak dan tawa.

"Zat. Jum. Kita gerak sekarang jum."

Aku memandang kearah Irwan dan tersenyum. "jum."

Perlahan lahan aku berjalan bersama Irwan menuju kekeretanya. Sambil itu aku hanya memerhati orang ramai yang sibuk naik turun dibangunan ini. Setiap langkah kakiku itu tersimpan memori. Memori yang akan aku ingat hingga hujung hayatku. Hari bermulanya hidupku yang baru.

Usai sampai dikereta, aku meletakkan beg pakaianku dan Irwan di tempat duduk belakang.
Kemudiannya aku terus melabuhkan punggungku ditempat duduk hadapan.

Irwan tersenyum lebar disebelahku.  "kau okay?"

Aku mengangguk sambil tersenyum. "aku dah siap sedia untuk mulakan hidup yang baru."

Irwan meghela nafas lega. "okaylah kalau kau cakap macam tu. Sekarang ni kita gerak dulu ya. Kita pergi petrol dulu isi minyak. Lepas tu nanti kalau kau nak tidur tidur je. Aku okay drive sorang sorang."

"takpe. Aku temankan kau. Kesian dekat kau nanti bawa sorang sorang, mengantuk. Bahayalah."

Irwan tersenyum sahaja. "ha yalah. Ni nanti kalau kau nak turun singgah mana mana cakap jelah."

Aku mengangguk faham. "okay."

Irwan mula menghidupkan enjin keretanya. Aku menekan butang radio sebelum memakai tali pinggang keledar.

Aku berharap semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

'hilanglah kenangan luka, tergantikan cerita yang berkisahkan cinta.. Dan memberi harapan untuk kita berdua. Saling menjaga dan setia.. Untuk selamanya..'

Pedih. Namun itu sememangnya yang terbaik. Aku harus belajar untuk melupakan. Melupakan masa lalu.

--

Pelacuran Cinta(boyxboy)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang