BAB 12

6.5K 271 22
                                    










           

Malam yang dingin terasa panas. Mungkin itu adalah kesan dari ubat yang aku makan sebentar tadi. Perlahan lahan aku cuba bangun dari katil dan berjalan kearah suis lampu. Sebaok sahaja lampu terbuka, Aku melihat kearah jam yang tergantung didinding. Jarum pendek terhenti pada nombor 3 manakala jarum panjang berhenti pada nombor 30.

3:30 pagi aku terjaga dari tidurku. Dahiku basah dengan peluh. Aku terpandang kearah lantai. Cool fever yang diletakkan dikepala sudah terlantar diatas lantai. Seluruh tubuhku terasa hangat dan basah. Aku tersenyum. Itu adalah tanda tanda bahawa badanku sedang dalam proses melawan demamku.

Haus. Tekakku kering. Mungkin kerana badanku berpeluh dan aku memerlukan air yang banyak.

Dengan tenaga yang ada, aku membuka pintu dan berjalan keluar dari bilikku. Niatku adalah untuk mengambil secawan air didapur untuk membasahkan tekakku yang lagi kering.

Tika aku melangkah kedapur, langkahku mati diruang tamu tatkala terpandang Hakimi yang terbaring diatas sofa diruang itu. Dia kelihatan lagi sedang nyenyak tidur.

Jujur, kalau diikutkan hati, mahu aku mendekatinya dan mengejutnya untuk kembali tidur dibiliknya. Namun aku tahu, aku tidak seharusnya menunjukkan sifat prihatinku kepada dia selagi masalah ini belum selesai. Sifat aku yang akan membawa dia jatuh jauh kedalam kekeliruan ini.

Cepat cepat aku menggelengkan kepala. Jangan. Jangan ditambah lagi minyak kedalam api.

Aku menyambung semula langkahku kedapur. Aku menekan suis lampu dan terus mencari gelas dan diisi dengan air daripada mesin penapis air yang ada didapur tersebut.

Lega. Badanku mula rasa lega. Rasa penat mula berkurangan. Namun tak kusangka rasa lapar mula menyelebungi diri. Perutku berbunyi minta diisi. Aku mengemam bibirku menahan lapar. Manakan ada makanan pada pagi buta ini. ini bukannya bulan puasa. Lagipun ini rumah orang. Manakah adabku jika aku selongkar dapur orang hanya untuk mengisi perutku.

Aku mengeluh. Andai saja aku berada dirumah Irwan, pasti aku dapat buat sesuatu untuk menghilangkan rasa lapar ini.

Aku meneguk air kosong lagi dan lagi untuk mengisi perutku supaya rasa lapar hilang. 

Namun perutku masih berdegil. Nafsu laparku membuak. Aku pasrah. Tiada apa yang kau boleh lakukan didapur ini.

Dengan hati yang pasrah, aku meletakkan semula cawan berisi air kedalam sinki dengan niat untuk membasuh kemudiannya.

Tiba tiba sahaja mncul seseorang masuk kedapur dan terus membuka peti ais yang berlawanan dengan tempatku berdiri.

Aku menoleh dan mendapati Hakimi sedang meneguk air oren yang berada didalam botol. Cepat cepat aku memalingkan wajahku kearah sinki dan terus meletakkan cawan yang kini bersih tempat sepatutnya.

Aku menutup paip air sinki dan bersiap sedia untuk berjalan masuk kebilik sebelum bahuku dipegang oleh tak lain gan tak bukan, Hakimi. Dia menarik bahuku untuk memandangnya.

Dengan sekelip mata sahaja tangannya sudah pun menempel didahiku untuk diperiksa suhuku.

"dah tak panas.." ayat yang keluar dari mulutnya.

Aku hanya mampu memberikannya senyuman kecil.

"lapar?" lagi soalan diberikan kepada aku.

Aku menggelengkan kepala, cuba untuk menafikan walaupun sememangnya aku tersangatlah lapar. Aku tidak mahu berada bersama Hakimi agak lama didalam dapur itu.

Hakimi sepertinya dapat merasakan bahawa aku tidak berlaku jujur. Tidak semena mena dia menarik tangan aku dan mengarahkan aku untuk duduk diatas kerusi yang ditarik dengan tangan sebelahnya.

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now