BAB 14

6.1K 224 20
                                    












Taman ini begitu indah. Rumah ini begitu besar dan luas. Setiap manusia itu pasti mengidamkan sebuah rumah yang kelihatan seperti istana. Seperti rumah ini.

Terbina dengan seninya yang sangat terperinci. Dihiasi dengan taman dan kebun yang mampu menghidupkan lagi seri pada rumah ini.

Aku ketawa disaat terfikirkan masa laluku. Betapa dulu, aku sering mengimpikan sebuah keluarga yang baik dan sebuah rumah yang cukup selesa dan besar. Namun itu hanya mampu aku tulis didalam karangan. Sebuah mimpi yang hanya mampu ditayangkan diatas kertas.

Tak kusangka, aku mampu memijakkan kaki disebuah rumah yang besar seperti ini. meskipun ia bukanlah hak milikku, namun angan angan itu apabila tercapai, sudah cukup membuatku rasa bersyukur. Bersyukur kerana didalam kesempitan yang aku rasa, Tuhan memberikan ku sedikit kebahagiaan.

"kenapa kau tersenyum sorang sorang?" sapa Yusof yang membuatku terkejut, malu tertangkap mengelamun.

"takde apa apalah Encik. Saya Cuma rasa senang?"

Yusof tersenyum sinis. "kenapa senang? Senang hati sebab dapat goda abang aku ke?"

Aku menunduk menahan malu. Yusof sudah kembali dengan sifat lamanya.

Aku menghela nafas lemah sebelum memandangnya semula. "kenapa Encik masih rasa saya menggoda Encik Hakimi?"

Yusof ketawa sinis. "kau rasa aku bodoh? Kau ingat aku ni ayam ayam macam abang aku? Dari gaya kau aku dah tahu. mungkin kau goda abang aku dengan kata kata manis kau tu kan? Well aku saja nak uji kau, nak tengok kau macam mana. ternyata kau ni licik kan? Sanggup kau goda lelaki sedangkan abang aku pun lelaki. Kau buat dia kagum dengan cerita sedih kau tu kan. Even kau gay sekalipun, please, please, not my brother. Jangan rosakkan hubungan kekeluargaan keluarga aku. Mentang mentang abang aku jenis baik, senang tersentuh dengan kata kata. He's not even gay to begin with. Kau ada pakai ilmu apa apa ke?"

Aku terdiam. Sungguh ku tak sangka. Betapa Yusof sememangnya masih tidak berubah. Disebalik senyumannya yang kurasa ikhlas, hanyalah sebuah topeng yang dipakai. Sakit. Terlampau sakit bila diri dihina. Namun perasaan sakit ini membuatku rasa terbiasa. Aku adalah pelacur. Cacian dan hinaan itu adalah zikir yang selalu terngiang ngiang digegendang telingaku. Meski terluka, apa yang aku boleh buat? Siapa saja yang mahu mendengar rintihan hati seorang pelacur ini?

Mungkin benar kata kata Yusof. Mungkin selama ini, dalam diam aku menggoda Hakimi. Mungkin benar aku yang jahat. Kerana kata kata seorang pelacur itu, semestinya ayat ayat manis yang bertujuan menggoda pelanggan. Mungkin sifat pelacur itu dalam diam sudah pun mengalir dalam diri aku. Meski aku tak rela pada mulanya. Namun hakikatnya, pelacur itu tetap juga pelacur sampailah dia mati bukan.

"Encik, jika benar encik rasa saya nak goda Encik Hakimi, saya rasa Encik boleh simpan saja air liur Encik dari terus mencaci, menghina, menuduh saya yang bukan bukan." Aku menghela nafas berat sebelum memnyambung ayatku.

"sebab saya rasa macam nilah. Kalau Encik rasa encik nak tengok saya pergi jauh dari abang Encik, satu je saya mintak. Satu syarat sahaja. Encik kena sembuh secepat mungkin. Saya berjanji, malah bersumpah." Aku mengangkat tangan kananku dihadapan Yusof. "saya bersumpah atas nama saya sendiri, saya akan pergi jauh dari Encik Hakimi, dan saya akan pergi jauh dari keluarga Encik sebaik sahaja Encik sembuh. Saya akan pastikan saya takkan pernah sekalipun terserempak dengan Encik Hakimi baik Encik sendiri sekalipun."

Yusof ketawa sinis. "ha bagus. Bagus. Baik. Okay. Aku akan pastikan aku sembuh cepat dan sesaat aku berjaya berjalan semula, kau kena tinggalkan abang aku dan semua keluarga aku faham?"

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now