Menonton wayang bersama Hakimi adalah satu memori yang indah bagi aku. kenangan manis yang tercipta sepenuhnya setelah sekian lama aku tidak memiliki itu. ditambah pula dengan kehadiran anaknya, Arman yang menceriakan suasana membuat aku terfikir. Begitu seronok kehidupan seorang manusia yang memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Dapat bersama sama meluangkan masa senang.
Aku tak pernah merasai pengalaman itu. bertuah Arman kerana memiliki seorang ayah yang teramat menyangainya. Seorang ayah yang dia boleh bergantung harap.
Tidak seperti aku. takdir aku lebih merumitkan. Aku hanya mampu melihat orang lain bersenang bersama ayah dan ibu mereka. Menyaksikan itu sudah cukup membuat hati aku sakit. Namun aku masih bersyukur. Kerana Nek Sha berada disisi aku. orang tua itulah yang menjadi tempat aku bergantung harap. Dialah pahlawan aku jika aku mampu menamakan seorang pahlawan.
"Aizat.. so, wayang dah habis. Kita nak pergi mana?" tanya Hakimi yang mendukung Arman.
"saya ikut je. saya tak tahu sangat nak buat apa."
"papa.. Arman nak tidur.." rengek Arman manja sambil menggaru matanya.
Hakimi tersenyum sambil menepuk belakang anaknya.
"anak papa dah mengantuk ye. Okay kalau macam tu kita balik okay sayang."
Arman menganggukkan kepalanya. Aku hanya mampu tersenyum menyaksikan kerenah anak dan ayah itu.
"Aizat, kita balik je lah ya. Arman pun dah mengantuk dah ni."
Aku menganggukkan kepala.
Hakimi memang seorang ayah yang baik. Dia terlihat seperti seorang lelaki yang diidamkan perempuan. Hatinya baik, dia ramah dengan semua orang, dan dia terlampau menyanyagi anaknya. Cukup sempurna untuk memenuhi ciri ciri lelaki idaman seorang wanita. Tapi entah mengapa mesti dia dan isterinya berpisah. Takdir itu kejam bukan? Kedengaran kejam. Tapi setiap takdir itu, pasti ada sebab musabab yang hanya Tuhan sahaja yang tahu. sukar untuk kita tahu akan takdir yang sudah tertulis diluh mahfuz.
Mungkin juga, Hakimi mempunyai kekurangan yang aku tak Nampak. Mungkin juga. Setiap manusia, ada kurang dan lebihnya. Kadang kadang, kita terasa dunia kita terlampau sempurna sehingga kita lupa akan satu perkara. Kita lupa bahawa kita juga manusia. Manusia itu lemah. Kerana disebalik tubuh kita, ada sebuah hati yang mengawal segala emosi. hati ini lebih kuat pengaruhnya dari akal. Sebagai contoh, tatkala hati terluka, hati kita terasa sakitt, membuatkan akal kita memaksa diri kita untuk menangis. Sedangkan ikutkan akal yang matang, kita tak harus menangis untuk menjadi kuat.
Hati yang mengawal akal. Mugkin ya, mungkin tidak.
"Aizat.. awak tolong letakkan barang barang ni semua dekat bonet eh?"
"okay" balas aku ringkas sambil mengambil barang barang dari genggaman Hakimi.
Aku menutup bonet belakang kereta setelah meletakkan semua barang. Aku membuka pintu di tempat duduk hadapan ditepi pemandu dan cepat cepat masuk. Aku menoleh kebelakang dan melihat Arman yang sudah terlelap ditempat duduknya.
"penat sangat dia. seronok sangatlah tu." Hakimi tersenyum sambil mula menghidupkan enjin.
"abang Kimi untung dapat Arman. Sedikit sebanyak dengan adanya Arman menambahkan kebahagiaan dalam hidup kan.." aku tersenyum memandang Hakimi yang sedang sibuk memandu.
"saya bersyukur dapat Arman Aizat. Dialah segalanya bagi saya. dia adalah sumber kebahagiaan saya."
"saya percaya abang Kimi bahagia dengan Arman. Eloklah macam tu."

ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...