Hari berlalu pantas sehingga aku tidak sedar Abang Seman sudah hampir selesai tugasannya.
"ni abang Seman. Mak cik Su rumah sebelah ajak makan sama sama lepas ni. Harap abang Seman sudilah." aku tersenyum kecil sambil melabuhkan punggungku di pangkin buruk diluar rumahku.
Abang Seman yang baru sahaja selesai terus membuka segala peralatan keselamatan yang dipakainya. Kain buruk didalam begnya dicapai sebelum dikesat peluhnya.
"oh yeke. Kalau macam tu abang setuju je. Nanti kita pergi sama samalah boleh?"
Aku mengangguk kecil sebelum menolak cawan kopi kearahnya.
"ni abang Seman minumlah dulu."
Abang Seman tetap dengan senyumannya meski dia tercungap cungap mengambil nafas.
"ni kalau Abang Seman nak tumpang mandi pun boleh. Macam biasalah abang Seman tak perlu segan seganlah."
Abang Seman menganggukkan kepalanya sebelum dia menghirup air kopi.
"abang Seman..." Irwan terjerit dari pintu depan sambil berjalan kearah kami.
"ni Abang Seman. Duit upah potong rumput dan semua lah." Irwan menghulurkan sepucuk sampul surat yang berisikan duit upah potong rumput.
"ni. Terima kasih banyak ya Irwan. Kalau kamu ada benda yang nak abang buat bagitahu je." Abang Seman tersenyum senang sambil mencapai sampul surat tersebut.
"ni abang Seman siap siaplah dulu. Mak cik Su dah panggil makan sekali tu."
Abang Seman mengangguk. Aku hanya mampu tersenyum melihatnya yang akan mulai hilang bayang untuk hari hari seterusnya.
"terima kasih ya abang Seman sebab dah tolong potong rumput, dah tolong racunkan sekali. Sedar tak sedar siap jugak akhirnya." ujarku agak sedih.
Entah mengapa timbul perasaan sedih dalam hatiku. Tatkala aku memikirkan aku tidak akan lagi bertemunya seperti selalu membuat aku rasa kosong. Mungkin aku takut untuk rasa kehilangan. Kehilangan seorang kawan baru yang aku mulai selesa bersama.
"zat. Kau okay ke?" Irwan menggoncang bahuku perlahan.
Aku terus menggeleng laju sebelum tersengih malu memandangnya. "maaf. Aku okay. Cuma mengelamun sekejap."
Aku melepaskan keluhan panjang sebelum mengajak Abang Seman masuk kedalam rumah untuk bersiap siap ke rumah Mak cik Su.
"abang Seman masuklah sekali. Mandi lepastu boleh siap siap kita terus gerak pergi rumah Mak cik Su."
Abang Seman hanya membalas dengan ukiran senyuman manisnya sebelum mengemas barangmya terlebih dahulu.
Aku dan Irwan terus melangkah masuk kedalam rumah kami.
"zat kau kau okay ke tak ni?" tanya Irwan sambil memegang bahuku.
Aku mengukirkan senyuman kecil untuk melegakan perasaanya. "aku okay jelah. Cuma aku rasa agak sedih. Yalah selalu abang Seman ada. Bolehlah aku berbual. Makan sama sama. Lepas ni dah takde orang dah nak makan dengan kita kan. Takde orang nak berbual dengan kita."
Irwan terdiam seketika. "kalau kau nak kita boleh je pergi rumah abang Seman bila bila masa. Dia pun mesti tak kisah kalau sekali sekala kita jenguk dia kan."
Aku mengangguk faham. "dahlah. Kau jangan risau lah. Aku cuma sedih sikit je. Esok lusa perasaan sedih aku ni hilanglah."
Irwan tersenyum. "hmm yalah. Ni aku nak siap siap kejap. Kau pun siap siaplah. Aku lapar betul ni haha."
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomantikKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
