"Apa lagi salah saya kali ni?" ujarku di saat pintu terbuka.
Hakimi berdiri tepat di hadapanku dengan wajah sedihnya. Dia hanya mendiamkan diri. Kepalanya ditundukkan. Mataku tertangkap beg kertas yang dipegang di tangannya.
"Assalamualaikum." Lemah sahaja suaranya.
"Waalaikumsalam. Ada apa ya datang rumah saya? Kali ni apa yang hilang?" tanyaku, agak kasar.
Hakimi menggeleng. "takde ape-ape yang hilang. Cuma..."
Dia kelihatan berbeza dari hari yang lepas. Kelihatan lebih tenang. Suaranya jelas lembut dan tidak kasar.
"Cuma apa lagi? Encik Hakimi tak puas hati lagi selagi saya tak keluar dari kampung ni?"
Dia menggeleng. Bibirnya diketap agak kuat. Dia kelihatan sangat resah.
"kalau takde ape-ape yang penting, lebih baik encik balik. Saya takde masa nak layan encik."
Hakimi menarik nafas panjang sebelum melepaskannya agak kuat.
"Fine. Tujuan saya datang sini, sebab nak berterima kasih,"
Matanya tepat memandangku.
"Berterima kasih untuk apa ya?" soalku pura-pura tak tahu.
Dia berdehem kecil, "terima kasih sebab kalau bukan sebab awak, mungkin kes culik Arman tu akan berleretan lamanya."
"Kenapa perlu berterima kasih dekat saya ya?. Saya bukan polis yang tangkap penjenayah. Seingat saya, ada orang yang fitnah saya kata saya yang culik anak dia."
Dia menunduk lemah, tidak berani memandangku. Hanya kata maaf yang keluar dari mulutnya.
"Sorry."
Aku turut terdiam seketika, cuba mengumpulkan kekuatan untuk berhujah dengannya lagi.
"Macam ni lah Encik Hakimi." aku berdehem kecil.
"Semua benda dah jadi. Apa yang baik sekarang, kita buat haluan masing-masing. Saya dah tak nak ada apa-apa hubungan atau apa-apa perjumpaan lagi dah dengan Encik." Aku berhenti untuk melepaskan keluhan kesal.
"Kalau Encik betul-betul ikhlas nak minta maaf, saya cadangkan elok kita tak berjumpa lagi dah lepas ni. Dengan cara tu, baru hati saya tenang dan ikhlas untuk terima maaf encik."
Hakimi masih kaku, berdiri seperti patung.
"Baliklah Encik. Lebih baik simpan tenaga untuk benda lain dari kita bergaduh dekat sini,"
Tangannya lantas menghulurkan beg kertas di hadapanku. "sebagai tanda minta maaf."
"saya tak harapkan apa-apa pun selain encik pergi dari sini dan tak ganggu saya lepas ni lagi dah."
Dia masih terdiam. Matanya berubah memandangku.
Aku mengeluh. Perasaan kesal mula menyebelungi diriku.
Rimas.
Perlahan-lahan tanganku mencapai beg kertas itu. "terima kasih."
Ringkas sahaja balasku dek aku mula rasa penat berceloteh namun langsung tidak diambil peduli olehnya.
Aku tidak langsung memandang wajahnya. Aku bergegas melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menutup pintu di hadapannya.
Hadiah pemberiannya itu ku pandang agak kesal sebelum meletakkannya di atas meja di ruang tamu. Aku melabuhkan punggungku di kerusi kayu itu sambil berharap Hakimi segera pergi dari rumahku.
Aku duduk terdiam, mengeluh dan terus melepaskan keluhan. Aku cuba menahan perasaanku dari menangis. Seketika itu aku terdengar bunyi enjin kereta dari luar rumah. Aku yakin dia akur dengan pemintaanku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
Roman d'amourKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
