BAB 10

7.2K 299 53
                                    










                  

Aku berharap hujan turun tatakala itu juga. supaya aku tidak berasa keseorangan menangis seorang diri. Bila ditemani hujan, aku seakan dapat merasakan betapa langit lagi menangis. Atas sebab tertentu mungkin.

Aku sedar yang aku hanyalah manusia biasa. Dalam keadaan macam ini, mungkin air mata adalah terapi yang terbaik. Terapi untuk mengubat rasa duka.

Usai salin pakaian, aku berjalan keluar dari bilik aku.

Namun aku terkejut tatkala aku terlihat Hakimi yang baru keluar dari bilik Yusof. Mungkin dia baru sahaja meembawa Yusof masuk keadalam biliknya.

"a-abang.." belum pun aku sempat habis menyebut satu perkataan, Hakimi terus berjalan pantas meninggalkan aku. Langsung dia tidak toleh, memandang aku yang perasan akan dia dari tadi.

Aku hanya mampu melihat dirinya yang kian menjauh dari aku.

Bukan niatku untuk membahas soal kami. Cuma aku mahu menyampaikan satu hajat. Satu permintaan darinya. Aku hanya mahukan satu permintaan daripadanya.

Aku teringin untuk menjenguk Irwan dalam minggu ini. Sudah lama aku tidak bertemu dengan sahabat aku itu. Sahabat yang banyak memberi aku dukungan adri segi mental dan fizikal. Dialah salah satunya sahabat yang aku percaya, akan sentiasa berada disisi aku.

Aku mengeluh. Sakit? Aku tak tahu. mungkin aku rasa sakit dilayan sebegitu. Sukar untuk aku bernafas. Aku cuba menahan air mataku.

Apakah aku sedih kerana aku benar benar cintakan dia? Baru beberapa hari aku jumpa dia. Takkan semudah itu hati aku mudah jatuh cinta? Adakah ini cinta? Aku sendiri keliru. Keliru kerana aku tak pasti sama ada cinta itu memerlukan masa yang panjang atau cinta itu juga boleh berlaku pada jangka masa pendek. 

Cinta pandang pertama? bukankah cinta pandang pertama itu datang pada pandangan pertama? Mengapa aku tidak merasakan sesuatu yang aneh bila aku pertama kali berjumpa dengan Hakimi? Mengapa setelah sekian lama aku cuba berkenalan dengan Hakimi, semakin lama, muncul satu perasaan aneh yang dikatakan cinta?

Apakah aku benar benar cintakan dia? Atau sekadar aku rasa selesa kerana dia terlalu prihatin terhadap  aku. Yang selama ini, belum pernah ada makhluk lain yang prihatin akan aku selain Irwan dan Nek Sha. Dan ketika dia tidak lagi mampu memberikan perhatiannya kepada aku, aku sedih? Apakah perasaan ini hanyalah sekadar kekeliruan dan bukannya cinta yang ikhlas? Cinta yang dikatakan datang daripada ketulusan hati?  Mengapa sebelum ini, aku tidak pernah merasakan perasaan sebegini bila Irwan begitu prihatin terhadap aku? Apakah aku juga akan menangis dan merasakan perasaan yang sama jika dia pergi meninggalkan aku dan tidak mampu untuk memberikan perhatiannya terhadap aku lagi?

Apakah perasaan cinta aku kepada Hakimi hanyalah satu kekeliaruan juga?

Aku menghela nafas berat. penat. Penat memikirkan sesuatu yang sukar untuk aku dapat jawapannya. Perasaan ini masih baru. Dan aku, masih mentah dalam hal sebegini.

Aku melangkahkan kakiku masuk kedalam bilik Yusof untuk melihatkan keadaannya. Dia sedang terbaring diatas katilnya. Riak mukanya bersahaja. Matanya lagi tertutup.

Aku berdehem kecil untuk memberikan petanda bahawa aku yang berada didalam biliknya.

Setelah itu, Yusof membuka matanya, memandang aku tepat.

"kau nak apa?" senyumnya sinis.

Aku mengetap bibirku. Sejujurnya ada hal yang mahu aku bicarakan dengannya. Namun aku tak tahu sama ada aku cukup berani untuk meluahkannya. Perkara yang nak aku cakapkan adalah satu perkara yang terlampau peribadi. Yang berkait rapat dengan Hakimi.

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now