Tak pernah terlintas dibenak fikiranku yang hari ini akan tiba jua. Hari dimana kebebasan menjadi hak milik ku. Mungkin aku masih menjadi seorang hamba yang perlu taat pada tuannya, namun, aku bebas daripada melakukan perkara jijik seperti dulu.
Mungkin Tuhan akhirnya mendengar rintihan dan tangisan aku setiap malam. Aku hanya berharap hari esok aku tak perlu terjaga dari tidur dengan sisa air mata lagi. Walaupun pada dasarnya, aku masih terikat dengan satu perjanjian yang menjadikan aku tetap seorang hamba, namun, aku hanya mampu berdoa disuatu saat, aku bisa bebas. Bebas dari ikatan penghambaan.
"Aizat.. Aizat okay?"
Aku menoleh kekananku untuk memandang wajah Hakimi yang sedang memandu.
Aku tersenyum, menunjukkan barisan gigiku. "saya okay je Abang Kimi."
Jari jemariku terasa basah dek kerana peluh. Sedikit sebanyak aku rasa takut. Cuak. Bagaimana jikalau segala yang diperkatakan Hakimi adalah dusta belaka. Bagaimana jika dia juga sama seperti bapa saudaranya.
"Aizat tak perlu risau. Saya tak akan buat perkara teruk dekat awak. nanti, saya akan perjelaskan apa yang awak perlu lakukan setelah kita sampai di rumah saya."
Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Mungkin aku perlu percayakan kata katanya tika ini. Walaupun kepercayaan ku terhadap manusia makin terhakis, akan tetapi, tak salah untuk saat ini aku pinjamkan perasaan yakin itu.
Aku tak minta dilahirkan dalam keluarga bermasalah macam ini. Namun siapalah aku untuk persoalkan nasib dan takdir. Tuhan yang menentukan. Aku harus akur. Walaupun perit, ada hikmah disebalik segala kejadian.
Hujan mula membasahi bumi. Sudah tiba musim tengkujuh barangkali. Kalau manusia, ada masanya akan menitiskan air mata, mungkin sebab itu langit juga, ada masanya turut berduka. Sedih tatkala melihat lautan manusia yang langsung tidak mengendahkan nazaknya bumi. Pencemaran yang dilakukan keatas sahabatnya bumi, membuatkan langit menitiskan air matanya.
Sejuk. Bagi aku hujan adalah satu terapi. Terapi untuk aku merawat sanubari aku. Cuma hujan yang mengingatkan aku akan diri aku. menyedihkan. Itulah yang aku gambarkan diri aku.
Hidup aku tidaklah selengkap orang lain. Yang punya ibu dan bapa yang penyanyang. Dari kecil, aku tidak dapat merasakan secebis kasih dan sayang daripada mereka yang dipanggil orang tua aku. ibu, terlampau gembira dengan pekerjaannya yang jauh menjengkelkan aku. ayah? Ayah seharusnya menjadi pelindung keluarga, ketua yang membawa aku dan ibu kejalan yang benar. Namun lihat saja, betapa dia sendiri yang jatuh didalam genggaman duit. Judi. Dan terus menghambakan dirinya kepada judi seolah olah judi itu adalah Tuhannya.
Hidup aku begitu sedih. Dipenuhi dengan air mata dan sisa luka. Dipukul. Dijual. Paling hina, aku sendiri tidak tahu sama ada aku adalah benar benar adalah anak hasil dari benih mereka berdua walaupun pada hukumnya mereka sudah sah bernikah. Memandangkan ibu seorang pelacur yang sentiasa ghairahkan belaian kasih dari lelaki lelaki miang. Bisa jadi, aku adalah anak haram. Anak haram. Mungkin sebab itu takdir ku sial belaka. Boleh jadi.
Aku tidak megharapkan sangat untuk tuan baruku ini. Aku pasrah. Kerana sejujurnya aku dah penat dengan drama dunia. Aku sedar, aku dan air mata adalah sahabat sejati yang tiada pisahnya.
--
"AIzat... Aizat.."
Aku membuka mataku perlahan lahan. Sebaik sahaja aku membuka mataku luas, aku tergamam melihat bangunan besar yang berdiri kukuh dihadapan aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomanceKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...