Matahari pada pagi itu samar samar memancarkan cahayanya.
Aku sedang sibuk menyiapkan sarapan untuk aku dan Irwan.
"awal bangun Zat!" tegur Irwan sambil menguap.
Aku menoleh kearahnya. "oh kau dah bangun Wan. Yalah. Aku suka bangun awal awal pagi. Lepas solat rasa sayang kalau tidur balik."
Irwan mengangguk sambil meneguk air mineral diatas meja.
"harini pukul berapa abang Seman tu datang?"
Aku memandang kearah jam dinding didapur yang baru semalam dibeli oleh Irwan.
"sekarang dalam pukul lapan sepuluh pagi. Katanya dalam pukul sembilan macam tu."
"Zat aku nak keluar kejap. Ada hal nak diuruskan pasal tanah rumah ni. Nanti kalau ada apa apa kau bagitahu aku jelah. Kau takde telefon kan. Nanti mintaklah tolong Mak cik Su kalau ada kecemasan ke ya."
Aku mengangguk sambil mengacau tumisan meehoon gorengku. "kau nak makan? Dah nak dekat siap."
Irwan mengangguk. "okay. Tapi aku nak mandi dan siap siap dulu."
Aku memberinya senyuman manis. Irwan turut tersenyum sebelum berjalan kearah bilik mandi.
Aku terus dengan urusan memasakku.
--
"assalamualaikum!"
Aku yang tengah menyapu diruang tamu terus menjenguk keluar. Aku membuka pintu dan muncullah susuk tubuh abang Seman.
"waalaikumsalam! Eh abang Seman. Masuklah dulu."
Abang Seman dengan pakaiannya yang sama seperti semalam tersenyum sambil memegang sebungkus plastik.
"terima kasih."
Aku tersenyum sambil berjalan bersamanya kedapur.
"ni abang dah sarapan?"
"belum" gelengnya. "nipun baru nak makan. Sempat beli kuih tadi dekat simpang depan tu."
"saya ada buat meehon goreng. Biasa je tak mewah pun. Kalau abang sudi makan saya hidangkan."
Abang Seman tersenyum kecil sebelum mengangguk.
"duduklah. Biar saya buatkan air teh."
Abang Seman menarik kerusi usang didapur itu sebelum melabuhkan punggungnya.
"ni. Kuih karipap ni kita makan sama samalah. Sedap kuih ni. Memang dah jadi kesukaan abang."
Aku mengangguk sambil menyediakan teh panas.
"Aizat kalau ada masa terluang, boleh lah pergi lawat kawasan kampung ni. Ada beberapa kawasan yang cantik sangat. Bukit tinggi tu. Orang kampung, nak nak anak muda selalu panjat. Pemandangan kat atas sana cantik. Abang dulu rajin lah. Lepas tu selalu sibuk, dah takde masa."
Aku tersenyum sahaja mendengar cerita Abang Seman.
"minum bang."
Teh yang sudah siap aku hidangkan untuk Abang Seman.
"terima kasih. Marilah minum sama. Tak seronok lah kalau abang sorang je yang menjamahnya."
"baiklah. Lagipun memang saya tunggu abang dari tadi. Alang alang saya tahu abang nak datang, saya tunggulah abang."
Abang Seman mengangguk. "ni. Lagi satu. Ada satu kawasan sawah padi tu. Cantik sangat. Parit dia pun boleh tahan bersih lah. Budak budak kampung kadang kadang main layang layang kat situ. Seronok."
ANDA SEDANG MEMBACA
Pelacuran Cinta(boyxboy)
RomantizmKehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi pe...
