BAB 69

379 14 0
                                    

Di rumah Ana....

Ina meluru masuk ke dalam rumah setelah keluar daripada perut kereta tanpa berbicara sedikit pun. Tindakan tersebut telah membuatkan Ana dan Fazriq berasa hairan. Pasti ada apa-apa yang telah berlaku tetapi tidak diceritakan oleh Ina.

"Ina!! Kau kenapa ni?" tanya Ana seraya menarik tangan Ina.

"Kau kenapa main tarik tangan ni?"

"Aku risaulah. Kau okey ke tak ni?"

"Apa kata kau orang berdua duduk dulu. Lepas tu baru cakap pasal ni." kata Fazriq. Fazriq tidak ingin adik ipar dan isterinya bergaduh.

Ana dan Ina pun melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu tersebut.

"Kau cuba cerita dekat aku. Kenapa ni?" tanya Ana.

"Aku syak apa yang dah jadi pada Bryan tu ada kaitan dengan kes sabotaj. Mesti orang yang sama ni." jawab Ina.

"Kau pasti ke ni? Kita tak boleh main tuduh orang aje."

"Aku pasti sangat. Sekarang ni tinggal cari bukti je. Aku dah suruh Zack dengan Nick pergi rumah aku tengok CCTV."

"Okey. Kalau kau dah kata macam tu."

"Okey."

"Tapi kau nak aku dengan Riq tolong apa-apa tak?" tanya Ana.

"Buat masa ni jangan dulu. Kalau aku nak minta tolong nanti aku bagitahu." jawab Ina.

"Okey. Kau pergilah naik atas dulu. Rehatkan diri. Aku tahu kau mesti penat." ujar Ana.

"Haa... Betul tu. Pergi naik mandi lepas tu rehat." kata Fazriq.

"Okey." kata Ina seraya bangun dari sofa dan naik ke biliknya.

............................................................................................................................................

Setibanya Amelia dan Syakir di rumah agam tersebut, mereka terus masuk ke rumah dan naik ke bilik Iskandar untuk menonton KMovie dengan membawa makanan Korea yang dipesan oleh Iskandar tadi.

"Wah!! Abang beli apa tu?" tanya Lexi.

"Beli makanan yang Iskandar suruh tadi. Abang beli ramen, bulgogi dengan ayam. Lepas tu abang beli pizza dengan air Pepsi sekali." kata Syakir.

"Kak Amelia pun nak tengok KMovie juga ke?" tanya Luthfi.

"Haah. Boleh kan?" tanya Amelia.

"Eh, boleh aje." kata Luthfi.

"Zara, cerita apa yang kita nak tengok ni?" tanya Syakir.

"The Werewolf Boy." kata Zara acuh tak acuh. Kalau diikutkan hati nak aje dia balik. Menyampah nak tengok muka Syakir ni.

"Oh. Mesti best kan." kata Syakir.

"Mestilah. Semua movie yang kak Zara ajak tengok semuanya best!!" kata Lexi.

"Oh ya? Banyak ke kak Zara suggest?" tanya Amelia.

"Banyak sangat. Semuanya tak pernah tak best. Nanti bila-bila kak Amelia pula suggest. Okey!" kata Luthfi.

"Errr... Okey." jawab Amelia. Habislah! Si Amelia ni bukannya selalu tengok movie pun asyik sibuk je memanjang. Nama-nama movie pun dia dah lupa.

"Okeylah. Movie dah nak mula. Kau orang semua dipersilakan diam!!" kata Zara dengan tegas.

"Amboi garangnya." kata Syakir. Zara pula hanya menjawab kata-kata Syakir dengan isyarat jari telunjuknya diletakkan di mulut.

Filem pun ditayangkan di bilik tersebut dan mereka semua senyap kerana semuanya fokus kepada filem itu.

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now