Keesokan harinya...
Tepat pukul lima setengah pagi selepas solat subuh,Ina dan Zara mula bersiap-siap untuk berkumpul di markas bersama ahli-ahli kumpulan mafia yang lain. Seusai bersiap,mereka pun turun ke dapur untuk makan terlebih dahulu dan menulis surat tentang kepergian mereka untuk menyelamatkan Ana dan surat itu diletakkan di atas meja televisyen.
"Panjangnya kau tulis. Tulis ringkas dah lah." kata Ina kepada Zara.
"Biarlah nampak menyakinkan kita pergi. Siap pesan kat diorang tak perlu risau."
"Haha iye lah. Cepat sikit dah nak pukul enam ni. Lambat pula nanti."
"Okey bos."
Selepas itu,mereka pun keluar dari rumah dan menuju ke garaj kereta. Perjalanan ke markas pun dimulakan... Selepas beberapa jam,mereka pun tiba di markas utama yang seperti kebiasaannya dikelilingi dengan pengawal yang ramai dan dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata.. Kehadiran mereka disambut mesra dengan Zack dan ahli-ahli White Eagle yang lain.
"Bos nak terus pergi rumah Amelia ke nak masuk markas dulu?" tanya Zack kepada Ina.
"Aku nak masuk markas dulu. Nak tengok semua dah bersedia ke belum. Misi kita besar hari ni dan perlu diselesaikan hari ni juga. Aku tak kira kita mesti menang."
Zara yang masih berdiri di sebelah Ina masih mendiamkan diri kerana dia masih berfikir tentang peristiwa Zack meluahkan perasaan ingin mengahwininya. Dia sudah mengambil keputusan untuk putus dengan Zack dan teruskan hubungannya dengan Andrew. Walaupun sebenarnya dia tak nak tengok Zack kecewa.
"Jom masuk. " pelawa Fizzi kepada mereka.
Ina,Zack dan Zara pun membuntuti Fizzi masuk ke dalam markas utama tanpa sepatah kata."
Tiba sahaja di dalam bilik mesyuarat,Zara menjadi tergamam seketika kerana baru pertama kali melihat ahli-ahli tertinggi lengkap bersut dan bersemuka dengan mereka. Perasaannya mula berdebar-debar ketika itu tapi dia hanya berpura-pura okey.
"Okey semua kenalkan ni PA baru aku. Nama dia Azzahra Camelia."
"U guys can call me Zara."
"Hi Zara. Nama saya Fariz."
"Hi Fariz.
"Nama saya pula Izrin. Nice to meet you! "
"Guys! Kalau nak bagitahu nama lepas kes ni selesai okey. Anak-anak buah korang semua dah sedia ke belum? "
"Dah bos. Dari semalam lagi kami dah buat apa yang bos suruh tinggal misi hari ni je. Kami tunggu bos."
"Okey."
"Pukul berapa nak gerak ni? " tanya Zara kepada Ina.
"Tak sabar nampak."
"Haah. Aku excited nak tengok kau kerja."
"Kau kena duduk dalam kereta je tau tapi dalam tu kau boleh usha semua yang ditugaskan termasuk aku. Sebab ni misi yang sangat berisiko. Aku just nak pesan dekat kau kalau ada apa-apa yang jadi pada aku lepas misi ni berakhir maafkan segala kesalahan aku eh. And kalau aku ditembak hantar la aku pergi hospital. "
"Why kau cakap macamni? Jangan macamni lah aku sayang kau tau. Please don't mention about this again."
"Okey. Semua jom kita buat kerja! Aku nak misi ni selesai dengan kemenangan kita."
"Baik bos."
"The White Eagle?"
"The best mafia in the world!"
............................................................................................................................................
Di rumah Ina...
YOU ARE READING
Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.
RomansaCover by: @hottespuaka Start:9 Nov 2019 End:20 Sept 2021 #2 STUDENT(17/12/20) #1 STUDENT(20/12/20) #7 LECTURER(11/3/21) #14 STUDENT(5/4/21) #6 TWIN(19/4/21) #3 TWIN(28/4/21) #2 LECTURER(28/6/21) #81 FRIENDSHIP(26/7/22)