BAB 3

2.6K 71 3
                                    

Keesokan paginya,setelah Ana bersiap untuk keluar dengan kawannya menenangkan fikirkan kerana sedikit stress setelah kehilangan adiknya, dia mendapat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali atau "stranger" dia pun membuka mesej tersebut.

Unknown
"Asalam, ni aku Ina, sorry sebab buat semua risau pasal aku, aku just nak capai impian aku aje, kirim salam dekat mama dengan daddy, cakap dengan diorang aku okey aje kat Amsterdam ni,tak perlu risau. And one more thing, sebelum aku lupa nak cakap nanti ada surat sampai dekat rumah daripada aku. Jangan lupa kau bagi dekat mama dengan daddy. Sebelum surat tu sampai, jangan cakap aku ada hantar chat ni dekat kau. And lagi satu, tunggu aje aku chat atau call, tak perlu call aku. Kalau aku dah ready nak balik nanti aku call kau. Bye.
-adindamu-

Ana: Ok. Kau jaga diri dekat sana. Ada
apa-apa bagitahu.

"Hmm, apalah yang dia fikir sampai nak lari rumah and derhaka dengan daddy sebab nak capai impian?" kata Ana.

Sejurus selepas itu, Ana terus menelefon rakan baiknya itu untuk menceritakan tentang hal tadi.

"Assalamualaikum, wei aku ada benda lah nak cakap pasal adik aku tu," kata Ana sendirian

"Waalaikumsalam, haa apa dia? Dah jumpa dah ke?" tanya Zara kepadanya.

"Jumpa tu belum sebab aku tak dapat nak cari, tapi aku tahu dia dekat mana, rupanya dia berkeras nak sambung study dekat Amsterdam tapi daddy aku tak bagi, dan dia lari rumah semata-mata nak capai impian dia. Lepas tu pagi ni aku baru je dapat text dari dia, dia kata dia okey aje tak payah risau and dia tak bagi aku call and text biar dia aje yang call aku." jawab Ana.

"Oh, macam tu ceritanya. Baru aku faham. Habis tu, kau nak buat apa sekarang ni?" tanya Zara lagi.

"Dia suruh aku tunggu surat dia sampai, aku kene tunggu lah sekarang ni. Lagi satu dia kata jangan cakap dengan parents aku yang dia ada text aku sebelum surat sampai. Aku pun tak tau lah apa isi kandungan surat tu sampai dia suruh macamtu." jawab Ana kepada Zara.

"Okeylah. Kau nak keluar dengan aku petang nanti ke sekarang?" tanya Zara kepada Ana.

"Sepatutnya sekarang tapi mana lah tahu kan surat tu sampai pagi, kita pergi petang ajelah. Dalam pukul tiga petang aku datang rumah kau. Kau siap tau cepat aku nak belanja kau hari ni nak release tension sekejap." jawab Ana kepada Zara.

"Okeylah bye. See ya." Kata Zara.

"Bye." jawab Ana seraya mematikan gagang telefon.

Petang menjelma, Ana pun mengambil Zara dari rumahnya untuk keluar ke beberapa tempat untuk menenangkan fikirannya. Disebabkan rakan yang lain sibuk dengan hal masing-masing dia hanya boleh mengajak Zara keluar bersamanya. Selepas empat jam perjalanan, akhirnya mereka sampai juga di destinasi yang dituju.

"Eh, kau bawa aku pergi mana ni weii?" tanya Zara kepada Ana dengan cemas.

"Adalah, rahsia. Alaa kau ikut ajelah aku pergi mana pun." jawab Ana.

"Tapi Ana ni kan luar KL, mana lah kita biasa jalan-jalan luar KL, aku tak biasa lah. Baik kau cakap kita dekat mana ni?" tanya Zara kepada Ana dengan mengerutkan keningnya.

" Yelah, nanti kau tahu lah, sekarang aku nak kau turun dulu." ujar Ana kepada Zara.

"Okey. Aku turun sekarang."jawab Zara dengan wajah yang pasrah.

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now