BAB 51

552 12 6
                                    

BRYAN masih berada di dalam bilik kerja Ina dan sedang berbual rancak dengan Ina...

"Boleh tak kalau awak ceritakan macam mana boleh masuk agama ni?" tanya Ina kepada Bryan.

"Ceritanya macamni.. Dua bulan selepas saya menghilangkan diri daripada berjumpa dengan awak sebab ayah awak tak merestui hubungan kita,saya telah membawa diri ke Turki. Waktu di sana saya masih berada dalam keadaan yang tak terurus,sedih dan kecewa sebab terpaksa meninggalkan awak. Dalam waktu tu juga saya berjumpa dengan seorang imam dari sebuah masjid di Istanbul. Perkenalan kami agak singkat tapi sejak tu kami jadi rapat dan dia yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Islam. Dia banyak menceritakan kepada saya tentang sirah nabi,sejarah Islam seperti Empayar Turki Uthmaniyah. Disebabkan saya terlalu suka dengan sejarah dan saya rasa sejarah Islam sangat menarik membuatkan hati saya meronta-ronta untuk mengetahui lebih banyak daripada imam tu beritahu. Selepas tu,saya pun pergi mengkaji tentang Islam. Saya beli banyak buku-buku dan kitab tentang Islam termasuk Al-quran. Semua kisah dalam Al-quran sangat membuat hati saya tenteram dan semakin cinta akan Islam. Itu lah ceritanya." jawab Bryan kepada Ina.

"Oh macamtu. Alhamdulillah awak dah kenal Islam lebih daripada saya.. Saya ni lahir je islam tapi bukan semua tentang islam ni saya tahu." ujar Ina kepada Bryan.

"Iya. Tak apa lah awak. Awak boleh belajar lagi tentang agama islam bersama-sama dengan saya waktu dah nikah nanti." jawab Bryan kepada Ina.

"InshaAllah. Terima kasih Bryan sebab awak hadir dalam hidup saya sekali lagi. Terima kasih juga sebab dah buat saya rasa bahagia hari ni dengan kemunculan awak yang sangat saya tunggu-tunggu daripada lima tahun yang lepas lagi. Mungkin juga kita ni memang ditakdirkan untuk bersama. Saya rasa lagi bahagia apabila dengar dari mulut awak sendiri yang awak dah masuk Islam. Alhamdulillah kita dah seiman. Saya tak nak kehilangan awak lagi. Janji jangan tinggalkan saya." kata Ina kepada Bryan dengan riak muka yang sangat gembira dan terharu.

............................................................................................................................................

Di rumah Encik Megat Azfar Azhary

Kelihatan figura seorang lelaki tua yang memakai T-shirt polo dan seluar trek panjang sedang duduk di meja makan dan menikmati makan malam bersama dengan isterinya.

"Tahun ni kita akan dapat menantu baru tau." kata Encik Megat kepada Puan Hani.

"Maksud abang? Siapa yang nak berkahwin?" tanya Puan Hani kepada Encik Megat.

"Anak kita kan ada dua je. Siapa lagi kalau bukan Ina? Dia akan berkahwin dengan Bryan minggu depan."

"What? Seriously? Macam mana dengan majlis? Tak rasa cepat sangat ke abang? And sejak bila abang merestui hubungan Bryan tu dengan anak kita?"

Encik Megat hanya berdiam diri apabila Puan Hani bertanya tentang hal itu kerana pertanyaannya bertalu-talu dan dia hanya ingin menjawab setelah isterinya itu habis bertanya kepadanya.

"Kenapa abang senyap aje ni? Saya tanya banyak ni tau."

"Iye lah. Saya tunggu awak habis bercakap aje ni. Sebenarnya,ada satu hari tu saya terserempak dengan Bryan ni lepas tu dia tegur lah saya guna bahasa Melayu. Saya pun terkejut lah kan. Saya baru je nak marah tapi rasa bangga sekejap sebab ada mat saleh cakap Melayu. Dia juga dah masuk agama Islam. Jadi,dah tak ada alasan untuk saya halang mereka bernikah."

"Oh. Alhamdulillah Bryan dah dapat hidayah. Baguslah tu dah seiman tak ada masalah untuk berkahwin. Selama ni saya kesian sangat tengok Ina tu asyik sedih je dan tak seceria dulu selepas kehilangan si Bryan tu. Sekarang ni mesti dia dah happy kan."

"Eh mestilah dia happy sebab diorang dah jumpa hari ni. Bryan tu sanggup datang Kuala Terengganu tu semata-mata untuk bagi kejutan untuk Ina. Romantiknya lah bakal menantu kita tu kan.. Huhu macam saya lah zaman dulu. Betul tak?"

"Eh abang ni! Ke situ pula dia. Boleh pula pergi flashback zaman dulu."

"Apa salahnya? Kita ni kadang-kadang kena lah flashback memori kita zaman dulu supaya kasih sayang antara kita ni sentiasa berkekalan sehingga ke akhir hayat."

"Amboi romantiknya abang sekarang ni."

"Baru perasan ke? Kita ni dah dua puluh lima tahun berkahwin tau."

"Mana ada dah perasan lama lah. Saje je nak menyakat abang ni. Comel lah abang ni kalau merajuk."

"Wah! Puji ke perli ni?"

"Puji lah. Dah lah sambung makan tu. Tak sabar lah saya nak dapat menantu baru minggu depan."

"Abang pun excited ni. Kalau diorang tu kahwin mesti cucu-cucu kita nanti matanya biru lepas tu tinggi."

"Haah lah abang. Kalau dapat cucu mata biru mesti comel,cantik dan kacak macam ayah dia."

"Eh macam datuk dia juga lah!"

"Iye lah. Nak juga dia ni. HAHAHA"

Setelah itu,mereka pun sambung menikmati makan malam yang sudah terhidang di depan mata. Terdapat asam pedas ikan mayong,makanan laut dan juga air sirap bandung di atas meja.

............................................................................................................................................
......................................................................

*
*
*
*
*
*
THANKS FOR YOUR SUPPORT GUYS! LOVE MY READERS 💖💖💖SORRY KALAU ADA YANG TAK BEST KE KAN.. HAHAHA.. BTW,KEEP ON SUPPORTING ME. DON'T FORGET TO VOTE,COMMENT AND SHARE THIS STORY TO UR BFF,FAMILY AND SESIAPA SAJA LAH.. THANKS GUYS.. SAYA SANGAT MENGHARGAI KEBAIKAN ANDA. CEWAHH 💖💖MUAH MUAH.. FROM EAGLE..

YOURS FAITHFULLY,

RIANA 🦅🦅

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now