Selesai makan,mereka sekeluarga pun bersiap-siap untuk mengikuti Ina melawat tempat kerjanya. Dek kerana terlalu teruja,ayahnya masih tidak mahu berhenti senyum.
"Daddy ni kenapa asyik senyum je?" tanya Fazriq.
"Sajeje. Happy sangat dapat tengok office Ina."
"Oh. Tapi kalau dah sampai nanti janganla senyum lagi macam tu nanti pekerja-pekerja Ina fikir lain pula."
"Iye lah. Daddy tak buat dah."
"Bagus."
Sejurus selepas itu,Encik Megat dan Fazriq pun turun dari bilik persalinan ke ruang tamu. Di situ,kelihatan semua sudah berkumpul untuk pergi ke pejabat Ina.
"Kita tak ajak Ana sekali ke?" tanya Encik Megat kepada Ina.
"Biar lah dia rest dulu. Dia tak sihat sangat tu."
"Oh okey."
"Betul tu bang. Doktor Melissa kan ada dekat rumah dia boleh temankan Ana."
"Okey lah semua jom gerak. Nanti lambat pula."
Mereka pun mengikuti gerak langkah Ina ke garaj kereta dan terus masuk je dalam perut keretanya. Jarak dari rumahnya ke markas utama ialah lebih kurang tiga ratus kilometer. Sampai sahaja mereka di markas utama,mereka disambut dengan Zack,orang kanan Ina. Dia menyamar menjadi PA kepada Ina. Disebabkan Ina belum lagi ingin mengupah PA,jadi dia pun menyuruh Zack menjadi PA pada ketika itu.
"Kenalkan ni Zack. PA Ina."
"Oh. Segak."
Zack yang berada di situ mukanya mula kemerahan kerana malu dipuji sebegitu. Tidak pernah mafia macam tu kan. HAHAHA. Macam macam lah Zack ni!
"Ina. Aku nak cakap dengan kau sekejap." kata Zara kepada Ina.
"Okey. Kau tunggu jap."
"Iye lah."
"Zack,bawa kan mummy and daddy saya ni berkenalan dengan pekerja-pekerja dekat sini and lepastu bawa mereka jalan-jalan ke kafe ataupun ke tempat menarik dekat sini."
"Okey."
"Saya nak pergi tempat lain sekejap."
"Baiklah."
Sejurus selepas itu,bayangan mereka pun hilang dari pandangan. Ina pun mengajak Zara mengikutinya masuk ke dalam satu tempat yang jika tengok sekali imbas seperti dinding tetapi setelah di letakkan tangan Ina di situ tiba-tiba pintu bilik rahsia tersebut terbuka sendiri. Membuatkan Zara menjadi sangat terkejut. Canggihnya bilik ni! Terlihat banyak senjata api yang digantung di dalam rak kaca. Di setiap rak kaca tersebut ada diletakkan laser berwarna merah dan juga kod-kod rahsia yang hanya boleh dibuka oleh orang yang berjawatan tinggi di sini seperti Ina. Bukan hanya itu sahaja yang berada di dalam bilik rahsia,terdapat juga snooker,komputer-komputer yang berlambang "White Eagle" di skrin. Ada juga tiga orang lelaki yang duduk di sofa sambil mengelap dan membersihkan senjata api yang baru dibeli. Kelihatan juga ada bilik-bilik khas yang lain di dalam bilik rahsia ini. Untuk menjelaskan secara terperinci rasanya satu hari tidak cukup. Jadi teruskan dengan cerita seterusnya!
"Wow. Mewahnya tempat ni Ina. Berapa kos kau buat semua ni?"
"Ada lah sikit je."
"Sikit? Benda kalau tak ada juta tak cukup. Dah macam dalam filem Inggeris aku rasa ni."
"Merepek je lah kau ni. Kau nak cakap apa tadi?"
"Tadi aku masuk office ni aku pelik. Sebab kan haritu aku datang sini jadi markas utama kau. Markas ni dipenuhi dengan senjata api dekat luar dengan ramai orang yang bersut merah,biru dan hitam."
YOU ARE READING
Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.
RomanceCover by: @hottespuaka Start:9 Nov 2019 End:20 Sept 2021 #2 STUDENT(17/12/20) #1 STUDENT(20/12/20) #7 LECTURER(11/3/21) #14 STUDENT(5/4/21) #6 TWIN(19/4/21) #3 TWIN(28/4/21) #2 LECTURER(28/6/21) #81 FRIENDSHIP(26/7/22)