BAB 44

540 14 4
                                    

Keluar dari wad yang menempatkan Ina,Zara pun pergi ke wad Ana untuk memberitahu kepada keluarga Ana yang dia mahu pulang ke rumah untuk rehatkan diri.

Setibanya di depan pintu wad,dia ditegur oleh Fazriq..

"Zara! Where have you been?"

"Aku pergi jumpa orang kejap. And sekarang nak balik dah ni nak rest. Bagi tahu dekat uncle and aunty aku balik rumah eh. Jaga Ana elok elok."

"Okey. Hati-hati. Balik dengan siapa?"

"Nanti aku balik naik teksi je."

"Okey."

Selepas mereka berbalas senyuman,kelibat Zara pun hilang dari situ. Dia berjalan perlahan keluar dari hospital dan berhenti di sebuah taman permainan yang merupakan fasiliti di situ dan menelefon pemandu teksi untuk pulang.

Beberapa minit selepas itu,terlihat sebuah teksi masuk ke perkarangan hospital dan berhenti di hadapan Zara. Dia pun segera masuk ke dalam teksi tersebut. Di dalam teksi itu kepalanya ligat memikirkan tentang keadaan Ina yang masih belum diketahui oleh keluarganya kerana dia ingin terus merahsiakan sehingga waktu yang tepat dan tentang pergaduhannya dengan Zack tadi. Dia berasa bersalah sangat kerana telah melukakan hati sahabat barunya itu. Dia juga memikirkan tentang pekerjaan bakal suaminya,Andrew yang diberitahu oleh Zack tadi. Susah untuk dia percayakan Zack tapi selepas mendengar Zack menyebut nama penuh tunangnya itu timbul sedikit rasa yakin dalam diri dia. Dia juga menyedari setelah kenal Zack,dia selalu lambat balas chat dalam WhatsApp dari Andrew and dia juga dah lama tak tanya khabar dan menelefon tunangnya.

"Hurm.. Mesti Andrew rasa aku ni dah tak sayang dia kan? Yelah aku ni dah lama tak call dia,chat dia and surprise dia. Buat dia happy dengan lawak lawak bodoh aku ni." bisik hati kecil Zara.

Selepas satu jam,dia pun tiba di tempat parkir 'apartment'. Selesai membuat pembayaran kepada pemandu teksi tersebut,dia pun turun dari teksi. Setelah itu,dia mula berjalan kaki ke arah lif untuk pergi ke Pent House milik Ina. Setibanya di depan pintu,dia pun membuka 'password' dan masuk ke dalam rumah.

Dek kerana terlalu penat pada hari itu,dia pun terus naik ke biliknya.
Sampai sahaja di dalam bilik,dia pun menghempaskan badannya pada katil yang bersaiz 'Queen' tersebut. Tanpa disedari dia pun terlelap. Dia mula terjaga dari tidurnya setelah mendengar bunyi deringan telefon yang menandakan ada yang menelefonnya. Dia pun menjawab panggilan tersebut.

'"Haish.. Siapa lah yang call aku ni? Nak tidur pun tak syok lah." bebel Zara sendirian.

Tetapi setelah melihat nama pada skrin telefon,Zara mula riang kerana tunangnya yang menelefon.

Andrew:Hai sayang! Busy ke?

Zara:Tak ada lah. Sorry lama tak chat dan call sebab busy and ada something bad happened.

Andrew:Something bad? Apa tu?

Zara:Hurmm.. Ana dengan Ina accident.

Andrew:Eksiden? Biar betul. Macam mana boleh jadi macamtu? And macam mana keadaan diorang sekarang?

Zara:Ana kena culik dengan perempuan psiko yang sukakan suami dia. Ina pula ajak saya untuk selamatkan dia. And harini Ana masuk hospital sebab dipukul dengan penculik tu lepastu Ina pula ditembak. Sekarang,Ina masih dalam koma. Ana pun sama. I tak tahu nak buat apa sekarang. Kalau la you ada dekat sini temankan I and dengar luahan I. I sayang sangat dekat diorang. Diorang segalanya bagi I. Kawan baik dari zaman sekolah lagi sampai lah sekarang. Hurm.. I tak sanggup untuk kehilangan Ana dan Ina.

Andrew:I faham tu. By the way,kalau you nak I datang sana boleh je. I kesian lah tengok you sedih I tak nak tengok bakal isteri I yang cantik dan comel ni sedih. I akan selalu berada di sisi you okay. Don't be sad. InshaAllah Ana dan Ina akan kembali sedar dan sembuh macam biasa. Kita hanya mampu berdoa dan tawakal segalanya pada Allah. Okey. My baby,my love,my darling,my boo,my chubby girl,my future,my bear,love you.

Zara:Thanks tau sebab ada untuk I. I miss you so much sayang!! Datang la sini please.

Andrew:Boleh. Esok I pergi ye. Jangan risau I baru je beli private jet nanti boleh parking dekat bumbung Pent House Ina tu. Hehehe.

Zara:Wow! You tak bagi tahu I pun eh dah beli. Besar ke? Mesti lawa kan. Tak sabarnya nak tengok. Tapi you pandai ke drive?

Andrew:Tak. I upah pilot lah apa susah hahahha.

Zara:By the way,macam mana you tahu yang Ina ada Pent House dekat Amsterdam?

Andrew:Kan dia ada post dekat IG feed.

Zara:Oh haah la. And lagi satu nak tanya jawab jujur please.

Andrew:What's that?

Zara:You kenal Zack?

Andrew:Haa? Zack mana?

Zara:Zack yang kerja dengan Eagle White.

Andrew:Oh kenal. Why?

Zara:Dia kata dia kenal you and siap bagi tahu nama penuh you lagi tau. And dia ada bagi tahu juga yang...

Andrew:Yang? Yang apa? Cakap tu jangan bagi gantung boleh tak?

Zara:Dia cakap you ada kerja kedua iaitu Mafia sama macam dia. That' is true? Huh? Babe? Just be honest.

Andrew:Hurm. Sorry sayang sebenarnya I dah lama nak bagi tahu tapi I takut you marah and bencikan I. I tahu jadi mafia ni salah and kerja yang ada sisi haramnya. Tapi I didesak. I terpaksa join. And yang suruh join tu papa I. Papa I adalah ketua Mafia di Hong Kong. And I kena jaga group tu sekarang sebab dia dah tak ada. And dia meninggal kena bunuh dengan musuh dia. But,please jangan marah I. I beg you.. "

Zara:Ya. Okey. I tak marah lah. I pun Mafia juga. Kenapa I perlu marah kan? Dah you didesak. Bukan salah you. Tapi you dah rasa selesa kan dengan kerja you sekarang? You suka kan jadi mafia tu? Dah berapa banyak you buat jenayah? Sampai boleh beli private jet?

Andrew:Haa kan? Kata tak nak marah tapi you marah.. Sorry lah.. I datang esok tau.. Sekarang I busy ni... Bye love.. Jangan rindu tau.. Rindu itu berat. Biar aku saja. Assalamualaikum dear!

Zara:Waalaikumussalam bear.

Selepas Andrew menamatkan panggilannya,Zara pun meletakkan telefon di atas meja lampu.

"Haih apa lah Andrew ni. Nak pujuk pun guna ayat Dilan. Mafia pun tengok movie Dilan ke? Hahaha. And aku mesti jadi Milea kan huhu. Kalau la Ana dengan Ina ada dekat rumah mesti diorang gelak dengar benda ni.. Hurm.. Bila lah diorang bangun eh. Takpe twins aku tetap tunggu korang dan akan jaga Ina sampai dia sembuh. Amin.," bebel Zara sendirian.

............................................................................................................................................

Bilik Andrew..
🇲🇾MALAYSIA

Andrew duduk di kerusi kerja di dalam bilik bacaanya sambil merenung ke arah komputer riba kepunyaannya.

"Zack ni memang cari masalah dengan aku. Dari dulu sampai sekarang memang aku anti dengan dia. Dah tahu kerja aku apa tak payah la nak bising bising bagi tahu tunang aku. Kau tunggu Zack! Kau ingat group Eagle White tu hebat sangat ke? Eleh setakat ketua kau si Ericca tu apa lah sangat. Bukan lawan aku. Aku ketua group Blue Dragon lagi power lah nak dibandingkan dengan ketua kau tu. Kau tunggu nasib kau Zack Benjamin!!!" kata Andrew dengan perasaan marah dan bongkak sambil mengepal penumbuk tanda siap sedia berperang dengan Eagle White. Kumpulan mafia yang sangat digeruni di Amsterdam ketika ini.

*
*
*
*
*
*
HYE READERS🖐️🖐️SORRY LAMBAT UPDATE SAYA BUSY LATELY NI. NI PUN BARU LEPAS HABIS EXAM PERTENGAHAN TAHUN. BULAN 10 PULA ADA TRIAL SPM.. DOAKAN SAYA SUPAYA DAPAT SIAPKAN NOVEL NI YE. THANKS KEPADA SUPPORTERS.. TERIMA KASIH SANGAT SEBAB DAH SAMPAI 13K READERS. TANPA READERS SEKALIAN SIAPA LAH SAYA KAN? KEEP ON SUPPORTING ME... NAK MINTA TOLONG SIKIT JE. TOLONG SAYA VOTE,COMMENT&SHARE STORY NI PADA KAWAN-KAWAN. KALAU ADA APA-APA YANG TAK PUAS HATI DENGAN STORY NI SILA COMMENT ATAU DM SAYA KAT IG OR PM DI WATTPAD JE.. NANTI SAYA RESPON. SEBAB SAYA NAK HASILKAN KARYA YANG TERBAIK UNTUK READERS.. LOVE YOU GUYS!!! 😘😘❤️❤️❤️❤️❤️

SINCERELY,
RIANA🦅🦅

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now