BAB 70

345 12 0
                                    

INA tiba di perkarangan markas TEM(The Eagle Mafia) dan meletakkan keretanya di tempat parkir kereta yang disediakan di situ. Usai meletakkan kereta, dia pun membuka pintu dan keluar daripada perut kereta. Ina disambut oleh Zack dan beberapa orang lelaki berjaket hitam serta berkaca mata hitam.

"Sorry. Aku ada kerja sikit tadi itu yang lambat." kata Ina.

"Tak apa. Jom masuk." jawab Zack.

"Okey." kata Ina seraya berjalan perlahan menuju ke pintu masuk utama markas tersebut. Manakala Zack dan dua orang lelaki tadi hanya membuntuti gerak langkah bos mereka. Gerak langkah kaki Ina pun berhenti seketika di hadapan pintu bilik hukuman dan dia pun masuk ke dalamnya. Di dalam bilik tersebut terdapat ramai ahli jawatan tertinggi TEM bersama dengan 2 orang lelaki iaitu Danny dan Vicky yang masih terikat di atas kerusi kayu. Mereka mula mencuba untuk melepaskan diri dan menjerit sekuat hati. Tindakan 2 lelaki itu telah membuat Ina makin geram dan mukanya mula berona merah.

"Woi!! Kau boleh diam tak?! Haaa?!" bentak Ina. Beberapa butir perkataan yang keluar daripada mulutnya telah membuatkan 2 lelaki itu terbungkam dan berhenti menjerit seperti tadi.

"Tahu pun kau orang nak diam. Dah macam beruk keluar sangkar!" kata Ina.

Zack dan Nick yang berada di sebelah Ina pula tersenyum senget seraya mengangkat jari ibu mereka sebagai tanda 'good'. Mereka menahan untuk tertawa daripada mula-mula Ina membentak 2 lelaki itu.

"Kau nak apa daripada kita orang ni? Haa?" tanya Vicky.

"Aku nak tahu siapa yang bagi arahan untuk kau orang berdua ni putuskan tali brek kereta aku." jawab Ina.

"Tak boleh." kata Vicky dan Danny serentak.

"Kenapa tak boleh? Dia bayar berapa untuk tutup mulut?" tanya Ina dengan nada tidak berpuas hati.

"Hmm. Memang tak boleh." kata Danny.

"Okey. Memang nak main tarik tali dengan aku lah ni kan?" tanya Ina.

"Mana ada. Kau bukan boleh buat apa-apa kan? TEM ni? Bahaya sangat ke? Setakat buat muka garang. Huh! Aku pun boleh lah. Ketua pun perempuan tak menakutkan langsung." Danny memperlekehkan kedudukan Ina.

"Oh. Kau memperlekehkan aku. Tunggu kejap." kata Ina kepada Danny seraya mengisyaratkan jarinya kepada 3 orang lelaki bersut biru untuk mengambil alatan yang diperlukan untuk memberi hukuman yang sepatutnya kepada mereka berdua.

"Eh. Kau nak buat apa?" tanya Vicky kepada Ina. Tanpa sedar dahinya sudah berpeluh kerana ketakutan. Dengar saja nama TEM dia sudah kecut sebenarnya tapi disebabkan ego yang menggunung tinggi terpaksa menyembunyikan rasa takut.

"Tunggu ajelah. Ada surprise!" kata Ina seraya menjeling tajam ke arah 2 lelaki yang masih terikat di hadapannya.

3 orang lelaki bersut biru pun kembali daripada bilik simpanan peralatan hukuman dan masing-masing membawa 3 kotak besi yang telah diisi pelbagai alatan seperti keris, pistol, kerambit, pisau dan sebagainya. Yang pasti semuanya boleh menyebabkan kematian.

"Letakkan atas meja. Terima kasih." kata Ina.

"Apa benda pula tu? Aku dah takut ni." bisik Vicky di telinga Danny.

"Benda biasa aje tu. Jangan takut sangatlah." kata Danny dengan selamba.

"Kan aku dah kata tadi TEM ni bahaya. Tak kisahlah ketua perempuan ke lelaki tapi TEM tetap bahaya! Kau degillah." bisik Vicky di telinga Danny.

"Nak buat macam mana? Kita dah ada dalam ni. Pasrah ajelah. Kita jawab aje apa-apa soalan dia nanti." kata Danny.

"Okey. Tapi kau pasti kita akan keluar daripada sini hidup-hidup?" tanya Vicky dengan riak muka yang risau.

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now