BAB 30

542 15 0
                                    

Di kolej...

Zara mula merasakan yang dia sedang sangat merindui sahabat baiknya iaitu Ana. Banyak persoalan yang ada di mindanya ketika itu. Terdetik juga fikiran negatif berkaitan Ana di Amsterdam. Sudah lama tak bertanya khabar sejak dia pulang ke Malaysia beberapa minggu yang lalu.

"Kenapa aku rasa macam rindu sangat dekat Ana ni? Rasa tak sedap hati pun ada juga. Aku kena call Fazriq lah sekarang tak kisah lah sana malam ke petang ke asalkan aku boleh legakan hati ni." bisik hati Zara.

Setelah itu,Zara pun mengambil telefonnya yang diletakkan di sebelah komputer ribanya. Dia pun mencari nama Fazriq di log panggilan. Selepas jumpa,dia pun segera menelefon.

ZARA: Assalamualaikum. Aku nak tanya Ana sihat tak?

RIQ:Hurm.. Aku minta maaf Zara

ZARA:Why? Kau dah buat apa? Sampai nak kena minta maaf bagai?

RIQ:Ana... Dia accident.

ZARA:What? Macam mana boleh accident? Macam mana keadaan dia sekarang?

RIQ:She's in coma right now. I'm so sorry. Aku tak ada masa Ana kena langgar lari.

ZARA:Kau lupa ke apa yang kau dah janji? Tak nak sakitkan dia kan? Nak jaga sepenuh hati lah konon. Sekarang aku dapat cerita dia kena langgar lari. Apa cerita ni?

RIQ:Aku tahu aku salah. Maafkan aku.

ZARA:Okey. Boleh ke aku nak tengok dia dekat sana?

RIQ:Macam mana dengan kerja kau? Aku pun masih cuti panjang ni sebab buat surat kecemasan.

ZARA:It's okay. Pasal kerja tak apa aku boleh settle. Tapi aku nak kau dengan Ina jaga dia baik-baik.

RIQ:Okey. Tapi kau datang sini tak payah ke hospital sebab dia dirawat dalam rumah Ina ni. Ina tak nak ada penjahat datang buat hal dekat hospital and dia dah suruh pekerja-pekerja dia dekat agensi pengawal peribadi dia tu jaga dekat sini. Memang safety dua puluh empat jam.

ZARA:Okey. Bye. Aku datang sana lusa.

RIQ:Lusa? Sama tarikh dengan mummy and daddy Ana datang.

ZARA:Oh lagi bagus. Lama dah tak jumpa diorang. Okey lah aku nak uruskan cuti aku and book tiket flight.

RIQ:Okey. Kalau dah sampai airport rojer je.

ZARA:Baik.

................................................................................................................................................
AMSTERDAM
5:40pagi

Matanya tidak mahu terlelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul lima empat puluh pagi. Ina masih memikirkan tentang Ana. Dia tidak akan memaafkan dirinya jika apa-apa terjadi pada Ana sekali lagi. Walaupun di rumahnya sudah dia kerahkan ramai anak-anak buah yang lengkap bersenjata api tapi dia masih risau. Kalau kalau Amelia dan kuncu-kuncunya datang ke tempatnya dan buat benda jahat kepada kakaknya.

"Ina! Why kau masih tak tidur ni?"

"Kau pun sama tak tidur lagi. Sibuk je nak tahu."

"Tadi aku terbangun sekejap sebab Zara call tanya pasal Ana."

"So? Kau jujur juga macam aku jujur dengan mummy?"

"Yup. Terpaksa lah sebab dia kan kawan baik Ana. Kalau aku tipu and dia tahu sendiri mesti dia tarik muka dengan kita nanti."

"Betul juga tu."

"Tadi aku perasan kau termenung jauh betul. Fikir apa?"

"Aku tengah fikir sampai bila Ana nak terlantar dekat katil macam tu je. Aku rindu nak tengok dia gelak nak jalan-jalan dengan dia."

"Sabar lah. InshaAllah nanti semuanya akan okey."

"Kau nak tahu tak? Tadi aku pergi beli makanan terjumpa dengan orang yang langgar lari Ana."

"What? Siapa dia? Mesti jahat kan? Dia ada buat apa-apa tak kat kau?"

"Tak ada buat apa-apa. Dia just duduk belakang meja aku and dia bercerita pasal dia langgar lari Ana dengan kawan dia." tipu Ina kepada Fazriq. Belum masanya dia nak berterus-terang macam mana dia dapat beli rumah besar macam ni and kereta bersusun dekat garaj tu. Selama ni dia hanya tipu yang Bryan bagi tapi sebenarnya tak. Bryan hanya bagi beg tangan dengan dompet.

"Oh alhamdulillah."

"Risau juga kau dekat aku ni kan?"

"Of course. Kau kan adik ipar kesayangan aku. Aku mana pernah ada adik."

"Oh haha. Tapi umur kau dengan aku beza jauh. Aku lagi tua dari kau macam mana tu?"

"Alaa biarlah. Ni doktor Melissa tu okey ke jaga Ana?"

"Mana lah aku tahu. Dia belum start kerja lagi. Tunggu lah pukul lapan ke nanti dia kerja."

"Oh okey."

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi deringan telefon bimbit yang datangnya dari ruang tamu.

"Phone siapa tu?"

"Phone aku lah siapa lagi? Aku pergi jawab kejap."

"Baik."

Sejurus selepas itu,Ina pun mencapai telefonnya yang diletakkan di atas sofa ruang tamu dan melihat nama orang yang menelefonnya. Orang itu ialah salah seorang anak buahnya yang bernama Megat. Disebabkan dia tidak mahu rahsianya terbongkar sekarang,Ina pun segera naik ke biliknya dan menjawab telefon.

"Jawab phone je pun siap lari naik atas. Apa lah yang penting sangat tu." kata Fazriq sendirian.

Sampai sahaja di dalam bilik...

MEGAT:Boss. Ada berita baru ni.

INA:Berita apa?

MEGAT:Saya dapat cerita dari team kita yang menyamar jadi pekerja dalam rumah Amelia tu yang dia sedang nak jalankan idea jahat untuk culik Ana nanti.

INA:What?!! Ketatkan kawalan keselamatan rumah ni sekarang.

MEGAT: Okey boss.

INA:Team yang selalu kerja dalam markas tu bagitahu diorang siap sedia kan senjata api banyak-banyak. Lepastu suruh diorang ready kalau dekat sini ada serangan salah seorang dari mereka atau semua kena bergegas ke sini.

MEGAT:Baiklah. Kalau dah tak ada apa-apa lagi saya letak phone.

INA:Eh kejap. Kau kena tolong aku perhatikan setiap gerakan Syakir. Kalau ada apa-apa yang tak kena nanti bagitahu aku. Biar aku settle.

MEGAT:Haa? Bos nak pergi settle? Tak payah lah bos tu perempuan bagi kami semua je buat kerja.

INA:Aku tak bagi gaji baru korang tahu. Kau pernah nampak kan aku bunuh ramai orang sebelum ni? Kau pernah nampak tak aku takut? Pernah ke?!!

MEGAT:Tak. Tapi bahaya lah.

INA:Kau apahal? Aku bos ke kau yang bos ni?

MEGAT:Mestilah bos.

INA:Ni aku nak tanya macam mana bisnes kita dekat sini? Okey ke?

MEGAT:Okey je bos. Banyak barang panas baru keluar kilang dah sold out.

INA:Bagus lah. Kau kira semua yang dah dijual and keuntungan kita dapat tulis dalm rekod. Esok aku nak kau datang rumah bagi aku tengok profit semua.

MEGAT:Baiklah.

INA:Bagus. Dah cepat buat apa aku suruh tu. Jangan sampai gagal kalau tak nak aku buang kau kerja.

MEGAT:Okey bos.

Selepas itu,Ina pun meletakkan gagang telefon. Dia pun mula tertidur dek kerana mengantuk matanya sudah kuyu kerana berjaga dari malam sampai ke pagi.







Mesti semua readers tertanya-tanya kan kenapa Ina boleh jadi ketua gangster? Semua orang kenal dia dengan nama Xandra Erica. Sebut je nama tu pun dah gerun. Ramai manusia dah jadi korban amarahnya. Semua rahsia akan terbongkar nanti. Mesti ramai hairan dan pelik mana taknya Ina pergi Amsterdam hanya nak sambung belajar tiba-tiba dapat tahu dia dah kaya sebab jadi gangster. Hebat!! Nak tahu rahsia? Nantikan di bab seterusnya... Keep on supporting me.. love my readers❤️❤️❤️🦅🦅🦅







Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now