BAB 63

335 11 0
                                    

INA yang masih terbaring di katilnya masih tidak mahu turun makan walaupun sudah dipujuk berkali-kali boleh kakak kembarnya, Ana. Dia tidak ada selera mahu makan kerana kepalanya masih memikirkan tentang majlis perkahwinan yang akan diadakan pada dua hari sahaja lagi.

Sedang Ina ralit memandang syiling dan memikirkan hal tersebut, tiba-tiba deringan telefon berbunyi dan membuat dirinya tersentak seketika. Dia pun melihat nama 'Zack The Zinger' di skrin telefon dan menjawab panggilan tersebut.

ZACK:Hello. Boss! Kita ada masalah.

INA:Ya. Masalah apa pula ni?

ZACK:Markas kita diceroboh. Tapi bos jangan risau pelakunya dah kami tangkap.

INA:Haa. Baguslah. Lepas tu nak suruh aku buat apa?

ZACK:Bos kena datang sini untuk hukum dia sebab kami tak ada kuasa nak buat apa-apa tanpa arahan terus daripada bos.

INA:Aku ni malas nak keluar tau. Tak boleh ke kau orang selesaikan sendiri?

ZACK:Tak boleh. Semua orang jadi tak betul sebab tak sependapat nak pilih hukuman mana untuk bagi dekat dia.

INA:Haa... Iyelah kau tunggu kejap. Nanti aku sampai.

ZACK:Okey. Hati-hati bos!

Usai mematikan gagang telefon tersebut, Ina pun bersiap untuk menukar baju dan membasuh mukanya. Hari ini dia memakai t-shirt berwarna hitam putih,seluar hitam dan juga bertopi hitam.

PAKAIAN INA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAKAIAN INA

Selesai menukar baju dan membasuh muka, Ina pun segera mencapai kunci keretanya dan turun ke bawah. Setibanya di ruang tamu dia ditegur oleh Ana.

"Kau nak pergi mana tu?" tanya Ana.

"Keluar sekejap. Nak pergi markas." jawab Ina dengan selamba.

"Oh. Nak buat apa pergi markas? Kau jangan cakap nak buat benda jahat lagi."

"Adalah. Kau boleh tak jangan sibuk hal aku?"

"Aik. Marah pula? Okey. Aku nak cakap hati-hati aje."

"Okeylah. Bye." kata Ina seraya membuka pintu rumah tersebut dan mula berjalan ke arah kereta Mercedes New S-Class W223 miliknya yang diletakkan di tempat parkir kereta.

Ina pun memulakan perjalanannya menuju ke markas atau gelaran yang lebih tepat ialah THE WHITE EAGLE HEADQUARTERS. Panjang betul dia letak nama tu..

............................................................................................................................................

Kelihatan seorang lelaki berjaket kulit hitam dan memakai baju putih di dalamnya terbaring di atas lantai. Lelaki itu dikelilingi dengan sepuluh orang lelaki berbaju kemeja biru. Ketika lelaki berjaket kulit hitam itu mahu melepaskan dirinya, tiba-tiba dia ditahan oleh figura seorang gadis yang berada di hadapannya. Gadis itu diiringi dengan dua orang lelaki bertubuh tinggi dan berkaca mata hitam. Itulah Ina. Hari ini dia mahu melepaskan semua rasa kemarahannya dengan memukul lelaki itu. Hari ini dia mahu menjadi seorang yang lebih kejam supaya hatinya puas.

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now