SYAKIR sibuk mengemas barang-barangnya untuk pergi ke Malaysia pada hari esok bersama tunangannya, Amelia. Sudah lima tahun dia tidak pulang ke tanah airnya itu.. Walaupun dia tidak pulang ke kampung halamannya di negeri Perlis,dia bersyukur kerana dapat berkunjung ke Pulau Duyong di Terengganu. Maklumlah sudah lama dia tidak pergi ke pulau kerana terlalu sibuk bekerja.
AMELIA pula ralit membaca buku di bilik bacaannya sambil mendengar lagu-lagu kegemarannya. Hari ini dia menghabiskan waktunya dengan membaca banyak buku. Sebelum ini dia bukanlah ulat buku tetapi tidak tahu mengapa tiba-tiba dia berasa jatuh hati dengan buku. Mungkin sebab dia sudah bosan mahu menonton televisyen dan membeli-belah.
Sedang Amelia ralit membaca buku,tiba-tiba deringan telefonnya berbunyi. Dia mula sedar yang menelefon itu ialah Syakir dan menjawab panggilan telefon itu seraya tersenyum lebar.
SYAKIR:Asalamualaikum sayang.
AMELIA:Waalaikumussalam ye. Ada apa call ni?
SYAKIR:Aik call tunang sendiri pun dah tak boleh ke?
AMELIA:Bukan tak boleh tapi saya tengah baca buku ni tau.
SYAKIR:Huh? Baca buku? Sejak bila awak suka baca buku ni?
AMELIA:Entahlah saya tiba-tiba aje suka sangat membaca.
SYAKIR:Oh. Saya nak tanya esok awak ambik saya dari rumah dan kita pergi airport sama-sama ke?
AMELIA:Iya. Kenapa?
SYAKIR:Tanya aje pun. By the way,pukul berapa kita gerak pergi airport?
AMELIA:Dalam pukul lima pagi.
SYAKIR:Alright. Sambung lah baca buku tu. Jangan lupa makan tau.
AMELIA:Baiklah my love. Bye.
SYAKIR:Bye.
Syakir pun menamatkan gagang telefon dan merebahkan tubuhnya di atas katil yang bersaiz "King".
............................................................................................................................................
Kelihatan figura dua orang gadis cantik sedang berdiri di hadapan kereta berjenama BMW berwarna biru cair seraya memandang antara satu sama lain dan berbual-bual. Gadis itu ialah Ana dan Ina.
"Dua hari lagi kau dah nak kahwin dah Ina. Sekejap je masa berlalu. Aku dah tak boleh nak kacau hidup kau lagi. I'm gonna miss you!" kata Ana kepada Ina.
"Hisyy,apa kau cakap ni Ana? Kau kan kembar aku mestilah tetap ada dalam hati aku. Jangan risau lah tak ada apa-apa yang berubah lepas ni. Kau tetap boleh kacau aku lagi. Bukannya aku pindah Amsterdam lepas ni."
"Alaa kau cakap aje nanti kalau Bryan tu ajak kau pindah sana kau tetap pindah juga."
"Tu nanti punya cerita lah.. Jangan risau sangat."
"Lama betul Bryan tu kat dalam kafe tu.. Dia buat apa?"
"Dia pergi jumpa sahabat baik dia tu. Nama dia Arisya,cantik orangnya. Tapi kan dia tu pelik lah."
"Hah? Kenapa dia pelik pula?"
"Iye lah hari tu dia tanya pasal hubungan aku dengan Bryan. Aku pun jawab lah dengan jujur aku ni bakal isteri Bryan. Tiba-tiba aje dia menangis depan aku dengan Bryan. Kenapa eh?"
"Aku syak dia tu dah lama suka Bryan lah tapi dia jenis pendam perasaan."
"Eh! Serius lah kau ni? Tak mungkin lah kan dia sahabat baik Bryan aje."
"Kau percaya ke dengan istilah lelaki dan perempuan bersahabat baik? Mesti salah satu akan ada yang jatuh hati. Sekarang ni dia kecewa lah tu."
"Oh patut lah. Hmm habis tu aku nak kena buat apa sekarang ni?"
![](https://img.wattpad.com/cover/195614315-288-k308715.jpg)
YOU ARE READING
Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.
RomanceCover by: @hottespuaka Start:9 Nov 2019 End:20 Sept 2021 #2 STUDENT(17/12/20) #1 STUDENT(20/12/20) #7 LECTURER(11/3/21) #14 STUDENT(5/4/21) #6 TWIN(19/4/21) #3 TWIN(28/4/21) #2 LECTURER(28/6/21) #81 FRIENDSHIP(26/7/22)