Di rumah Ina...
KRING!! KRING!!
"Assalamualaikum. Riq! Buka lah pintu ni."
Dengar sahaja bunyi loceng ditekan dan ucapan salam dari Ina, Fazriq pun bergegas untuk membuka pintu.
"Mummy, daddy dah sampai rupanya. And Zara pun. Jemput lah masuk." ajak Fazriq kepada mereka.
Setelah itu, mereka pun masuk ke dalam rumah. Zara terus menanyakan di mana bilik yang menempatkan Ana yang sedang terlantar itu. Fazriq pun memberitahunya. Encik Megat dan Puan Hani terus menaiki anak tangga begitu juga dengan Zara. Setibanya di bilik Ana, mereka pun masuk. Terlihat figura seorang wanita yang sedang terbaring di atas katil bersaiz King dengan wayar yang banyak di badannya. Terdapat juga alat bantuan pernafasan serta mesin nyawa.(penulis pun tak tahu sangat😂)
"Kesian aunty tengok Ana macam ni. Siapa lah yang bermusuh dengan dia sampai sanggup langgar lari?" kata Puan Hani kepada Zara.
"Zara pun tak tahu lah aunty. Mungkin Ina dengan Riq tahu." jawab Zara kepada Puan Hani.
"Betul juga tu. Kita mesti minta tolong Ina dalam hal ni." ujar Encik Megat kepada mereka.
Sedang mereka bertiga terleka dengan perbualan, tiba-tiba Ina pun masuk ke dalam bilik Ana dan menegur mereka.
"Amboi! Borak pasal apa ni? Sakan nampak?" tegur Ina.
"Tak ada apa lah. Kami borak pasal keadaan Ana je ni ha. Kesian tengok dia. Daddy nak minta tolong Ina tambahkan bodyguard lah. Boleh?"
"Kalau pasal tu Ina dah upah ramai bodyguard dah. Don't worry dad."
"Bagus lah kalau macam tu sebab aku pun kesian tengok kakak kau ni Ina. Dah berapa hari dah dia koma ni?
"Dah nak dekat empat hari juga. Its okay. Aku dah upah doktor peribadi untuk dia kalau ada apa-apa."
"Okay. Kau bagi lah aku satu bilik tetamu. Banyak sangat bilik kat sini."
"Haah lah Ina daddy dengan mummy pun pening nak pilih mana."
"Just pilih je pun. Kenapa boleh pening tu? Follow me." kata Ina.
Mereka pun membuntuti Ina. Sampai sahaja bilik tetamu yang kelima, dia pun mengatakan bahawa bilik ni memang disediakan untuk Encik Megat dan Puan Hani. Manakala bilik Zara pula dihadapan bilik Ina.
"Okey lah Ina masuk bilik dulu."
"Thanks Ina."
Zara yang masih kehairanan dengan sikap Ina dan juga tentang pelayan restoran yang memanggilnya dengan panggilan Xandra Erica itu. Dia pun membuka Ipad berjenama Apple miliknya dan terus google tentang Xandra Erica. Setelah mencari tahu tentang Xandra Erica,riak mukanya menjadi sungguh terkejut dan tidak percaya apa yang ditulis di google yang menyatakan bahawa Ina adalah ketua mafia yang sangat terkenal di Amsterdam dan sudah berpuluh orang jadi korban di tangannya. Hanya dua benda yang buat dia paling marah iaitu jika bisnes dan keluarga diusik.
"Gambar dalam ni sama persis dengan wajah Ana dan Ina. Tapi tak mungkin Ina yang muka sangat innocent tu ialah seorang ketua mafia yang sangat digeruni. Tapi kalau dia ketua mafia mestilah ada bisnes. But,satu rekod bisnes dia pun tak tercatat dalam ni. Aku kena ikut mana dia pergi." bebel Zara sendirian.
Sejurus selepas itu, Zara pun turun ke dapur dan melihat Fazriq juga ada di situ.
"Riq! Kau buat apa tu?"
"Aku macam biasa lah makan lepastu tengok movie. Nak hilangkan stress sebab iye lah Ana sakit sunyi hidup aku."
"Oh. Kau rindu dia ke?"
![](https://img.wattpad.com/cover/195614315-288-k308715.jpg)
YOU ARE READING
Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.
RomansaCover by: @hottespuaka Start:9 Nov 2019 End:20 Sept 2021 #2 STUDENT(17/12/20) #1 STUDENT(20/12/20) #7 LECTURER(11/3/21) #14 STUDENT(5/4/21) #6 TWIN(19/4/21) #3 TWIN(28/4/21) #2 LECTURER(28/6/21) #81 FRIENDSHIP(26/7/22)