Hari ini adalah hari yang sangat dinantikan oleh Bryan iaitu hari untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada Arisya,sahabat baiknya itu. Walaupun tak pernah dia menceritakan tentang bakal isterinya iaitu Hazrina Farisha itu kepada sahabat baiknya,dia sangat pasti bahawa Arisya akan setuju dengan pilihan hatinya dan hadir di hari bahagianya. Sepatutnya dia sudah mempertemukan mereka pada seminggu yang lepas tapi waktu itu Ina sibuk kerana ada mesyuarat penting yang tidak boleh ditangguhkan.
Jam di dinding sudah menunjukkan ke arah pukul dua petang dan Bryan sudah bersiap dengan memakai baju T-shirt yang berjenama 'Polo Ralph Lauren',berseluar jeans,memakai topi dan jam tangan di tangan kirinya. Hampir semua bajunya itu berjenama 'Polo Ralph Lauren' kerana dia sangat menggemari sukan polo dan juga logo baju itu. Baginya,dia nampak gagah dan kacak apabila menyarungkan baju yang berjenama itu setiap hari kecuali waktu bekerja.
🌻🌻🌻
ARISYA masih ralit membaca buku di pejabatnya yang memang disediakan di kafe itu. Hari ini banyak buku yang sudah dibaca olehnya. Antara buku-buku yang dibaca ialah buku '10 perkara untuk memikat cinta hati',novel cinta dan buku tentang bisnes. Sememangnya Arisya bukan seorang ulat buku tetapi entah mengapa tiba-tiba sahaja hari ini dia ingin membaca buku. Mungkin sebab di pejabatnya itu ada rak yang dipenuhi oleh buku tetapi tidak pernah dibaca olehnya. Iye lah dah beli banyak tapi tak pernah baca kan membazir tu! Lebih baik dibaca adalah manfaatnya daripada dibiarkan saja dijadikan sebagai hiasan.
"Penat juga baca buku ni. Tapi okey juga sebab semua kerja dah siap ada juga benda yang aku dapat buat." kata Arisya sendirian.
Seusai membaca buku,Arisya pun menyusun semula buku yang telah dibaca olehnya dan meletakkan semula di dalam rak yang dipenuhi dengan buku-buku di situ. Selepas itu,dia pun pergi ke bilik rehat untuk berehat seketika.
Sedang Arisya berehat di katil bersaiz 'queen' di dalam bilik rehat itu,tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada yang menelefonnya. Dengan malasnya dia pun menjawab panggilan telefon itu. Setelah dia sedar bahawa yang menelefon itu adalah Bryan dia pun tersenyum.
BRYAN:Asalamualaikum.
ARISYA:Waalaikumussalam. Iya ada apa awak telefon saya ni?
BRYAN:Hari ni awak ada di kafe?
ARISYA:Mestilah ada. Kenapa?
BRYAN:Sebab saya nak pergi kafe awak hari ni.
ARISYA:Oh,datang lah saya ada aje ni.
BRYAN:Okey. Lagi satu jam saya sampai sana.
ARISYA:Okey.
Bryan pun menamatkan gagang telefon itu. Manakala Arisya pula bersiap dengan cantik untuk berjumpa dengan cinta hatinya. Dia belum mengetahui bahawa Bryan ingin memperkenalkan dia dengan bakal isterinya. Macam mana lah perasaan Arisya nanti kan? Mesti remuk dan hancur sebab harapannya sudah musnah. Cinta pertama yang ditunggu-tunggu selama ini sudah berpunya dan ingin melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat. Penantian dan kesetiaannya selama ini sudah tidak lagi bermakna dan sia-sia.
............................................................................................................................................
AMELIA duduk di sofa di ruang tamu rumahnya setelah pulang dari bekerja. Sungguh lelah hari ini kerana dia sudah menghadiri tiga mesyuarat dan rapat umum untuk syarikatnya. Waktu ini dia telah berfikir untuk mengunjungi sepupunya yang kini berada di Terengganu iaitu Arisya dengan secepat mungkin supaya dia dapat menenangkan fikiran di sana. Di sana banyak pulau dan pantai yang tenang tidak seperti di sini metropolitan yang hanya ada tumbuhan landskap bukan tak ada alam semulajadi,ada tapi tak seindah di bumi Pantai Timur itu. Dia juga ingin merasai kenangan lama di sana.
Amelia ingin mencari ketenangan di sana kerana di Amsterdam ini dia banyak menghadapi tekanan atas faktor pekerjaannya dan juga trauma dan rasa bersalah yang sering menyelubungi dirinya setelah peristiwa lima tahun lalu. Serba serbi tentang hal itu masih diingati olehnya. Terkadang dia masih mimpikan peristiwa itu. Tapi dia mampu untuk menghadapinya sendiri.
YOU ARE READING
Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.
RomanceCover by: @hottespuaka Start:9 Nov 2019 End:20 Sept 2021 #2 STUDENT(17/12/20) #1 STUDENT(20/12/20) #7 LECTURER(11/3/21) #14 STUDENT(5/4/21) #6 TWIN(19/4/21) #3 TWIN(28/4/21) #2 LECTURER(28/6/21) #81 FRIENDSHIP(26/7/22)