BAB 53

410 10 3
                                    

Kelihatan Bryan dan Arisya sedang asyik berbual tentang kenangan waktu pertama kali mereka berjumpa. Sekitar empat belas tahun yang lalu,waktu itu Bryan masih malu-malu untuk berbual-bual panjang bersama Arisya. Manakala Arisya pula waktu itu dia lah yang paling banyak bercerita tentang banyak hal. Kerana itu lah mereka menjadi sangat rapat tetapi takdir telah memisahkan mereka selama bertahun-tahun. Hari ini adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh Arisya kerana boleh berjumpa lagi dengan cinta pertamanya. Umurnya sudah masuk dua puluh sembilan tahun tapi masih belum berkahwin,bukan kerana dia tidak pernah disunting oleh mana-mana lelaki tetapi hatinya tetap masih ingin menunggu Bryan pulang.

"Sedap juga makanan di kafe awak ni ya." puji Bryan kepada Arisya.

"Eh,mestilah semua ni saya yang masak tau." kata Arisya kepada Bryan sambil menunjukkan senyumannya yang manis.

"Wah,mesti untung suami awak kan? Sebab dia dapat isteri yang pandai masak." kata Bryan kepada Arisya.

"Suami? Saya masih belum berkahwin lagi lah."

"Hah? Serius lah belum? Awak tu kan dah dua puluh sembilan tahun. Setahu saya kalau di Malaysia umur ni dah lambat untuk berkahwin."

"Hmm. Nak buat macam mana saya masih menunggu seseorang."

"Siapa? Kenapa tak cakap je dengan dia?"

"Sebab saya masih malu untuk menyatakan cinta. Saya takut dia tak dapat terima cinta saya."

"Hmm. Awak perlu cuba untuk menyatakannya juga. Kalau tak macam mana dia nak tahu yang awak dah lama tunggu dia?"

"Okey. Nanti saya cakap dengan dia. By the way,lama ke awak balik sini?"

"Lama juga sebab saya ada urusan di sini."

"Oh. Awak menginap di sini juga ke?"

"Ya. Sebab tempat ni cantik dan saya sangat suka dengan pemandangan di sini. Tempat ni sangat mengingatkan saya dengan kenangan kita dulu."

"Oh ya. Chris dengan Alexander dekat mana sekarang? Kenapa mereka tak ikut?"

"Chris dah pindah ke Jerman sebab dia dapat kerja sebagai jurutera di sana. Kalau Alexander pula dia ada di Shah Alam dan dia dah berjaya jadi 'CEO' dan usahawan yang berjaya. Muka dia selalu muncul di dada akhbar dan majalah bisnes."

"Wah,hebatnya adik-adik awak. Tapi mesti awak lagi hebat kan? Awak kerja apa sekarang?"

"Saya kerja sebagai juruterbang di The Hague."

"Wah,hebat lah." kata Arisya kepada Bryan seraya membulatkan matanya tanda terkejut untuk seketika.

Usai makan di kafe milik Arisya,Bryan pun meminta diri untuk pulang di tempat penginapannya kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan. Bryan juga sebenarnya sudah penat kerana menunggang kuda seharian dari pagi ke petang.

"Terima kasih untuk makanan yang sedap ni. Esok saya datang lagi dan saya bayar."

"Tak payah bayar lah. Awak kan tetamu kat sini."

"Hm. Iye lah. Saya balik dulu. Asalamualaikum." pamit Bryan kepada Arisya seraya memberikan senyuman manis yang menimbulkan lesung pipit di pipinya.

🌹🌹🌹

INA sedang ralit menonton filem di komputer ribanya. Tiba-tiba,bunyi deringan telefon yang menandakan ada yang menelefon. Dia pun melihat nama "Mi Amor" tertera di kaca telefonnya itu. Dia pun segera menjawab telefon itu seraya tersenyum seperti 'kerang busuk'.


BRYAN:Asalamualaikum awak. What are you doing?

INA:Waalaikumussalam. Saya tengok movie je ni ha. Dah rindu saya ke?

BRYAN:Hampir setiap hari saya rindukan awak.

INA:Iye lah tu.

BRYAN:Yes honey. Pernah ke saya tipu awak?

INA:Tak pernah hehe.

BRYAN:Esok awak sibuk tak?

INA:Saya ada tiga mesyuarat esok. Kenapa?

BRYAN:Oh,tak apa lah. Kalau lusa?

INA:Lusa saya cuti. Kenapa?

BRYAN:Tak ada apa. Saya nak ajak awak pergi jumpa sahabat lama saya.

INA:Oh,dekat mana?

BRYAN:Pulau Duyong.

INA:Oh.

BRYAN:Ya. Dia ada kafe nanti awak boleh lah rasa makanan di sana.

INA:Mesti orangnya hebat kan.

BRYAN:Ya. Dia hebat,baik,cantik,tinggi dan yang paling penting dia tak pernah suruh saya bayar setiap kali saya makan di kafenya.

INA:Wah,puji melambung nampak. Kalau suka sangat dengan dia kenapa tak bercinta je dengan dia?

BRYAN:Merajuk ke? Jangan lah. Saya puji sahabat baik saya je pun.

INA:Sahabat boleh berubah jadi cinta tau. Hati orang ni kita tak pernah tahu. Mana ada istilah lelaki dan perempuan bersahabat. Mesti akan bertukar jadi cinta.

BRYAN:Tapi tak mungkin lah saya dah kenal dia lama. Awak pun belum pernah jumpa dia lagi. Jadi,janganlah bersangka buruk.

INA:Iya lah. Saya nak masuk tidur dah ni. Jangan lupa baca doa.

BRYAN:Okey. Lusa kita jumpa kan? Boleh? Jangan merajuk lagi tau nanti hilang cantik tu.

INA:Iya sayang. Asalamualaikum.

Gagang telefon pun dimatikan oleh Ina. Entah mengapa hatinya sakit apabila mendengar Bryan memuji sahabat lamanya itu dengan bersungguh-sungguh. Mungkin api cemburunya sudah menyala. Fikirannya kini sudah melayang kepada 'orang ketiga' dalam hubungan asmaranya dengan Bryan.

Setelah itu,Ina pun pergi mengambil wuduk sebelum tidur. Usai mengambil wuduk,dia pun masuk ke dalam biliknya dan menutup lampu. Selepas itu,dia pun baring di atas katilnya dan cuba untuk menutup matanya dengan rapat. Walaupun sudah cuba berkali-kali untuk tidur dengan nyenyak,tetapi dia masih tidak dapat tidur kerana di fikirannya tidak lepas lagi dengan 'orang ketiga'. Hatinya mula berasa tidak enak dan sakit. Seperti akan ada sesuatu yang besar berlaku selepas ini. Tetapi cepat-cepat dia beristighfar supaya dijauhkan daripada prasangka buruk terhadap Bryan dan sahabat lamanya itu.

BRYAN yang masih belum mahu tidur walaupun jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi kerana sedang menyiapkan hadiah untuk kekasih hatinya iaitu Ina. Dia sudah tahu jika Ina merajuk dia perlu memujuknya dengan "surprise". Pasti Ina akan kembali ceria dan tersenyum seperti hari-hari sebelumnya. Setelah satu jam,dia pun menutup lampu di tempat penginapannya itu,membaca doa lalu tertidur kerana sudah mengantuk daripada tadi.

*
*
*
*
*
*
THANKS GUYS FOR UR SUPPORT! LOVE YOU GUYS 💖💖💖💖.. SORRY SEBAB LAMBAT UPDATE. AUTHOR BARU BERPINDAH DAN BARU DAPAT KERJA. INSHAALLAH SEBELUM SPM RESULT KELUAR,MSBSA AKAN TAMAT. DOAKAN SAYA SUPAYA DAPAT CEPAT CEPAT SIAPKAN KARYA PERTAMA SULUNG SAYA NI YE. THANKS. KEEP ON SUPPORTING ME.

~RIANA THE EAGLE 🦅🦅🦅









Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now