Keesokan harinya,seperti yang dijanjikan pada waktu pagi itu,Ana telah bersiap untuk pergi ke kolej untuk membawa Fazriq jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Sebelum itu,dia perlu menelefon Fazriq terlebih dahulu untuk memastikan sama ada Fazriq sudah habis kuliah atau belum.
Ana- Asalamualaikum,Fazriq ni saya
Ana. Awak dah habis class?
Fazriq- Waalaikumsalam. Baru je
habis. Awak dah nak jumpa
saya ke?
Ana- Ya. Saya nak ambil awak dekat
kolej boleh?
Fazriq- Boleh. Datanglah saya tunggu
dekat kafe. Hati-hati drive.
Ana- Okay..Gagang telefon pun dimatikan,dan Ana pun segera menuju ke kereta dan terus memandu ke International Royal College,tempat kerjanya. Selepas satu jam akhirnya,dia pun sampai di perkarangan kolej dan memarkir keretanya di tempat parkir kakitangan.
Setibanya Ana di dalam kafe kolej tersebut,dia ternampak Fazriq duduk di kerusi di hadapanpintu utama disitu dia pun segera datang kepadanya.
"Hai! Awak dah lama ke tunggu saya?" tanya Ana kepada Fazriq.
"Eh,hai. Tak lah saya baru aje duduk dalam lima minit sebelum awak sampai." jawab Fazriq kepada Ana.
"Ok lah awak nak terus lunch dekat sini ataupun nak makan kat luar?" tanya Ana kepada Fazriq.
"Tak apa lah kita makan lah dekat sini,lagipun makanan dekat sini sedap dan eksklusif." jawab Fazriq kepada Ana.
"Ok,kalau dah awak kata macamtu saya ikut aje,awak order lah dulu," kata Ana.
"Waiter!" panggil Fazriq kepada pelayan di kafe itu.
"Nak pesan encik?" tanya pelayan itu kepada Fazriq.
"Hmm,saya nak order fish and chips dengan jus oren." jawab Fazriq kepada pelayan itu.
"Okay,Miss Ana pula nak order apa?" tanya pelayan tersebut kepada Ana.
"Saya nak order spaghetti Carbonara dengan jus tembikai satu." jawab Ana kepada pelayan itu.
"Okay,baiklah Miss dengan encik tunggu sekejap ye. Nanti saya datang hantar makanan." pinta pelayan itu kepada Ana dan Fazriq.
"Okey." kata Ana dan Fazriq serentak.
Setelah beberapa minit menunggu,akhirnya makanan yang dinanti-nantikan pun tiba. Mereka pun mula menjamu selera seraya berbual-bual.
"Lepas ni kita nak pergi jalan-jalan dekat mana?" tanya Fazriq kepada Ana.
"Rahsia mana boleh bagi tahu." jawab Ana kepada Fazriq seraya tersenyum dan tertawa kecil.
"Hish,awak ni suka betul berahsia dengan saya." jawab Fazriq kepada Ana dengan geram.
"Alaa... Dah nama pun surprise kan." jawab Ana kepada Fazriq sambil memegang segelas air.
"Ok,saya ikut aje awak bawa saya pergi mana-mana." kata Fazriq kepada Ana seraya menghabiskan makanannya.
"Hmm... Fazriq, sebenarnya kan saya ada benda nak bagitahu saya harap awak tak marah saya lah." kata Ana kepada Fazriq sambil wajahnya ditundukkan.

YOU ARE READING
Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.
RomanceCover by: @hottespuaka Start:9 Nov 2019 End:20 Sept 2021 #2 STUDENT(17/12/20) #1 STUDENT(20/12/20) #7 LECTURER(11/3/21) #14 STUDENT(5/4/21) #6 TWIN(19/4/21) #3 TWIN(28/4/21) #2 LECTURER(28/6/21) #81 FRIENDSHIP(26/7/22)