BAB 66

294 8 0
                                    

Kelihatan Syakir dan Amelia sedang bersarapan di ruang tamu untuk mengalas perut kerana pada hari ini mereka akan ke kampung Syakir iaitu di Perlis Indera Kayangan.

"Pukul berapa kita nak gerak ni?" tanya Amelia kepada Syakir.

"Dalam pukul 9 pagi." jawab Syakir.

"Oh okey. Tak sabarnya nak jumpa bakal mertua. Nervous ni." kata Amelia.

"Alaa rilex aje. Mama dengan papa saya tu okey aje. No worries." kata Syakir.

"Awak ada nampak Arisya tak? Kenapa dia tak muncul daripada subuh tadi?" tanya Amelia.

"Entahlah. Saya pun tak tahu. Mungkin dia dah pergi kerja." jawab Syakir.

"Okey. Awak cepat lah habiskan makanan tu. Dah nak pukul 9 pagi ni. Nanti lambat." kata Amelia.

"Okey. Dah nak habis dah ni." jawab Syakir seraya menghabiskan makanannya dan membawa pinggan ke dapur untuk dibasuh.

............................................................................................................................................

ZARA mendapat panggilan telefon daripada Puan Felicia yang ingin mengajaknya datang ke rumah kerana pada hari ini dia ingin kenalkan anak lelakinya itu kepada gadis itu. Zara sangat teruja kerana dijemput ke rumah mama angkatnya itu untuk berjumpa seseorang yang dia sangat ingin jumpa kerana Puan Felicia selalu bercerita tentang lelaki tersebut setiap kali berjumpa.

Seusai bersiap, Zara pun keluar dari rumahnya dan mengunci semua pintu. Dia pun masuk ke dalam perut kereta dan memulakan perjalanan ke rumah Puan Felicia pada pagi itu. Setelah beberapa minit, dia pun tiba di perkarangan rumah agam tersebut dan disambut oleh senyuman seorang wanita tua. Keluar sahaja daripada perut kereta dia pun menjabat tangan wanita tua itu sebagai tanda hormat.

"Anak mama tu dah sampai ke?" tanya Zara kepada Puan Felicia.

"Belum lagi. Mungkin petang dia sampai sebab dia kata nak bertolak jam 9 pagi." jawab Puan Felicia.

"Oh okey." kata Zara.

"Jomlah masuk dulu." ajak Puan Felicia.

"Okey." kata Zara seraya membuntuti Puan Felicia ke dalam rumah agamnya.

Di dalam rumah agam...

"Mana yang lain? Senyap je rumah ni." tanya Zara kepada Puan Felicia.

"Papa dengan adik-adik kamu keluar sekejap pergi Polo Club... Katanya nak tunggang kuda." jawab Puan Felicia.

"Oh. Kenapa mama tak ikut?" tanya Zara.

"Kalau mama ikut nanti kesian dekat Anuar sebab tak ada orang sambut dia balik ke sini." jawab Puan Felicia.

"Oh. Nama dia Anuar. Nice name. Kalau kerek tahulah dia nanti." bisik hati Zara sendirian.

"Zara tunggu sini sekejap. Mama nak buatkan air." pinta Puan Felicia.

"Okey mama." jawab Zara seraya membuka televisyen untuk menonton Netflix. Walaupun ni bukan rumah ibu bapa kandungnya tapi dia sudah terbiasa buat begitu kerana Encik Firdaus dan Puan Felicia yang menyuruh Zara untuk buat rumah agam itu seperti rumah sendiri. Maklumlah dia kan dah jadi sebahagian daripada keluarga mereka.

............................................................................................................................................

ARISYA berjumpa dengan dua orang lelaki yang sanggup bekerjasama dengannya untuk membunuh Ina. Cubaan membunuh tersebut akan dilakukan dengan cara memutuskan tali brek supaya Ina kemalangan ketika memandu kereta.

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now