PERJALANAN jauh tak terasa. Dalam tempoh satu jam setengah, mereka tiba di destinasi. Usai sahaja memarkirkan kereta di pekarangan rumah, Ana melangkah masuk ke dalam rumah diikuti oleh Fazriq dari belakang. Pintu diketuk beberapa kali sambil memberi salam.
“Mama, inilah Fazriq yang mama nak jumpa sangat tu.” Ana memperkenalkan Fazriq selepas mencium tangan ibunya.
“Oh, inilah Fazriq … kacak orangnya. Ada darah kacukan, ke?” tanya Puan Hani kepada Fazriq.
“Ada, ayah saya orang Belanda,” jawab Fazriq sambil tersenyum.“Oh. Patutlah warna mata tu biru aunty ingatkan Riq pakai contact lens. tadi." kata Puan Hani kepada Fazriq.
"Eh,tak ada adalah aunty.. Saya tak suka pakai benda tu, nanti rosak pula mata saya yang cantik ni." kata Fazriq kepada Puan Hani seraya tertawa kecil.
"Eh,mama ni dah mula sembang rancak dengan Fazriq sampai lupakan Ana ya." celah Ana kepada Puan Hani.
"Tak lah.. Sorry terlupa pula anak mama yang cantik ni ada kat sini." jawab Puan Hani kepada Ana.
"Hmm... Iye lah. Mama boraklah dengan Riq dulu. Ana nak pergi dapur minta Mak Jah buatkan air." kata Ana kepada Puan Hani.
"Okey. Mama ada banyak soalan nak tanya Riq ni. Kamu pergilah masuk dapur dulu." pinta Puan Hani kepada Ana.
Ana pun berlalu dari situ dan mengatur langkah kakinya menuju ke dapur.Di dapur...
"Hishh mama ni banyak pula soalan nak tanya Riq tu. Dah macam nak temu ramah bakal menantu pula." omel Ana sendirian.
Tanpa disedari bibik di dalam dapur terdengar omelan Ana dan menegurnya..
"Ha,cik Ana ni mengumpat puan ye," kata Mak Jah kepada Ana.
"Eh,Mak Jah ni dah lama ke dekat sini?" tanya Ana kepada Mak Jah seraya memegang dadanya kerana terkejut.
"Iya,dah lama Mak Jah dekat sini terdengar cik Ana cakap pasal puan ada apa-apa ke?" tanya Mak Jah kepada Ana.
"Tak ada apa-apa pun. Mama saya tu haa boleh pula dia tanya banyak soalan dekat kawan saya tu. Dah macam nak temu ramah bakal menantu pula." jawab Ana kepada Mak Jah.
"Baguslah kalau jadi menantu tuan dengan puan. Bukan senang nak jumpa lelaki kacak dan ada darah campuran macam dia tu. Untunglah kalau cik Ana dapat dia sebagai suami. Sesuai sangat macam kata pepatah tu 'bagai pinang dibelah dua." kata Mak Jah kepada Ana.
"Apa Mak Jah cakap ni? Fazriq tu pelajar di kolej saya lah. Saya ni pensyarah dia."
"Tak kisah lah pelajar kolej atau tak. Asalkan dia tu baik budi pekertinya. Sesuai untuk dijadikan suami untuk cik Ana."
"Mak Jah dengan mama ni sama aje lah... Dahlah mak Jah pergi buatkan air dan sediakan kuih-muih ataupun biskut sikit nanti saya hantar dekat depan." pinta Ana kepada mak Jah.
"Baiklah." jawab Mak Jah ringkas.Di ruang tamu...
"Dah banyak kita berborak ni tak sedar dah setengah jam... Ni auntu nak tanya sikit jangan marah tau." kata Puan Hani kepada Fazriq.
"Apa dia tu?" tanya Fazriq kepada Puan Hani.
"Riq dah ada kekasih ke belum?"
"Tak ada. Kenapa aunty tanya macamtu?"
"Tak ada apa-apa. Nak cerita sikit ajelah. Ana tu umur dia dah dua puluh enam tahun. Aunty dengan uncle ni takut kalau dia tu jadi andartu. Riq boleh pikat dia?"
"Serius ke ni aunty?" tanya Fazriq kepada Puan Hani.
"Betullah. Ada nampak aunty main-main ke?"
"Mama Ana ni biar betul? Aku dengan Ana belum kenal sampai sebulan pun lagi. Tak semua benda aku tahu pasal dia." bisik hati Fazriq sendirian.
"Kenapa mengelamun tu Riq?" tanya Puan Hani kepada Fazriq.
"Tak ada apa-apa.. Saya tengah fikir pasal benda yang aunty cakapkan tadi." kata Fazriq kepada Puan Hani.
Sedang Fazriq dan Puan Hani masih rancak berbual-bual,tiba-tiba Encik Megat yang baru sahaja turun dari tangga itu pun mencelah.
"Tak perlu fikir panjang sangat lah Riq. Uncle rasa kamu dah sesuai untuk jadi menantu uncle. Lagipun sebenarnya uncle dah kenal lama dengan parents Fazriq masa uncle study di Amsterdam dengan daddy Fazriq." kata Encik Megat kepada Fazriq.
"Hah? Biar betul uncle?" tanya Fazriq kepada Encik Megat dengan kehairanan.
"Betullah. Nama daddy Fazriq Tengku Zamer Rayyan Schatzman kan?"
“Iya." jawab Fazriq kepada Encik Megat. Ketika ini dia masih kebingungan. Tak mungkin dia akan berkahwin pada usia yang terlalu muda.
"Mak Jah!!" panggil Encik Megat kepada Mak Jah.
"Ya tuan. Ada apa?" tanya Mak Jah kepada Encik Megat.
"Panggil Ana suruh dia duduk sini dengan kami. Ada benda penting yang saya nak bincangkan dengan dia." pinta Encik Megat kepada Mak Jah.
"Baiklah tuan." jawab Mak Jah kepada Encik Megat sambil berjalan menuju ke dapur dan memanggil Ana untuk duduk bersama dengan Encik Megat,Puan Hani dan Fazriq di ruang tamu.
"Cik Ana.. Tuan suruh cik pergi ke depan. Katanya ada benda penting nak dibincangkan. Bawalah sekalu biskut dengan air ni. Terima kasih." kata Mak Jah kepada Ana.
"Okey. Sama-sama Mak Jah." jawab Ana kepada Mak Jah sambil bangyn dari duduknya dan membawa biskut dengan air itu pergi ke ruang tamu. Dia pun meletakkan biskut dan air di atas meja.
"Ha,datang pun buat apa dekat dapur lama-lama?" tanya Encik Megat kepada Ana.
"Duduk aje." jawab Ana kepada Encik Megat.
"Oh. Duduklah dulu." pinta Encik Megat kepada Ana.
"Benda apa yang penting saya nak dibincangkan tu daddy?" tanya Ana kepada Encik Megat dengan hairan.
"Kalau Ana nak tahu daddy dengan daddy Fazriq ni kawan baik dulu waktu daddy sambung belajar di Belanda." kata Encik Megat kepada Ana.
"Seriuslah? Kenapa Fazriq tak pernah bagitahu pun?"
"Dia pun tak tahu lah Ana.. Daddy tahu ni pun sebab nama dia sama dengan nama anak kawan daddy Tengku Zamer. Daddy dah pastikan yang Riq ni anak dia." kata Encik Megat kepada Ana.
"Okey. Lepas tu apa kaitan dengan Ana?" tanya Ana kepada Encik Megat.
"Memandangkan Ana dengan Riq ni bujang dan masih belum ada pasangan lagi daddy dengan parents Fazriq dah buat keputusan untuk menjodohkan korang berdua." kata Encik Megat kepada Ana.
"What!!"
"Seriously daddy? Baru kenal takkanlah nak suruh kami kahwin? Are u crazy?" tanya Ana kepada Encik Megat dengan bengang.
"Betul tu uncle tak rasa macam terlalu cepat ke? Saya baru sambung belajar dan belum kerja lagi macam mana nak galas tanggungjawab sebagai seorang suami? Ana ni pensyarah dan saya pelajar dia. Apa orang lain akan kata pasal kami nanti?"
"Pasal tu kamu tak perlu risau."
"Daddy dah bincang betul-betul ke dengan parents Riq?" tanya Ana kepada Encik Megat.
"Dah. Parents dia okey aje. Sekarang ni kami nak tunggu keputusan daripada kamu berdua dan lagi satu daddy Riq kata kalau Riq tak nak cita-cita tu terkubur terima aje perjodohan ni."
"Apa cita-cita awak?" tanya Ana kepada Fazriq.
"Nak ambil alih syarikat daddy saya lah." jawab Fazriq kepada Ana.
"Sebab cita-cita awak tu saya pun terbabit? Apa benda ni?!"
"Saya minta maaf. Tapi saya tetap kena terima juga sebab takut impian saya terkubur macam tu aje dan saya tak mahu ayah saya cop saya ni anak derhaka sebab tak ikut kata-kata dia."
"Hmm.. Kalau macam tu saya setuju tapi dengan satu syarat. Kita kena rahsiakan benda ni dari kawan-kawan awak dan rakan sekerja saya."
"Maknanya kamu berdua setuju untuk dijodohkan lah?" tanya Puan Hani kepada Ana dan Fazriq.
“Iya. Kalau itu yang terbaik."
"Alhamdulillah." kata Encik Megat sambil menekup mukanya dengan kedua-dua tangannya.
"Esok daddy nak ajak Ana pergi rumah Riq untuk berkenalan dengan parents dia pula okey." ujar Encik Megat kepada Ana.
"Okey."
"Okeylah uncle,aunty saya rasa Ana kena hantar saya balik sebab sekarang dah pukul lima petang saya kena ikut daddy main golf." kata Fazriq kepada Puan Hani dan Encik Megat.
"Ana hantar Fazriq sampai rumah okey. Jangan memandu laju sangat. Hati-hati." kata Puan Hani kepada Ana.
"Okey ma. Thanks."
"Dah jom balik." kata Ana kepada Fazriq.
YOU ARE READING
Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.
RomanceCover by: @hottespuaka Start:9 Nov 2019 End:20 Sept 2021 #2 STUDENT(17/12/20) #1 STUDENT(20/12/20) #7 LECTURER(11/3/21) #14 STUDENT(5/4/21) #6 TWIN(19/4/21) #3 TWIN(28/4/21) #2 LECTURER(28/6/21) #81 FRIENDSHIP(26/7/22)