BAB 71

246 11 3
                                    

Bunyi deruman ekzos kereta di luar rumah telah mengejutkan Fazriq dan Ina yang sedang tidur. Jam menunjukkan ke arah pukul 2 pagi. Ina baru pulang dari markas TEM setelah mengadakan mesyuarat dengan ahli tertinggi dan juga Vicky dan Danny. Dia memberikan peluang dua orang lelaki itu hidup dan bekerjasama dengannya untuk membalas dendam. Daun pintu dibuka dan Ina pun masuk ke dalam. Di depannya sudah tercegat wajah Ana seperti ingin diwawancara.

"Kau buat apa kat sini? Kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Ina.

"Aku baru bangun lepas dengar bunyi kereta kau. Pergi mana ni? Pukul 2 pagi baru muncul." jawab Ina sambil mengajukan pertanyaan.

"Aku kerja tadi." kata Ina acuh tak acuh. Dia tidak mahu disoal kerana letih.

"Kau pergi markas kan sebenarnya? Buat apa ke sana? Bahaya tahu tak?!!"

"Apa masalahnya? Kau sendiri tahu itu kerja aku."

"Iya aku faham. Tapi kau buat apa pergi sana?"

"Aku pergi jumpa orang yang dah sabotaj kereta aku tu sampai Bryan masuk hospital."

"So, kau dah tahulah siapa yang hantar orang untuk buat tu?"

"Iya. Aku tak sangka dia sanggup buat benda macam ni. Tapi rasanya dia memang nak majlis tu tak jadi. Aku syak dia nak aku yang drive kereta tu dan masuk hospital bukan Bryan."

"Oh. Aku pun syak macam tu. Tapi siapa orangnya?"

"Arisya."

"Kawan lama Bryan tu ke?"

"Iye. Nampak baik rupanya jahat."

"Kau naiklah atas rehat dulu. Nanti kita bincang lagi dengan Riq pasal ni. Kesian kau penat. Jangan lupa mandi dulu tau. Kalau nak makan ada tu makanan dalam peti tapi kau kena panaskan dalam 'microwave' dulu. Aku pun nak tidur lagi ni."

"Okey." jawab Ina serta melangkah ke anak-anak tangga menuju ke bilik tidurnya.

🌻🌻🌻

ZARA sibuk membantu Puan Felicia memasak di dapur. Sedang dia ralit mengacau kuah kari di dalam kuali itu terlintas di fikirannya tentang kebenaran Bryan dan Syakir. Dia sudah mengambil keputusan untuk beritahu Ina tentang hal ini. Dia hanya mahu mempertemukan kembali keluarga yang telah lama terpisah.

"Zara, lama lagi ke nak siap tu?" tanya Puan Felicia.

"Dah nak siap ni." kata Zara seraya menutup api.

Puan Felicia pun mengambil mangkuk dan meletakkan kari ayam yang telah dimasak oleh Zara tadi ke dalamnya.

"Mama masak apa tu?" sergah Syakir yang datang entah dari mana.

"Bukan mama yang masak ni. Ni Zara yang masak. Masakan dia sedap sangat tau." jawab Puan Felicia.

"Oh. Okey." kata Syakir sambil menjeling tepat ke dalam mata Zara.

"Amelia mana? Dia tak turun lagi ke?" tanya Zara.

"Sejak bila kau suka bertanya pasal dia ni? Bukan benci sangat ke dengan dia?" bisik Syakir kepada Zara.

"Aku tanya pun salah. Lepas ni malas dah aku nak tanya kau." jawab Zara.

"Bisik apa tu? Ada benda penting yang mama tak boleh tahu ke?" tanya Puan Felicia.

" Tak ada apalah ma. Zara nak keluar sekejap tau. Nanti makan aje tak perlu tunggu Zara. " kata Zara.

"Makanlah dulu." pinta Puan Felicia.

"Betul tu. Makan dulu." sokong Syakir.

"Tak apa. Ada kerja kat luar. Nak bagitahu juga yang petang nanti kena pergi Shah Alam." kata Zara.

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now