Keesokan pagi....
Syakir yang masih diulit mimpi itu dikejutkan oleh Amelia yang sedar akan Syakir yang masih tidur pulas di atas katil padahal hari ini adalah hari yang sangat penting untuk laksanakan rancangan jahat mereka berdua. Syakir yang masih tidak mahu bangun kerana berasa sangat selesa di atas katil bersaiz King yang berwarna keemasan itu membuatkan Amelia marah dan terus menyiram air di mukanya.
"Woi!!!" jerit Syakir kerana berasa sangat sejuk setelah disimbah air.
"Haa padan muka kau! Pergi mandi sekarang." arah Amelia kepada Syakir.
"Alaa sorry lah. Aku rasa best sangat tidur dekat katil empuk ni." kata Syakir kepada Amelia.
"Sorry naik lori lah kau. Pergi mandi sekarang!!" marah Amelia kepada Syakir.
"Baik boss." jawab Syakir kepada Amelia.
"Eh! Sejak bila pula aku ber aku kau dengan boss sendiri ni? Haishh patutla dia marah sampai macam tu. Tak sangka singa." bisik hati Syakir sendirian.
"Apahal tercegat kat situ? Nah ambil tuala ni. Aku tunggu kat meja makan." arah Amelia kepada Syakir.
"Baiklah." jawab Syakir kepada Amelia.
Setelah itu,Syakir pun masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan bersiap-siap. Tetapi semasa Syakir ingin mencari baju di dalam beg bagasinya dia terlihat ada baju t-shirt polo berwarna putih dengan seluar jeans biru. Rupanya Amelia telah menyediakan baju untuknya. Baju mahal pula tu! Untungnya!!
"Baik juga minah ni ekk. Aku rasa macam semakin lama aku stay dnegan dia kat sini and pandang muka dia hari-hari kan aku dah start suka dia lah. Dah la comel,cantik,bijak anak orang putih lagi. Tapi sayang dia dah suka orang lain." bebel Syakir sendirian.
Syakir sendiri tidak menyangka bahawa dia akan jatuh cinta dengan Amelia yang garang serupa singa betina tu. Siap puji lagi tentang kecantikan Amelia. Iye lah Amelia kan orangnya tinggi lampai,bermata biru,cantik lagi. Untung betul siapa yang dapat. Tapi satu je perangai tak berubah suka jadi jahat untuk mendapatkan sesuatu.
"Baik aku turun cepat. Kejap lagi mengamuk lagi boss aku tu. Nasib la sayang." bisik hati Syakir sendirian.
Syakir pun bangun dari duduknya dan keluar dari bilik. Dia pun menaiki lif yang disediakan di rumah itu untuk menggantikan tangga yang terlalu banyak anak tangga. Penat lah dia nak turun tangga. Beberapa minit setelah itu,akhirnya dia tiba jua di tempat makan. Kelihatan figura seorang lelaki tua yang amat dikenalinya iaitu ayah Amelia dan bersebelahan dengannya itu seorang perempuan tua mungkin itu adalah ibunya. Tetapi bayang Amelia belum terlihat mungkin berada di dapur membantu pembantu rumah. Eh dia nak membantu?! Macam mustahil je. Tapi yang dihairankan seorang perempuan tua itu wajahnya seperti orang Asia! Orang Melayu. Tanpa berlengah lagi dia pun keluar dari lif dan menuju ke meja makan.
Dia pun disapa oleh ayah Amelia untuk duduk dan makan bersamanya.
"Hey. Come here and eat together with us." ajak Encik James dengan senyuman kepada Syakir.
"Thanks Sir." jawab Syakir kepada Encik James. Dia memanggil Sir kerana selalunya orang luar negara tak panggil Uncle sebaliknya memanggil dengan panggilan Sir yang bermaksud Tuan.
"Welcome. What's ur name?" tanya Encik James kepada Syakir.
"Muhammad Putera Syakir Anuar Bin Ahmad Firdaus." jawab Syakir kepada Encik James.
"I just ask ur nickname but you tell me your full name." kata Encik James seraya tertawa kecil.
"Oh." jawab Syakir ringkas.
"What's ur relay with Amelia? Boyfriend and girlfriend? Or just friends?" tanya seorang perempuan tua di sebelah Encik James kepada Syakir.
"Hmm. Boyfriend." jawab Syakir Tanpa berfikir panjang kepada Encik James.
YOU ARE READING
Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.
Roman d'amourCover by: @hottespuaka Start:9 Nov 2019 End:20 Sept 2021 #2 STUDENT(17/12/20) #1 STUDENT(20/12/20) #7 LECTURER(11/3/21) #14 STUDENT(5/4/21) #6 TWIN(19/4/21) #3 TWIN(28/4/21) #2 LECTURER(28/6/21) #81 FRIENDSHIP(26/7/22)