SEGMEN 1

51 7 2
                                    

“Sari berita penting. Seorang tokoh korporat terkenal mati dibunuh di kediaman beliau pada tengah malam semalam. Kejadian ini telah mendorong pihak polis untuk membuka semula siasatan untuk menangkap pembunuh tokoh tersebut. Mangsa yang dikenali sebagai Tuan Han Dojeong telah ditemui mati dengan kesan tembakan pada bahagian dahi dan dada beliau.

Turut ditemui ialah sekeping kad dan alat silencer yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsa. Apa yang menghairankan pihak polis ialah kad tersebut merupakan kad yang sama yang pernah dijumpai dalam mana-mana kes pembunuhan sebelum ini-"

Klik!

Inspektor Choi Siwon, ketua bagi unit siasatan jenayah dan forensik di Agensi Polis Metropolitan Seoul itu melepaskan keluhannya. Siaran televisyen yang memaparkan berita mengenai pembunuhan pengasas HDJ Holdings itu memaksa beliau mematikan siaran tersebut.

Inspektor Siwon memandang ke arah anak-anak buahnya dengan wajah yang kelat. Mereka tahu apa yang beliau sedang sibuk fikirkan ketika ini.

"Nampaknya, mereka akan kata yang kita ni tak pandai buat kerja,"kata Inspektor Siwon.

Masing-masing hairan. Bingung dengan apa yang dikatakan oleh ketua mereka itu, salah seorang dari mereka mengangkat tangan.

"Tuan, apa maksud tuan dengan ayat ‘tak pandai buat kerja tu?’,"soal Kim Jongin, salah seorang anak buah Inspektor Siwon dalam unit itu.

"Kamu tak tau? Semua orang sudah mula membuat spekulasi negatif terhadap unit kita. Ada yang kata kita ni lembap, bodoh, tak bertanggungjawab, pemalas dan semua yang berkaitan! Takkanlah dalam masa genting macam ni pun, kamu masih tak tau juga Kim Jongin?!"bentak Inspektor Siwon sambil menghentakkan tangannya dengan kuat di atas meja.

BANGGG!!!!

Hentakan yang kuat itu menyebabkan semua anak buah Inspektor Siwon menghinjutkan bahu mereka. Ada yang menggetap bibir dan ada juga yang menekup kedua telinga kerana tidak tahan dengan bunyi tersebut.

Inspektor Siwon menghadiahkan renungan yang tajam kepada setiap anak buahnya. Renungan tersebut dibalas dengan reaksi takut mereka masing-masing, tidak ubah seperti seekor haiwan mangsa yang bertemu dengan pemangsa mereka masing-masing.

"Bagaimana dengan laporan hasil bedah siasat? Forensik?"Inspektor Siwon memandang terus ke arah seorang lelaki bertelinga capang yang memegang jawatan sebagai ketua unit tersebut.

Park Chanyeol, ketua unit forensik itu terus berdiri dari kerusinya lalu mengeluarkan sekeping fail yang disimpan di dalam beg portfolionya.

Beberapa keping gambar yang diselit di dalam fail tebal itu dikeluarkan lalu diberikan kepada setiap orang di situ termasuk Inspektor Siwon.

"Berdasarkan hasil post-mortem yang dilakukan oleh pasukan kami, kami dapati bahawa kesan tembakan yang ada pada bahagian dahi si mati telah menghancurkan isi otaknya. Kesan tembakan tersebut telah menembusi bahagian kepala si mati sehingga menyebabkan cebisan otak berhamburan di tempat kejadian.

Menerusi siasatan yang kami jalankan di tempat kejadian, saya telah menemui sebutir peluru jenis hollowpoint berukuran sembilan milimiter berhampiran dengan
cebisan otak milik si mati,"ulas Chanyeol dengan panjang lebar.

"Macam mana dengan kesan cap jari, doktor?"soal Inspektor Siwon yang masih memegang gambar autopsi milik mayat Tuan Han.

"Saya tak jumpa sebarang kesan cap jari pada bahagian tubuh badan si mati langsung, tuan. Melalui penemuan ini, saya dapat membuat inferens bahawa pembunuh ini seorang yang profesional dalam melaksanakan tugas,"kata Chanyeol.

Gambar autopsi tersebut diserahkan semula kepadanya.

"Ini kad Joker yang saya jumpa, tuan,"Chanyeol menyerahkan sepeket plastik berzip yang mengandungi sekeping kad Joker itu kepada Inspektor Siwon.

Kad Joker dengan kesan darah itu diperhatikan oleh beliau untuk beberapa detik. Inspektor Siwon cuba mencerna setiap kejadian yang berlaku baru-baru ini, kes pembunuhan bersiri yang melibatkan sekeping kad Joker sahaja sudah cukup memeningkan kepalanya.

Apa yang menghairankan beliau, mengapa pembunuh itu mensasarkan golongan ternama seperti tokoh korporat dan ahli politik? Bahkan golongan yang bergiat dalam bidang undang-undang juga telah menjadi mangsa pembunuh itu sebelum ini.

Apa yang memaksa pembunuh itu melakukan sedemikian? Adakah pembunuh itu menyimpan dendam terhadap golongan tersebut atau dia hanya menjalankan tugasnya sebagai pembunuh upahan sahaja? Kalau pembunuh upahan, tentu dia tidak akan meninggalkan petunjuk yang sering menjadi teka-teki bagi setiap anggota polis dalam agensi ini.

"Tuan tak apa-apa?"soal Sehun ketika Inspektor Siwon mula berubah riak.

Pertanyaan yang keluar dari mulut anak buah beliau membuatkan Inspektor Siwon mengeluh. Plastik berzip yang dipegang diletakkan di atas meja dengan begitu sahaja.

Lelaki itu berdiri dari kerusi lalu menggerakkan kedua kaki beliau menuju ke arah sebuah pintu kaca yang mengunjur dari atas ke bawah.

Tingkah laku Inspektor Siwon itu membuatkan mereka tertanya-tanya.

Tidak pernah tuan menjadi sebegitu. Buang tabiat sudahkah? Itu yang terdetik dalam hati mereka masing-masing.

Sehun memandang ke arah Chanyeol lalu mengangkat sedikit kepalanya ke atas. Rasa ingin tahunya tentang perubahan emosi ketua mereka itu semakin membuak-buak.

"Apa yang dah jadi dekat tuan inspektor tu, Yeol? Apa kau dah buat?"soal Sehun.

Chanyeol memandang Sehun dengan riak wajah seriusnya lalu mengangkat kedua bahu.

"Entah,"itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Dalam ruangan yang agak hening itu, masing-masing berbisik sambil bertanyakan keadaan ketua mereka sekarang.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now