Millennial Company Pte. Ltd.
8:45 a.m.Seawal jam lapan tadi, Tuan Wu sudah masuk ke dalam pejabatnya untuk menyelesaikan segala urusan yang patut. Awal pagi tadi, dia sudah membawa surat perletakan jawatan yang diberikan oleh Wendy pada hari sebelumnya.
Kata Wendy, keputusan tersebut dibuat oleh Mr Jung sendiri atas faktor sistem kewangan syarikat semakin merosot dan beliau menganggap bahawa Tuan Wu sudah tidak mempunyai kredibiliti dalam menguruskan syarikatnya lagi.
Mana tidaknya, persaingan syarikatnya di antara syarikat kecil tersebut telah membawanya ke lembah kegagalan. Zaman kejatuhan Syarikat Millennial sudah bermula, firasatnya yang mengatakan sebegitu.
Bunyi ketukan di pintu mengganggu tumpuannya. Tuan Wu menoleh ke arah pintu itu lalu memandang ke arah Wendy yang sedang memaklumkan sesuatu kepada beliau.
"Tuan, Mr Jung akan sampai ke pejabat tak lama lagi. Tuan kena pastikan semua barangan tuan sudah dikemas untuk diangkut k-keluar nanti,"Wendy memberitahu majikannya dengan gugup.
Rasa bersalah menguasai diri setiausaha kepada CEO syarikat tersebut (atau bakal menjadi bekas selepas ini) apabila dia hendak memaklumkan perkara tersebut kepada Tuan Wu.
Memang itu pun arahan daripada Mr Jung sendiri. Suruh dia kemas barang dia sampai licin! Aku tak nak ada satu sen pun barang Tuan Wu di dalam pejabat baru aku nanti. Biar dia berambus dari sini. Forever!
Sampai Wendy pun meneguk liurnya sendiri dengan takut. Menggigil! Macam singa saja nada suara Mr Jung ni! Dah sah dia ni bakal diktator di syarikat ni nanti!
"Hm,"Tuan Wu mengangguk. "Wendy, kamu berikan surat ni kepada Mr Jung nanti."
Surat perletakan jawatan itu dihulurkan dan disambut daripada orang yang akan menjadi perantara di antara Tuan Wu dengan Mr Jung itu nanti.
"Tuan ada minta apa-apa tak?"soal Wendy.
Tuan Wu hanya mampu menggeleng.
"Tak ada. Cukup saja surat perletakan jawatan tu sebagai tanda perpisahan saya kepada kamu semua. Maafkan saya kalau saya pernah berkasar kepada kamu semua selama ni,"kata Tuan Wu.
Permohonan maaf itu keluar dari mulutnya dengan tulus dan ikhlas. Mungkin selama ini dia pernah berkasar bahasa dengan stafnya di sini. Sekali dua, itu saja yang dia ingat.
Rasa sayang baginya untuk melepaskan syarikat ni kepada sahabatnya sendiri. Kalau bukan kerana dia hendak menjaga hati sahabatnya yang satu itu, dah lama dia heret Mr Jung ke mahkamah.
Tapi itulah, Tuan Wu ni baik orangnya. Kalau ditanya kepada kenalan dia, pasti mereka akan cakap yang Tuan Wu ni sangat akrab. Pemurah pula tu.
"Saya sebagai wakil staf di sini pun nak minta maaf kepada tuan kalau-kalau kami semua pernah buat salah dengan tuan selama ni,"kata Wendy. "Kami harap tuan akan hidup dengan lebih bahagia lepasni. Yalah, dah tak stress lagi kan?"
Tuan Wu mengangguk bersama sengihan di bibir.
Semua barang yang disimpan di dalam kotak terus diangkat keluar dari ruangan pejabat itu. Hari ini akan menjadi hari terakhirnya berkhidmat di syarikat ini. Dia pasti tidak akan melupakan segala memori yang terpahat di sini selama lebih tiga dekad ini.
~~~
Mr Jung ketawa berdekah. Setelah menerima satu pesanan daripada Wendy yang mengatakan bahawa Tuan Wu sudah memberikan surat perletakan jawatannya, hatinya berbunga. Bagaikan orang yang baru kena notice dengan crush saja!
Dalam hatinya, aset Millennial yang berpuluh billion won itu sudah semakin menghampirinya. Tinggal untuk dipindahkan lagi pemiliknya barulah dia akan memiliki kesemua aset yang lumayan itu.
Licik!
"Yifan!"laung Mr Jung kepada anak bekas CEO Millennial itu.
Yifan berjalan menghampiri ketuanya sambil meletakkan senapang pada bahu. Beberapa keping not 5000 won diberikan kepada lelaki yang berusia awal 30-an itu.
"Nah, ini gaji kau untuk bulan ni! Tapi ingat! Duit ni milik company lama bapa kau, kalau bapa kau tanya dari mana kau dapatkan duit tu...kau jawab apa?"
"Duit sendiri,"Yifan menjawab dengan malas.
Macam budak kecik aje kau layankan aku, Mr Jung? Kalau aku panggil kau An Jung (anjing) mau perang besar dibuatnya!
"Good boy. Tak sangka si sengkek tu besarkan kau untuk jadi lelaki licik macam ni,"Mr Jung menepuk bahu Yifan yang lebih tinggi daripadanya.
Yifan tersenyum sinis. Selama ini pun, dia jarang diberikan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Yang mereka buat pun hanya jaga Mei Shern saja.
Makan, minum, baju, yuran sekolah dan sebagainya...semua untuk Mei Shern. Mei Shern! Mei Shern! Mei Shern! Muak aku!
~~~
Malam itu, hari yang sama
Joker sedang merenung ke luar tingkap bilik tidurnya. Sempat dia merenung ke arah e-mel yang dihantar daripada Tao beberapa hari yang lepas. Masih juga tidak dibalasnya, dibiarkan saja e-mel itu berhabuk di situ sampai bila-bila.
Bibirnya terukir senyuman yang sinis. Selama ini pun, dia hidup di kota ini untuk membalas dendam. Segala dendam yang membara dalam hatinya akibat daripada tragedi hitam 17 tahun yang lalu itu menyebabkan dia menjadi seorang yang sangat agresif.
Ganas, baran, zalim. Itulah Joker.
Ketika ini, dia juga harus berhati-hati. Takut terperangkap dengan muslihat daripada pihak polis, mahu gagal misinya yang dianggap suci itu!
Joker menutup komputer ribanya semula lalu berjalan menuju ke bilik air. Di situ, dia menilik wajahnya yang kelihatan agak mendung sahaja.
Wajah yang sarat dengan dendam itu ditenung lama. Kedua tangannya menggenggam singki dengan kuat sehingga hampir tercabut.
Dia sudah merencanakan sesuatu tidak lama lagi. Rancangan untuk membalas dendam terhadap mangsa terakhir itu akan dilaksanakannya dalam dua hari akan datang.
Esok dia akan keluar dari sini bersama segala kelengkapannya. Itulah rancangan pertama.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...