SEGMEN 3

29 7 3
                                    

Hari ini terasa penat bagi dia. Tinjauan di sekitar pejabat polis itu tadi sudah cukup memenatkan. Tambahan pula, perbualannya bersama Inspektor Siwon berkenaan kes pembunuhan bersiri itu benar-benar memeningkan kepalanya.

"Sebab itu ke kenapa aku kena terima kerja di sini?"gumamnya.

Keluhan dilepaskan. Kasut yang dibuka disimpan ke dalam rak. Pintu apartmen yang dibukanya tadi ditutup semula lalu dikunci dari dalam.

Tao melangkah longlai menuju ke arah sofa lalu membuang dirinya di atas tempat yang empuk itu. Fikirannya masih menerawang ke arah kata-kata Inspektor Siwon mengenai dirinya.

"Saya sudah dengar bermacam-macam cerita tentang kamu, Tao. Kami perlukan kamu untuk kes Joker ini."

"Ah, tak mungkin!"Tao menggeleng pantas sambil menekup wajahnya.

Fikirannya tentang kata-kata ketua baharunya itu cuba dibuang jauh-jauh. Takut jika fikiran itu akan meracuni dirinya, emosinya juga akan terjejas.

Deringan telefon pintar berjenama Iphone miliknya berbunyi nyaring. Lantas, Tao segera bangun lalu mencapai telefonnya untuk melihat siapakah gerangan manusia yang menelefonnya pada waktu-waktu sebegini.

Jongdae

Tao tersenyum sinis. Nama sahabat baik zaman sekolahnya yang terpampang pada skrin itu membuatkan dirinya bersemangat untuk menjawab panggilan tersebut.

"Yeoboseyo?"kata Tao sebaik sahaja panggilannya disambut dengan bunyi gelak tawa daripada lelaki itu.

"Hei, Tao! Apa khabar? Aku dengar kau dah kerja kat sini sekarang!"kata Jongdae dengan teruja.

Tao mencebirkan bibirnya.

"Memang pun. Kan aku ada buat permohonan haritu, so diterimalah."

"By the way, esok kau free tak? Aku nak bawa kau lepak kat kafe di Hongdae nanti,"kata Jongdae.

Tao menggumam seketika.

"Hm...tengoklah kalau aku tak sibuk. Esok kan hari pertama aku kerja kat pejabat polis tu,"kata Tao sambil memutarkan sebatang pen yang diambilnya dari atas meja dengan gaya bersahaja.

"Yalah. Nanti bagitau dekat aku tau kalau kau free esok. Dah lama aku tak lepak dengan kau sejak kau mula kerja kat Busan dulu. Sekarang ni bila kau dah ada kat sini balik, bolehlah aku jumpa kau selalu,"kata Jongdae.

Bunyi gelak tawanya jelas kedengaran di hujung ayat.

"Baiklah. Nanti aku chat kau,"kata Tao lalu mengucapkan selamat tinggal sebelum menamatkan panggilan.

Telefon itu diletakkan di atas sofa semula. Kepala didongakkan ke atas dan keluhan dilepaskan sekali lagi.

Aneh. Mengapa Tao mula merasakan ada sesuatu aura yang membebani dirinya ketika ini? Tekanan tersebut terus menghimpitnya sekarang.

~~~

Di sebuah apartmen di Gangnam,
10:45 malam

Loceng ditekan apabila bunyinya bergema di sebalik pintu yang bertutup rapat itu. Pintu tersebut dibuka lalu menampakkan seorang wanita berusia pertengahan 20-an sedang berdiri di muka pintu itu.

Riak wajahnya berubah tatkala dia melihat suaminya sudah pulang setelah seharian penat bekerja. Senyuman dihadiahkan kepada jejaka tampan itu.

"You dah balik akhirnya...I hampir nak tertidur di atas sofa tadi,"kata wanita itu seraya menyambut beg portfolio yang dibawa suaminya.

"Sorry ganggu you. I lupa bawa kunci pendua sebab I rushing pagi tadi,"kata Chanyeol lalu memeluk tubuh genit isterinya.

Hangat. Jiwanya tenang tatkala isterinya, Kang Dallia terus melentokkan kepalanya pada dada bidang lelaki itu. Comel, wajah Dallia terus disembam pada dada suaminya.

"You dah makan?"tanya Dallia kepada Chanyeol dengan wajah yang didongak ke atas.

Chanyeol mengangguk.

"Kat kafeteria tadi. Bekal makanan yang you sediakan pun I dah habiskan,"pintu apartmen ditutup erat lalu dikunci. "Thanks sayang. I terus kenyang dengan masakan you."

Hidung Dallia dicuitnya.

"Sedap sangat ke masakan I tu?"soal Dallia, sinis.

"Of courselah sedap sayang. Kenapa pula you tanya macam tu? Tak baik tau,"Chanyeol mengusap perlahan kepala Dallia.

"Nothing. I nak bagitau yang I masak semua tu dengan penuh kasih sayang tau!"kata Dallia dengan mata yang membulat.

Pipi gebu isterinya dicubit sehingga gadis itu menjerit kecil.

"Sakitlah you..."rengek Dallia. Bahu Chanyeol dipukulnya.

PAK!

"Auch! Sorry,"Chanyeol tergelak lalu mengucup pipi isterinya. "Boleh I mandi dulu?"

"Yalah. Pergilah mandi dulu. Busuk dah suami I ni,"Dallia memicitkan hidungnya. Chanyeol cuma tersenyum sinis lalu mendapatkan tualanya.

Setelah selesai, lelaki capang itu terus menukar pakaiannya lalu memandang ke arah anak gadis mereka berdua yang sedang tidur di atas katil bersaiz king itu. Sesekali Chanyeol tersenyum.

"Macam mana kerja harini?"tanya Dallia sambil melipat pakaian yang dikumpul di dalam sebuah bakul plastik.

"Okay. Macam biasa saja,"balas Chanyeol.

"Nothing exciting?"soal Dallia lagi.

"Hm..."gumam Chanyeol lalu duduk di birai katil. Rambut Hani, anak gadis sulung mereka berdua itu dibelai lembut.

"Ada orang baru masuk dalam unit I harini,"kata Chanyeol.

Dallia memandang suaminya. Kerjanya tertangguh seketika.

"Dan...I macam pernah nampak lelaki tu, tapi I tak pasti di mana..."luah Chanyeol.

Sejujurnya, pertemuannya dengan Tao di kafeteria petang tadi menghadirkan seribu perasaan dalam dirinya. Dirinya seakan-akan pernah melihat raut wajah lelaki itu sebelum ini namun dia lupa di mana dan bila mereka berdua pernah bertemu.

Keluhan yang penuh dengan kehampaan dilepaskan.

"Mungkin adalah tu. Tapi you yang tak perasan,"kata Dallia.

Chanyeol mengangguk. Fikiran mengenai pertemuannya bersama Tao segera dialihkan dari minda.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now