Mei Shern baru sahaja meluangkan masa rehatnya bersama klien yang lain apabila Tao memasuki kafe yang berhampiran dengan bangunan syarikatnya.
Wanita itu terus melambai ke arah Tao bersama senyuman mesra yang terukir pada bibirnya. Sempat lagi dia membuat isyarat supaya Tao duduk bersama dengan mereka namun dia menolak.
Akhirnya, Mei Shern terpaksa akur dengan permintaan daripada lelaki berkulit sawo matang itu. Setelah kliennya keluar, barulah Mei Shern memanggil Tao sekali lagi.
"Tao, come here,"kata Mei Shern.
Tao terus duduk di hadapan wanita itu lalu menyilangkan kedua lengannya di atas meja.
"You tak kerja harini?"tanya Mei Shern, serba hairan.
Tao menggeleng. "I rehat sekarang ni. Tapi lusa nanti I ambil cuti. Saja nak tenangkan fikiran."
Mei Shern tersenyum. "I tau you tengah stress sekarang. Memikirkan tentang di mana Joker, apa motif pembunuhan...it's hard to you, right?"
Tao memandang Mei Shern dengan mata yang sedikit membundar. "Macam mana you tau?"
"I selalu tengok drama-drama pasal crime and investigation ni. CSI, Sherlock, NCIS dengan Hawaii Five-0. Semua tu my fav,"kata Mei Shern.
"Wow. I tak sangka wanita secantik you akan tengok drama macam tu. Selalunya perempuan suka drama romantik. Yalah...macam drama apa yang popular sekarang tu? Lovers of The Red Sky? Scarlet Heart pun I pernah tengok...best,"Tao tersengih.
Mei Shern membalas sengihan daripada lelaki itu.
"Well, tak semua perempuan suka drama cinta dan tak semua lelaki suka drama aksi. Lain orang lain citarasa, betul tak?"tanya Mei Shern kepada Tao.
"Betul,"balas Tao.
Mereka berdua terdiam sekali lagi. Mei Shern terus mengamati wajah lelaki sawo matang yang duduk di hadapannya lalu berdehem seketika.
"I tak tau apa yang I nak cakap. But...I rasa kita memang pernah rapat sebelum ni. It's a miracle!"kata Mei Shern.
Tao memandang Mei Shern bersama kerutan yang jelas pada dahinya.
"Miracle? What do you mean?"gumam Tao.
"Kita rapat semacam je. You tak perasan?"soal Mei Shern berserta senyuman yang jelas pada bibirnya.
"Tak,"balas Tao sambil menggeleng kecil.
"Nevermind. Maybe I saja yang rasa macam tu,"kata Mei Shern yang cuba menafikan ayatnya sebentar tadi.
~~~
Itaewon
MalamTao duduk termenung di tepi katilnya. Dua hari lagi, dia akan mengambil cuti rehat selama seminggu. Keputusan itu sudah muktamad. Tambahan pula, dia ingin menenangkan dirinya buat sementara waktu.
"Aku dah nekad. Aku nak keluar dari sini untuk satu minggu. Kalau boleh keluar dari negara ni terus,"kata Tao.
Matanya menilik jam yang masih dipasang di pergelangan tangan kirinya. Angka jam yang sudah menunjukkan pukul 10:45 malam itu membuatkan Tao menghela nafas panjang.
"Aku akan ke Sabah. Kata Mei Shern, dia pernah sekolah di situ,"gumamnya sendiri. "Mesti tempat tu cantik kan?"
Tao terus bangkit dari birai katilnya lalu berjalan menuju ke dapur.
Ketika dia sedang mendapatkan segelas air, dia terdengar suara Abdullah yang menjerit meminta tolong.
Matanya terpejam seketika. Kemudian, dia melihat budak lelaki itu yang sedang berlari laju merentasi jalanan hutan yang agak sempit itu.
"Abdullah!"jerit Tao sambil mengejar budak lelaki itu.
Semakin dekat, semakin laju langkah Abdullah meninggalkan dirinya yang semakin tercungap-cungap di atas jalanan itu.
Tiba-tiba sahaja dia terpandang satu pancaran cahaya yang menyebabkan matanya semakin silau. Cahaya daripada lampu kereta hadapan yang agak terang itu membuatkan Tao melindungi matanya dengan telapak tangan.
"Abdullah!"Tao memanggil nama kanak-kanak itu lagi.
Riak wajahnya berubah apabila dia terlihat Abdullah sedang terbaring di atas tanah, berlumuran dengan darah.
"Abdullah!"Tao menjerit panik lalu memangku Abdullah yang sudah tidak sedarkan diri.
Cahaya yang agak terang itu tadi juga sudah hilang. Tao semakin keliru.
"Yusuf! Kau dekat mana? Selamatkan adik kau!"jerit Tao sekali lagi.
"Yusuf!"jerit Tao apabila dia sempat melihat ke arah Yusuf yang dibawa oleh seorang lelaki berusia lewat 20-an masuk ke dalam keretanya.
Kelibat Jasmine, Taufiq dan Zahira juga sudah hilang dari pandangan matanya.
"YUSUF!"jerit Tao sekali lagi. "Pulang ke sini Yusuf! Abdullah dah cedera!"
Tiba-tiba, Tao merasa pening dan rebah di situ bersama Abdullah.
~~~
Tao mencelikkan semula matanya. Barulah dia menghela nafas lega apabila dia sempat bermimpi sebentar sahaja tadi.
Kejadian paranormal yang membuatkan dia menjerit itu tadi sangat mengelirukan.
Adakah bayangan itu merupakan mimpi silam Abdullah sendiri?
Tao menggeleng kesal.
"Kenapa aku boleh ingat semua tu? Aku pernah nampak muka dia, tapi aku tak tau siapa dia! Siapa Abdullah? Siapa Yusuf? Siapa Zahira? Jasmine? Taufiq? Hantu? Orang yang sudah meninggal dunia?"Tao bertanya kepada dirinya sendiri.
Semua itu terus mengelilingi mindanya. Seolah-olah mimpi silam itu terus mentertawakan dirinya sendiri.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...