SEGMEN 7

33 6 11
                                    

"Detektif Huang, kami ada jumpa satu bukti di hujung sana,"kata salah seorang pegawai polis berpangkat Korporal itu kepada Tao.

Tao mengangguk lalu memberitahu kepada dua orang rakan setugasnya untuk meneruskan sahaja siasatan di bahagian pintu utama villa itu. Langkahnya dilajukan sehingga sampai di satu kawasan kaki lima di hadapan pintu villa itu.

Matanya mengecil tatkala melihat beberapa butir peluru berserta satu alat silencer yang bertaburan di atas lantai.

Sarung tangan getah terus dipakai. Kawasan yang ditandakan dengan pita larangan berwarna kuning berbelang hitam itu dilangkau. Kini, Tao sedang memegang sehelai plastik berzip jernih untuk mengumpul bukti tersebut.

"Suspek dipercayai membuang alat silencer tersebut selepas membunuh mangsa,"kata pegawai polis itu kepada Tao.

"Nampaknya pembunuh itu bertindak secara tergopoh-gapah,"kata Tao yang mula membuat satu kesimpulan berdasarkan pemerhatiannya tadi. "Mungkin Joker sengaja buat semua tu untuk perdayakan kita. Sesuai dengan nama yang diberi kepadanya...suka membuat jenaka yang melampau."

Pegawai polis itu mengangguk sahaja, mengiyakan kata-kata yang tercetus keluar dari mulut Tao.

"Detektif Tao,"panggil Sehun ang datang ke situ sambil membawa satu beg plastik yang diisikan dengan sebatang gigi yang sudah patah.

Tao membulatkan matanya lalu memandang ke arah Sehun semula.

"Aku jumpa benda ni di ruang tamu tadi,"kata Sehun sambil menayangkan beg itu kepada Tao.

"Bagi benda tu dekat Doktor Chanyeol. Bukan aku,"kata Tao dengan tegas.

"Ah! Terlupa pula,"Sehun tersengih lalu segera mendapatkan Chanyeol yang sibuk mendapatkan kesan cap jari pada bahagian pintu pagar rumah tersebut.

Tao meneruskan semula siasatan terhadap silencer yang dijumpainya.

~~~

Itaewon

Tao membaringkan tubuhnya di atas sofa. Seharian bekerja terasa begitu penatnya. Baru berapa hari dia dipindahkan ke sini, bermacam-macam kerja diberikan kepadanya.

Tao mengeluh berat seraya memejamkan matanya tatkala dia terus terlelap. Alam mimpi telah menghanyutkannya di lautan realiti yang semakin kuat badainya.

"ABDULLAH!"

PANG!

Bunyi tamparan yang kuat menyebabkan kepala Abdullah terteleng ke belakang. Sementara itu, Datin Mariani terus memeluk anak gadisnya, Zahira yang menangis sebaik sahaja menyaksikan perbuatan ayahnya sendiri yang menampar abang kandungnya.

"Ayah tidak pernah ajar kau mencuri! Kenapa kau buat macam ni? Miskin sangat ka keluarga kita sampai kau sanggup mencuri duit dari kedai runcit sana?"bentak Datuk Harris sambil menunjal dahi Abdullah berkali-kali.

"Kau inda pernah pun kasi bagi duit sama saya! Kau selalu kasi manja si Taufiq sama si Zahira saja kan?"Abdullah membalas lagi dengan suara yang dinyaringkan.

"APA KAU CAKAP? OH, KAU PANDAI MENJAWAB SUDAH SEKARANG!"tanpa berlengah, Datuk Harris segera membuka tali pinggangnya lalu melibas tubuh Abdullah dengan kuat.

ZZASSS!

Bunyi libasan tersebut membuatkan Zahira menangis dengan suara yang nyaring manakala Datin Mariani segera memeluknya dengan lebih erat. Yusuf dan Taufiq hanya memerhatikan kejadian tersebut tanpa sebarang reaksi. Jasmine pula sudah mengurung diri di dalam bilik, tidak sanggup menyaksikan perbuatan zalim ayahnya sendiri.

"ABANG BERHENTILAH! Inda kesian ka sama dengan si Abdul?"rayu Datin Mariani yang masih setia memeluk Zahira.

"Kau pun sama saja kan? Suka betul kasi manja si Abdul! Inilah padah dia kalau dikasi manja-manja! Jadi anak setan suda ni budak!"kata Datuk Harris sambil menuding kasar ke arah Abdullah yang sudah terbaring lesu di atas lantai berjubin itu.

Air mata anak lelaki itu sudah kering akibat terlalu banyak menangis semasa didera oleh ayah kandungnya tadi.

"Ani bukan mau kasi manja dia abang...Ani kesian sama dia. Dia anak kita, bang-"

Kata-kata Datin Mariani terhenti apabila pipinya menjadi sasaran tamparan yang begitu kuat daripada Datuk Harris sendiri.

"SAYA TIDAK SUKA KAU KASI DEFEND DIA! DIA BUKAN ANAK SAYA! DIA BUKAN ANAK SAYA!"Datuk Harris mula menjerit bagai diserang histeria, Zahira yang berada dalam dakapan ibunya menjerit kuat.

"BERAMBUS KAMU SEMUA! BERAMBUS SEBELUM AKU BUNUH KAU!"tanpa berlengah, Datuk Harris segera mengambil kayu belantan yang disandarkan pada dinding lalu mengayunkannya tepat ke arah kepala Abdullah.

Sebelum beliau sempat melakukan perbuatan zalim itu, satu suara yang agak kasar menjerit kuat.

"BERHENTI!"

"Tao?"

Tao segera mencelikkan matanya lalu mengawal pernafasannya. Dadanya mengombak deras. Peluh dingin semakin membasahi tubuhnya.

Dia segera memandang ke arah Jongdae yang muncul di hadapan muka pintu penthouse yang didiaminya sambil tersenyum.

"Nightmare?"soal Jongdae lalu duduk berhadapan dengan Tao di atas sofa ruang tamu itu.

Tao segera bangkit lalu membetulkan posisi duduknya. Kepala dianggukkan.

"Apa lagi yang kau mimpikan?"soal Jongdae dengan nada hairan.

"Abdullah...budak tu...selalu saja muncul dalam mimpi aku,"kata Tao sambil bersandar pada sofa.

Kepalanya terdongak ke atas. Memandang siling yang kosong dengan sinaran cahaya lampu yang dipasang di situ sahaja.

Seketika, barulah dia teringat bagaimana Jongdae boleh memasuki rumahnya sebentar tadi.

"Weh, macam mana kau boleh masuk sini?"soal Tao kepada Jongdae.

Hairan juga apabila dia tiba-tiba sahaja melihat lelaki itu di hadapannya sekarang. Walhal, dia sudah mengunci pintu rumahnya sebentar tadi.

"Aku bawa kunci pendua. Kau dah lupa ke yang kau beli penthouse ni daripada aku? Lepastu kau juga yang buatkan kunci pendua ni untuk aku, takut-takut kalau kau tercicir kunci kau ke apa,"bebel Jongdae. Beg galas yang dibawa diletakkan di atas sofa.

"Ah...ya. Aku dah lupa yang aku beli rumah ni dari kau. Aku dah lupa yang rumah ni kau punya dulu,"kata Tao, tersengih malu.

"Tau pun,"kata Jongdae, membalas sengihan sahabatnya.

Ketika itu, mereka hanya sibuk bercerita mengenai perihal kerja masing-masing sahaja. Mimpi buruk yang dialami Tao sebentar tadi diketepikan.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now