Semasa mereka bertiga hendak keluar dari restoran tersebut, satu kejadian yang berlaku secara tidak sengaja telah menimpa Tao sendiri. Dia telah melanggar seorang wanita berusia pertengahan 20-an yang baru sahaja hendak memasuki restoran makanan barat itu.
Gadis itu menjerit apabila segelas kopi yang dibawanya tertumpah lalu membasahi kain bajunya.
"Oh my god! What have you done?"bentak wanita itu di sebalik kaca mata hitam yang dipakainya.
"I'm so sorry, miss! It was an accident!"berkali-kali Tao meminta maaf sehingga dia membongkokkan sedikit tubuhnya di hadapan wanita yang agak kerdil daripadanya.
Wanita itu mendongak untuk memandang Tao. Seketika, dirinya terpana apabila melihat Tao terus meminta maaf daripadanya.
Sifat ganasnya yang terus menghamburkan kata-kata kesat kepada lelaki itu tadi kini bertukar rupa. Tubuhnya terus mematung apabila melihat keikhlasan Tao dalam memohon ampun dan maaf daripadanya.
"Err...it's okay. I maafkan you...sorry sebab marahkan you secara membabi buta tadi,"kata wanita itu.
Tao segera meluruskan semula tubuhnya lalu memandang wanita tersebut dengan mata yang membundar. Matanya terkebil-kebil perlahan.
"Hm, by the way...nama I Wu Mei Shern. CEO MS Holding. Ini business card I,"Mei Shern menyerahkan kad bisnes yang sering dibawanya kepada Tao.
"Oh...err, I Huang Zi Tao. Detektif dari Agensi Polis Metropolitan Seoul,"kata Tao sambil membalas perbuatan Mei Shern dengan menunjukkan kad penguasa polisnya.
Dengan serta-merta, mata Mei Shern membuntang. Sebelah tangannya segera menekup mulut yang hampir ternganga.
"My god...I tak tau yang you ni polis! I'm so sorry, detective! I'm really really sorry!"Mei Shern menekup mukanya yang kian memerah.
Bagi Tao, wajah Mei Shern kelihatan cantik apabila memerah sebegitu. Matanya juga terus menatap wajah Mei Shern yang terus menunjukkan rasa malu yang melampau akibat memarahi seorang pegawai polis sebentar tadi.
"Tak apa. I tak kisah pun,"kata Tao sambil tersenyum.
Mei Shern mengalihkan tangannya daripada muka lalu mengukirkan senyuman paksa. Janggal dan malu, dua perasaan itu bersatu sehingga menimbulkan rasa serba salah yang melampau dalam dirinya.
"Hm, Tao. Kita kena balik. Nanti masa rehat dah nak habis,"kata Jongin kepada Tao.
Tao memberi anggukan sahaja lalu melambai ke arah Mei Shern. Sebelum mereka beredar dari situ, Tao sempat memberitahu kepada Mei Shern mengenai pakaiannya.
"Nanti I belikan you baju baharu!"laung Tao sehingga mengundang pandangan aneh daripada beberapa orang yang lalu-lalang di situ.
Mei Shern pula tergelak sahaja. Bunyinya sangat manja walaupun wanita itu cuba menahannya. Sehun dan Jongin pula menggelengkan kepala mereka, pening dengan perangai rakan baharu mereka ini.
~~~
Semasa Tao masih sibuk meneliti gambar mangsa pembunuhan Joker tersebut, pandangan matanya teralih pada satu carian maklumat di internet.
Carian maklumat mengenai artikel berita bagi setiap pembunuhan yang dimuat naik dalam laman web SeoulPress itu diperhatikan dengan teliti. Kecil besar sahaja matanya apabila melihat artikel tersebut.
Setiap isi dalam berita itu juga diperiksanya lalu dicatat pada sebuah buku catatan yang sentiasa dibawa oleh Tao ke mana sahaja dia pergi.
"Motif pembunuhan...jenayah berkolar? Pengkhianatan? Mangsa terlibat dalam kes rasuah?"Tao memulakan sesi teka-tekinya.
Pen berjenama Pilot yang diselit pada jari telunjuk dan jari tengahnya terus dipusingkan. Tao sengaja memuncungkan bibirnya apabila seorang gadis bermata sepet dan berambut lurus paras dada memasuki ruangan pejabat itu.
Tao terus menghentikan perbuatan mengelamunnya lalu memerhatikan gadis itu yang hanya memperlihatkan sisi wajahnya sahaja. Gadis itu berjalan masuk ke dalam bilik pejabat Inspektor Siwon setelah dipanggil oleh salah seorang pegawai berpangkat Korporal di situ.
"She seems so familiar..."gumam Tao. Pencarian maklumatnya mengenai keempat-empat kes pembunuhan itu diteruskan semula.
~~~
"Menurut apa yang saya dapat rumuskan di sini, semua kes ini ada berkait rapat dengan jenayah kolar putih. Jenayah dalam kalangan ahli korporat yang giat dijalankan seperti rasuah dan salah guna kuasa sehingga menyebabkan berlakunya pembunuhan,"kata Tao sambil menunjukkan kesemua bukti yang ditemuinya dari internet itu.
"Itu yang kamu dapat fikirkan buat masa ni?"soal Inspektor Siwon kepada Tao.
"Ya tuan,"kata Tao sambil mengangguk.
"Baiklah. Kalau begitu...saya arahkan kamu untuk lakukan siasatan secara lanjut di kawasan kediaman mangsa petang ni nanti. Pasukan forensik akan datang bersama dengan kamu,"kata Inspektor Siwon. "Apa-apa penemuan, serahkan kepada forensik."
"Baik tuan,"kata Tao lalu menabik hormat kepada Siwon sebelum keluar dari bilik pejabat beliau bersama bukti yang dibawa.
Sejurus sahaja Tao selesai meletakkan fail tersebut di atas meja, matanya tertancap pada kad bisnes milik Mei Shern yang sengaja ditinggalkannya di atas meja.
Senyuman terukir pada hujung bibirnya. Entah mengapa pertemuannya bersama Mei Shern pada waktu tengah hari tadi telah menghadirkan seribu macam perasaan dalam dirinya.
Namun, kelibat gadis yang memasuki bilik pejabat Siwon itu tadi membuatkan fikirannya terus melonjak kepadanya.
Siapa gadis tu? Kenapa aku macam pernah nampak muka dia sebelum ni?
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...