SEGMEN 2

41 7 0
                                    

Ruangan Kafeteria,
2:30 petang

"Bukti tanpa jejak? Nonsense! Macam mana dia boleh terlepas begitu saja? Damn..."sungut Jongin sambil mengusutkan rambutnya.

"I don't know..."gumam Sehun. "Dah masuk kali keempat Joker terlepas dari kita. Aku tak tau kenapa kes Joker ni dah jadi satu kes yang paling rumit."

Jongin mendengus geram.

"Unacceptable...kalau media cuba putar belitkan artikel yang mengatakan kononnya kita tak pandai buat kerja sekali lagi, memang nahas aku kerjakan diorang semua,"Jongin mengangkat penumbuknya yang diggenggam erat.

Sehun pula dengan wajah membekunya sejak dia menyertai perjumpaan bersama Inspektor Siwon itu pagi tadi. Kedua tangan yang disilangkan menambahkan lagi aura beku yang menyelubungi dirinya.

Sekali pandang, pasti ada yang kecut. Itulah Oh Sehun.

"Sehun...kau rasa...apa yang tuan akan buat selepas ini?"soal Jongin sambil menopang dagunya.

Sehun masih seperti yang tadi, mendiamkan diri sambil menopangkan dagunya. Minuman latte yang dipesan lelaki itu tadi mula kehilangan haba.

"Aku tak pasti,"jawab Sehun. "Aku pasrah saja kalau tuan nak pecat aku lepasni."

Jongin melepaskan keluhannya.

"Aku pun sama, Hun. Aku pun dah mula pasrah dengan segala ketentuan yang akan terjadi lepasni...aku pun hairan, siapa Joker? Asal dia membunuh orang ternama semua ni?"Jongin meluahkan segala persoalan yang terbuku dalam ruang fikirannya tatkala seorang lelaki bertubuh tinggi lampai dan berkulit sawo matang masuk ke dalam ruangan kafeteria itu.

Riak wajahnya berubah. Membuatkan Sehun mengerutkan kedua alisnya, meja ditepuk perlahan untuk mengejutkan Jongin daripada lamunan.

"What's wrong?"soal Sehun dengan wajah kehairanan yang jelas terlakar pada wajahnya.

"Kau tengok tu,"Jongin mengangkat jari telunjuknya ke arah lelaki asing yang sibuk menatang sepinggan nasi goreng dan segelas jus oren.

"Kau kenal tak budak kulit gelap tu? Asal aku baru nampak muka dia harini eh? Selalunya aku tak pernah nampak dia kat sini pun,"gumam Jongin.

"Budak baru lah tu,"balas Sehun, acuh tak acuh.

"Bukan..."tegah Jongin. "Aku...aku macam pernah nampak muka dia...tapi kat mana?"

Sehun memandang Jongin lalu meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi lelaki itu.

"Kenapa?"tanya Jongin kepada sahabatnya.

"Kau demam ke?"soal Sehun.

"Aish! Apa pula kena-mengena demam dengan lelaki asing tu?"Jongin meninggikan sedikit suaranya sehingga menyebabkan beberapa orang di dalam ruangan kafeteria itu memandang mereka berdua.

"Tak ada. Saja tanya. Betul ke kau pernah jumpa dengan lelaki tu?"soal Sehun.

"Entahlah...tapi macam pernah,"tanpa berlengah, Jongin terus menghabiskan hidangan mi gorengnya.

Tanpa mereka sedar, lelaki asing berkulit sawo matang itu sedang memerhatikan mereka berdua dari jauh sambil menikmati makanannya.

~~~

Hari ini merupakan hari pertama bagi Huang Zi Tao memulakan tugasnya sebagai seorang detektif di Agensi Polis Metropolitan Seoul. Sebelum ini, dia pernah bertugas di Busan dengan memegang jawatan yang sama.

Tao berasa sangat gembira ketika menerima berita bahawa permohonannya untuk bekerja di Seoul sudah diterima. Hatinya melonjak riang walaupun dia perlu menerima hakikat bahawa dia terpaksa berpisah dengan rakan sekerjanya di Busan.

Surat permohonannya juga sudah diterima oleh Ketua Polis Seoul. Itu pun sudah cukup mengurangkan rasa kegusaran yang dialaminya sejak kelmarin, bimbang jika surat permohonan tersebut masih belum diperakui lagi.

Sedang Tao sibuk menikmati makanan yang dipesannya, kelibat seorang lelaki bertubuh tinggi lampai dan sasa yang duduk di hadapan mengalihkan perhatiannya.

Mulut Tao ternganga sedikit, nasi goreng yang hampir disuakan ke dalam mulut diturunkan ke pinggan semula.

"Err...hai?"sapa Tao sambil melambai janggal ke arah lelaki itu.

Lelaki tinggi lampai itu hanya membalas dengan senyuman sambil menghulurkan tangannya kepada Tao.

"Welcome to Seoul Metropolitan Police Agency, saya Park Chanyeol. Awak tentu Huang Zi Tao kan?"soal lelaki asing di hadapannya itu.

"Ya, saya Huang Zi Tao,"balas Tao lalu berjabat tangan dengan Chanyeol.

"Saya dah dengar semuanya daripada Inspektor Siwon sendiri mengenai kehebatan awak dalam menguruskan beberapa buah kes di Busan sebelum ini. Kebetulan pula, unit siasatan di sini sekarang sedang sibuk menguruskan satu kes pembunuhan bersiri. Awak tentu tau kes tu bukan?"tanya Chanyeol sambil menghirup minuman Mocha panasnya.

"Kes Joker. Ya saya tau...kes pembunuhan bersiri yang melibatkan beberapa orang ternama. Pembunuh ada tinggalkan sekeping kad bersebelahan si mati, betul tak tekaan saya?"kata Tao yang masih memakan nasi gorengnya itu.

Chanyeol mengangguk. Minuman Mocha diletakkan semula di atas meja.

"Tepat sekali, kad Joker itu ditambah dengan kesan darah. Saya tak pasti apa yang pembunuh tu cuba sampaikan...mungkin dia mahu beritahu bahawa mangsanya sudah mati dibunuh.

Atau dia sudah berjaya melaksanakan dendamnya. Mana tau kalau mangsa dia tu sebenarnya orang yang dia benci selama ni,"kata Chanyeol sambil meletakkan ibu jari dan jari telunjuk pada dagunya.

Tao cuma melopong. Nasi goreng yang tinggal sedikit itu dihabiskan sehingga licin. Jus oren pula diteguk sekali dua.

"Awak dah jumpa Inspektor Siwon?"tanya Chanyeol.

"Dah,"balas Tao sepatah. "Esok baru saya mula kerja. Harini saya datang sini cuma nak tinjau-tinjau saja. Sekarang ni rehat dulu, lepastu sambung meninjau balik."

Chanyeol tersenyum lalu menoleh ke arah jam tangan yang dipakai pada tangan kirinya.

"Saya nak balik hospital dulu. Ada kerja yang saya patut selesaikan di bilik mayat,"pamit Chanyeol lalu menghabiskan minumannya sebelum berdiri dari kerusi di hadapan Tao itu. "Oh ya! Boleh tak kalau kita guna ‘aku-kau’ saja? Saya lagi selesa sebab saya dah anggap semua rakan sekerja saya ni macam kawan saya sendiri."

"Boleh, tak ada masalah. Saya pun sama,"kata Tao.

Chanyeol tertawa kecil lalu mengangkat tangan kanannya sebagai tanda perpisahan mereka di ruang makan itu.

"Aku jalan dulu,"kata Chanyeol.

"Jaga diri bro,"balas Tao sambil mengangkat tangannya ke arah Chanyeol.

Ketika Chanyeol keluar dari kafeteria itu, dia sempat berkalih ke arah Tao yang ralit menatap skrin telefonnya.

"Kenapa aku macam pernah nampak muka dia sebelum ni?"gumam Chanyeol tatkala pandangan matanya masih tertancap pada Tao.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now