Apabila Chanyeol masuk semula ke dalam kawasan itu, dia terus menyapa Tao dan Jongin yang masih sibuk meninjau di sekeliling ruangan bilik mayat itu.
"Sorry lambat sikit,"Chanyeol tersengih.
"Tak apa. Kami tak kisah,"kata Jongin.
"So...ada apa-apa lagi yang korang nak bincangkan? Rasanya, dah cukup kot maklumat yang aku bagi,"kata Chanyeol.
"Tak ada. Tapi aku tak pasti macam mana dengan Tao-"
"Tak ada. Sampai sini saja. Terima kasih,"pintas Tao dengan suara datarnya.
Chanyeol mengangkat kedua keningnya lalu tersenyum nipis.
"Tao, jumpa aku nanti,"kata Chanyeol.
Tao mengerutkan keningnya dengan kehairanan.
~~~
Kafeteria Hospital
"Hai,"kata Tao apabila dia sampai di kawasan kafeteria itu.
Chanyeol tersenyum lalu menyuruh Tao untuk duduk di hadapannya. Tao terus mengambil tempatnya lalu meletakkan makanan dan minuman yang dibelinya tadi.
"Kenapa kau nak jumpa aku sekarang ni?"soal Tao kepada Chanyeol.
"Aku nak cakap dengan kau pasal sesuatu,"kata Chanyeol.
"Sesuatu?"Tao mula hairan.
Chanyeol mengangguk. "Aku nak minta tolong sikit dari kau...tolong cari adik aku yang dah lama hilang."
Tao mendiamkan dirinya. "Maaf...aku ada banyak kes yang aku patut handle-"
"Aku tak nak bebankan kau. Kau masih boleh handle semua kes pasal Joker tu. Selesaikan kes tu dulu, baru kau cari adik aku,"kata Chanyeol. "Yang penting aku nak kau cari adik aku. Lambat atau cepat tu belakang kira."
Tao diam sekali lagi.
"Kenapa...kau terdesak sangat nak aku cari adik kau?"soal Tao.
"Aku rindukan dia, Tao. Aku rasa bersalah sangat dengan semua benda yang aku pernah buat dekat dia dulu,"kata Chanyeol.
Riak wajahnya dipenuhi rasa bersalah. Tao mengeluh.
"Sorry sebab aku tak faham masalah kau selama ni,"kata Tao.
"Tak apa. Aku dah biasa pendam semua ni. Bila jumpa kau je tiba-tiba saja aku sanggup nak luahkan semua ni kepada kau. Macam kita dua dah lama kenal,"Chanyeol tersenyum.
Tao menundukkan kepalanya lalu tersenyum nipis.
"Makanlah. Aku pun nak makan juga sekarang ni,"kata Chanyeol. Tao cuma angguk.
~~~
Millennial Company Pte. Ltd.
Gwangju, Seoul
2:45 p.m."Tuan Wu, nampaknya saham syarikat kita semakin dalam keadaan tidak stabil!"kata Mr Jung yang panik ketika itu.
Sekarang ini, Tuan Wu sedang memeriksa kedudukan syarikat mereka dalam bursa saham. Saham Millennial sedang menunjukkan trend penurunan secara ketara ketika itu.
Tuan Wu dihurung kerisauan.
"Ni tak boleh jadi,"kata Tuan Wu. "Saya patut siasat punca masalah ni."
"Semua ni berpunca daripada syarikat kecil yang bersaing dengan kita sekarang. Cuba tengok trend peningkatan saham di situ. Makin lama makin naik. Ni petanda buruk ni!"kata Mr Jung dengan nada yang sedikit menjerit.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...