"Aku belum puas lagi, Joker. Aku dah lama nak buru kau. Aku betul-betul gembira bila kau ada di sini dengan...perisik ni,"kata Mr. Jung sambil memandang ke arah Chanyeol.
"Betul tak kalau aku cakap yang kau berdua ni sebenarnya adik-beradik?"soal Mr. Jung lagi. "Abdullah Harris? Joker? Banyak juga nama kau."
"Macam mana kau boleh tau semua tu, Jinyoung?"soal Tao lagi.
"Aku dah lama perhatikan kau dari hari kau lari dari rumah tu lagi, Joker. Akulah yang arahkan Hashim supaya dia dapat bunuh kau. Tapi cubaan tu tak berjaya,"kata Mr. Jung.
"Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab kau kuat sangat sampai kau jadi macam ni,"kata Mr. Jung lagi.
Tao menggetap bibirnya dengan kasar lalu memandang ke arah Mr. Jung yang cuba bercakap dengan Chanyeol di sebelahnya.
"Park Chanyeol...bukan nama sebenar. Tapi kau ialah Yusuf Harris. Kod nama kau dalam CIA ialah Berlin, bukan? Macam mana aku boleh semua ni ya? Oh...aku ada orang bawahan yang bekerja untuk CIA juga dan sebab itulah aku boleh tau keberadaan kau di sini,"kata Mr. Jung dengan sinis.
Namun, Chanyeol hanya mempamerkan riak tenangnya sahaja sambil memerhatikan pergerakan Mr. Jung melalui ekor matanya.
"Aku dah lama sangat nak tau...kenapa aku gagal untuk bunuh kau berdua? Atau...aku gagal untuk bunuh semua adik-beradik kau? Mungkin sebab kau semua ni kuat? Atau Datuk Harris dah train kau semua untuk lawan aku?"
Pertanyaan daripada Mr. Jung itu menyebabkan Tao melepaskan satu tembakan secara rambang ke arah lelaki itu. Kemarahannya sudah tidak dapat dikawal lagi.
"Lawanlah kami kalau kau hebat sangat!"marah Tao.
Chanyeol segera menghalang adiknya daripada terus menyerang Mr. Jung. Pistol yang dipegang oleh Tao itu dialihkan ke atas. Tao pula masih lagi menahan geramnya.
"Tak sangka budak ni hebat sangat! Aku suka!"Mr. Jung ketawa terbahak-bahak sambil menghala pistolnya ke arah Tao.
Tao menggetap giginya lalu menepis tangan Chanyeol dengan kuat lalu mengacukan semula pistol itu ke arah Mr. Jung.
"Kita tengok siapa yang akan menang lepasni!"kata Mr. Jung.
Tanpa berlengah, Mr. Jung terus melepaskan tembakan ke arah Tao secara rambang sehingga menyebabkan lelaki berkulit sawo matang itu segera membalas tembakan tersebut.
Berkali-kali tembakan itu dilepaskan ke arah Mr. Jung. Namun, satu pun tiada yang terkena. Semuanya terlepas sehingga peluru di dalam pistol Tao itu tinggal sedikit lagi.
"S*al!"kata Tao sambil melepaskan semula tembakannya ke arah Mr. Jung.
Chanyeol yang segera bersembunyi di sebalik meja di dalam kapal itu terus memasang alat pelali yang diprogramkan pada jam tangannya. Lantas, ubat pelali itu diacukan ke arah kaki Mr. Jung lalu dilepaskan.
"ARGH!"Mr. Jung menjerit kesakitan apabila kakinya ditembak oleh ubat pelali tersebut.
Kemudian, dia rebah ke lantai sambil mencapai pistolnya. Tao terus memandang ke arah Chanyeol sambil membuat isyarat kepada abangnya untuk memulakan serangan.
"SH**AL! SIAPA YANG TEMBAK KAKI AKU NI?!"tengking Mr. Jung.
Chanyeol terus mengeluarkan pistolnya lalu menembak kaki Mr. Jung itu sehingga darah membuak keluar dari bahagian tersebut.
"Bagitau kami, apa motif utama kau masa tragedi pembunuhan keluarga Datuk Harris dulu?"soal Chanyeol yang sudah keluar dari tempat persembunyiannya.
Mr. Jung memandang Chanyeol dengan sinis lalu mendecit kasar.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...