Gangnam, Seoul
3:45 p.m."I'm home,"kata Chanyeol. Pintu apartmen yang dikongsi bersama Dallia ditutup perlahan.
Ketika itu, hanya Hani sahaja yang ada di rumah bersama ibu saudaranya. Dallia yang bekerja sebagai guru Matematik di sebuah sekolah menengah di Seoul pula masih belum pulang lagi.
"Daddy!"Hani segera turun dari sofa lalu berlari ke arah ayahnya.
Anak kecil itu terus memeluk erat tubuh ayahnya sambil disaksikan oleh Lisa, sepupu kepada Chanyeol yang menjaga Hani setelah pulang dari tadika tengah hari tadi.
"Dia dah makan?"soal Chanyeol kepada Lisa.
"Dah. Eh Yeol...tadi kan, si Hani tanya kat aku bila kau nak belikan dia patung Barbie,"kata Lisa sambil bermain dengan telefonnya.
Chanyeol tersenyum lalu mengeluarkan sesuatu daripada beg plastik yang dibawanya.
"Hani. Sini,"kata Chanyeol sambil menggerakkan tangannya kepada Hani untuk datang menghampirinya.
Anak kecil itu datang secara perlahan-lahan lalu menyengetkan kepalanya. Kotak berwarna merah jambu itu menarik perhatian anak kecil tersebut.
Hani mengukirkan senyuman dengan lebar lalu meletakkan jari di bawah dagunya.
"Daddy...is that a toy?"kata Hani dengan slang Britishnya.
Chanyeol membalas senyuman anaknya lalu mengeluarkan kotak tersebut untuk ditunjukkan kepada anaknya. Mata Hani membundar apabila terlihat figura patung Barbie yang disimpan dengan kemas di dalam kotak berbalut itu.
"Yay! Thank you daddy!"kata Hani sambil memeluk ayahnya dengan erat.
"You are welcome, princess,"balas Chanyeol. "Macam mana kamu boleh pandai cakap Inggeris ni?"
"Teacher di tadika yang ajar,"Hani terkekeh.
"Mummy pula?"soal Chanyeol. Helaian rambut hadapan anak gadisnya dibetulkan.
"Yes, she is!"kata Hani sambil melonjak kegirangan.
"Auntie Lisa?"soal Chanyeol lagi apabila Lisa masih tidak mengendahkan perbualan di antara mereka berdua.
Hani mengangguk laju lalu memandang ke arah pintu apartmen yang dikuak perlahan.
Kelihatan Dallia baru sahaja pulang dari kerja. Di tangannya penuh dengan barangan runcit yang dibeli dari kedai berhampiran.
"Sayang,"Chanyeol segera mendapatkan isterinya lalu membantunya untuk mengangkat beg plastik tersebut.
Lisa juga mengekori abang sepupunya lalu membantu kakak iparnya itu. Sementara itu, Hani sedang ralit bermain dengan patung Barbie baharunya bersama beberapa buah patung mainan yang lain.
"You tak bagitau pun yang barangan dapur kita dah nak habis,"kata Chanyeol sambil menyusun kesemua barangan makanan kering tersebut.
"I tak nak susahkan you,"kata Dallia sambil membuka pintu peti sejuk untuk menyimpan stok makanan basah yang baharu.
"Kak, saya dah nak balik ni. Saya minta diri dulu ya,"pamit Lisa apabila Dallia sempat memanggil semula gadis itu.
"Eh Lisa! Kamu tak nak makan dulu ke? Biar akak masakkan. Kesian pula kalau kamu kelaparan di rumah kamu tu nanti,"kata Dallia.
"Tak menyusahkan akak ke?"Lisa menunjukkan wajah resahnya. Janggal dengan pelawaan daripada kakak sepupu ipar yang amat diseganinya itu.
"Taklah. Kakak lagi susah kalau kamu kelaparan di sana nanti. Makan dulu ya? Tambah tenaga untuk kuliah esok,"kata Dallia.
"Terima kasih kak,"Lisa menundukkan tubuhnya berkali-kali. Senyuman terukir pada bibirnya.
~~~
Malam itu, Chanyeol khusyuk dengan pembacaannya pada artikel akhbar digital mengenai kes pembunuhan bersiri yang melibatkan Joker sendiri. Matanya dialihkan ke arah Dallia yang sibuk menyusukan Hani dengan susu formula yang dibancuhnya sendiri.
Ketika Chanyeol masih khusyuk dengan bahan bacaannya, dia merasakan satu sentuhan yang lembut pada bahu lebarnya.
"Abang,"panggil Dallia lalu mendakap tubuh suaminya. Dagunya dilentokkan pada bahu lelaki itu.
Chanyeol tersenyum lalu memegang sebelah lengan Dallia yang dipaut di sepanjang bahu dan lehernya. Pipi isterinya dikucup perlahan.
"You belum nak tidur lagi?"soal Chanyeol dengan nada yang lembut.
Dallia menggeleng. Dibiarkan sahaja suaminya membawa dia ke dalam dakapan lelaki itu lalu didudukkan di atas pahanya.
"Hani ada cakap yang dia teringin sangat nak ada adik,"usik Dallia sehingga membuatkan Chanyeol mencebik.
"Serius?"soal Chanyeol.
Dallia menahan gelaknya sambil mengangguk perlahan.
"Hm, abang buat apa tu?"soal Dallia. Matanya tertumpu pada tablet yang dipegang oleh Chanyeol.
"Sibuk baca kes Joker,"kata Chanyeol. "You ingat lagi tak pasal orang baru dalam unit I dulu?"
"Ingat. Huang Zi Tao kan? Detektif baru dari Busan tu?"soal Dallia.
"Ya...I rasa kan...I memang pernah kenal dengan dia sebelum ni,"Chanyeol mengusap telapak tangan isterinya dengan perlahan.
Chanyeol menatap mata isterinya dengan tajam.
"I pernah ada memori dengan orang yang sama macam dia,"kata Chanyeol.
Dallia terdiam. Suasana di sekeliling bertambah sunyi tatkala masa semakin menjangkau ke lewat malam.
Chanyeol terus menatap wajah isterinya dalam-dalam. Kedua tangan halus wanita itu diusap, sekadar menenangkan hati Dallia yang sedikit resah.
"I pernah kenal dengan orang yang mirip dengan dia,"kata Chanyeol lagi.
"You masih ingat siapa nama dia?"soal Dallia.
Chanyeol menggeleng.
"I dah lupa sebab dah lama I tak jumpa dia,"kata Chanyeol. Keluhan dilepaskan.
Dallia mengangguk lalu mendakap erat tubuh sasa suaminya.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...