Seoul Mental Care Clinic
9:15 pagi"Maksud you?"soal Doktor Rose sambil memasang wajah kehairanan.
"I disamakan dengan budak Randy tu, Doktor Rose! Masalahnya, siapa budak Randy tu? Dulu Abdullah sekarang dia? Doktor, Help!"Tao memegang kedua tangan Doktor Rose sambil merayu kepada beliau.
Sejak insiden paranormal yang berlaku kepada dirinya awal pagi tadi, Tao mula tidak keruan. Hampir sahaja dia menjadi seorang lelaki yang tidak waras disebabkan kejadian tersebut.
"Sabar Encik Tao. I faham apa yang berlaku kepada you. Boleh you bawakan bersabar sikit? Tarik nafas then hembus, lepastu ceritakan kepada I tentang insiden tu,"kata Doktor Rose.
"Baiklah. I tenangkan diri dulu,"Tao menunduk lalu menenangkan dirinya.
Setelah beberapa minit, barulah dia bersuara semula.
"Lelaki yang I nampak awal pagi tadi tu...seorang yang alim. Lelaki tu lelaki Muslim, berbangsa Melayu. Lelaki tu cakap...yang I ni anak jagaan dia yang dah lama menghilang,"kata Tao dengan kepala yang ditundukkan.
Doktor Rose mengangguk sambil mencatat kesemua maklumat tersebut di dalam buku catatannya.
"Siapa nama lelaki itu?"soal Doktor Rose.
Tao menghela nafasnya sebentar. Cuba untuk mengingat nama sebenar lelaki itu yang diungkapkan pada awal pagi tadi.
"Kalau tak silap I...nama dia Pak Cik Sahar,"kata Tao. "Itu yang I ingat."
"Pak Cik Sahar...umur dia berapa?"soal Doktor Rose dengan mata yang masih fokus pada buku catatan itu.
"I tak pasti. Mungkin lewat 60-an,"balas Tao.
Doktor Rose mengangguk sahaja sambil menulis maklumat yang diberikan oleh Tao itu tadi.
"Ada dia cakap apa-apa dekat you? Ada tak dia cuba cederakan you tadi?"soal Doktor Rose dengan nada serius.
Mendengar sahaja nada percakapan yang keluar dari mulut Doktor Rose itu, Tao sudah cuak.
"Doctor, I'm not a criminal,"kata Tao.
"I just want to ask you, Mr Huang. Looks like you're being a mad person right now,"kata Doktor Rose.
"Sebab I trauma dengan bayangan Pak cik Sahar tu. Dia cuba untuk dekatkan diri dia dengan I sampai I ambil steering lock I sendiri untuk pukul dia,"luah Tao.
"Oh my God,"gumam Doktor Rose. Buku catatannya ditutup perlahan, pandangan matanya kini tertumpu pada Tao.
Tao masih menunjukkan riak wajah resahnya. Sesekali lelaki itu menggaru kedua lengannya, tubuhnya juga sedikit menggeletar.
"Tao, I rasa you patut ambil terapi setiap hari,"kata Doktor Rose.
Tao terdiam. Kepalanya ditundukkan.
"You dah kena gangguan Tao. You ada personaliti lain yang menguasai diri you sekarang ini,"kata Doktor Rose lagi. "Randy, Abdullah...mereka berdua ada dalam jiwa you sekarang."
Tao mengangkat semula wajahnya lalu memandang Doktor Rose dengan pandangan yang berbinar.
"Are they going to kill me?"soal Tao.
Matanya semakin berkaca. Keresahan yang menguasai jiwanya bertukar menjadi tangisan. Tinggal dilepaskan sahaja lagi di hadapan doktor terapinya ini.
"Jangan cakap begitu, Tao. Positive thinking please. Keyakinan diri you boleh terjejas kalau you berfikiran begitu,"Doktor Rose menasihati Tao.
"I'm so sorry doctor...I tak dapat tahan perasaan ini,"kata Tao. "I hampir gila, doktor. Stres di tempat kerja pun dah buat I jadi macam ni."
Doktor Rose memandang Tao dengan penuh kasihan.
"I tau you ni detektif. Tapi you kena banyak berehat, Encik Tao. Minda you perlukan rehat yang cukup,"kata Doktor Rose. "You ambil EL lagi?"
"I cuti,"kata Tao.
"Baguslah. Esok you datang lagi ya. Rehat banyak-banyak. Enjoy ke apa, ambil berat juga pasal diri you tu,"pesan Doktor Rose kepada Tao.
"Thanks doctor,"kata Tao sebelum keluar dari klinik penjagaan mental itu.
~~~
Seoul National University Hospital
5:30 p.m.
"Bye doctor! Take care!"kata Eunwoo sambil melambaikan tangannya kepada Chanyeol.
Chanyeol menayangkan senyumannya sahaja sambil melambai ke arah Eunwoo. Kini, tinggal dia sahaja yang berada di dalam ruangan bilik mayat itu apabila semua staf bawahannya sudah pulang ke rumah masing-masing.
"Selesai...boleh rehat,"gumam Chanyeol sambil tersenyum riang.
Seluruh sendinya yang lenguh diregangkan semula. Hari ini sahaja mereka terpaksa menguruskan proses bedah siasat ke atas lima mayat selama setengah hari. Kebanyakannya meninggal akibat bunuh diri.
Ini satu hal yang membimbangkan di Korea Selatan kerana kes bunuh diri di sana semakin meningkat. Sekaligus, hal itu juga menyebabkan Chanyeol merasa risau.
Risau akan masa hadapan Hani, anak gadis tercinta yang baru sahaja mengenal dunia.
Ketika itu, telefon Chanyeol berdering. Panggilan daripada isterinya diangkat.
"Hello?"soal Chanyeol kepada Dallia.
"Abang, you masih sibuk ke?"soal Dallia kepada Chanyeol.
"I baru habis kerja. I nak mandi dulu. Bau mayat dah ni,"Chanyeol terkekeh.
Dallia juga tergelak apabila mendengar celoteh daripada suaminya itu.
"Yalah. Cepat-cepat balik. Nanti trafic jammed pula. Hati-hati memandu tu,"pesan Dallia kepada suaminya sekali lagi.
"Okay sayang. Bye. I love you,"kata Chanyeol lalu menamatkan panggilan.
Setelah membersihkan diri, Chanyeol segera bergegas keluar dari hospital lalu mendapatkan kereta Mercedesnya yang diparkir di hadapan hospital.
Enjin kereta dihidupkan. Ketika itu, Chanyeol menilik wajahnya sebentar di cermin pandang hadapan di dalam keretanya.
Pandangannya terhenti pada segaris parut yang ada pada bahagian kening kirinya. Parut tersebut sedikit pudar dan berwarna kecoklatan. Hampir menyerupai ton warna kulitnya.
Sudut bibirnya mengukirkan sedikit senyuman.
"Haih...kenapalah aku boleh ada parut ni? Tapi tak apa, aku masih handsome lagi ni,"gumam Chanyeol sambil menyentuh parut pada keningnya.
Ingatannya mengenai peristiwa lalu membuatkan dia menggeleng perlahan.
"Baik aku balik. Nanti jem pula,"kata Chanyeol. Kereta Mercedesnya terus dipandu keluar dari perkarangan hospital itu.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...