SEGMEN 5

20 6 7
                                    

Ketika Tao sibuk dengan kerjanya, dia disapa dengan suara seseorang sehingga matanya membundar besar menikam anak mata lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ini.

"Hai, aku Oh Sehun. Ini Kim Jongin, kawan sekerja aku,"kata Sehun dengan mesra. Tangan dihulurkan sebagai tanda perkenalan.

Tao membalas sapaan daripada Sehun sambil berjabat dengan lelaki itu dan Jongin. Senyuman diukir.

"Aku Huang Zi Tao. Nice to meet you,"kata Tao.

"Apa yang tuan inspektor cakap dekat kau tadi?"soal Sehun.

"Tentang...kes pembunuhan yang melibatkan Joker. Dia ada tunjukkan kad Joker tu sekali,"kata Tao lalu menayangkan semula gambar dan kad yang diberikan oleh Inspektor Siwon itu tadi kepada mereka berdua.

"Tuan inspektor ada mention pasal progress untuk siasatan tu?"soal Jongin.

"Ada,"balas Tao. "Tuan inspektor ada cakap yang beliau mahu tukarkan detektif yang menyiasat kes tu sebelum ini...tapi aku ada dengar nama kau dan Sehun dikekalkan dalam kes ini."

"Forensik?"soal Jongin.

"Forensik...Doktor Chanyeol ke?"soal Tao. Jongin mengangguk.

"Itu masih kekal,"kata Tao. Sehun melopong faham.

"Kau sibuk ke sekarang ni?"soal Sehun. Tao mengangkat bahunya.

"Kenapa?"soal Tao lagi.

"Kitorang cadang nak bawa kau pergi makan dekat restoran yang tak jauh dari office kita tu. Makanan dia sedap! Banyak makanan western kena jual kat sana,"kata Sehun dengan teruja.

Mendengar sahaja makanan sudah membuatkan Tao hampir kecur liurnya. Siapa sahaja yang tidak tergoda dengan makanan? Aroma dan rasanya yang begitu lazat serta menyelerakan, membuatkan sesiapa sahaja menjadi rakus ketika menikmatinya tanpa sedar akan kesan buruk terhadap kesihatan masing-masing.

Tao mengangguk bersama senyuman yang terukir pada bibir.

"Nanti aku bagitau kau kalau aku dah tak sibuk nanti,"kata Tao lalu menyambung kerjanya semula.

~~~

The Ninth Gate
Jung-gu, Seoul

Ketika ini, Tao bersama Sehun dan Jongin sedang menikmati masa rehat mereka bertiga di sebuah restoran makanan barat yang terkenal di bandar Seoul ini. Setelah mereka bertiga selesai memesan makanan dan minuman masing-masing, Sehun terus memulakan bicaranya.

"Tao, masa kau dekat Busan dulu...kau pernah siasat satu kes pembunuhan bersiri ke?"soal Sehun.

"Pernah. Masa tu ada satu kes pembunuhan ngeri di sana. Mangsa dia semuanya remaja dan kanak-kanak perempuan. Pembunuh dia buat semua tu untuk memenuhi kepuasan batin dia sendiri,"kata Tao.

Jongin menayangkan ekspresi wajah jeliknya. Jijik mendengar cerita daripada Tao itu kerana bagi dirinya, golongan sebegini sepatutnya dilindungi. Bukan menjadi mangsa kerakusan nafsu seorang lelaki.

"Kau ada jumpa apa-apa bukti tak masa tu?"soal Jongin sambil memeluk tubuhnya sendiri dengan erat.

"Ada. Sepanjang tempoh siasatan tulah aku dan team aku dulu selalu saja dapat jumpa petunjuk. Last-last kami dapat tangkap pembunuh tu masa misi undercover dulu,"kata Tao.

"Woah...seronoknya,"Sehun mula terpegun dengan cerita daripada Tao itu.

Tao tersengih. "Mana ada seronoknya. Susah ada lah."

Ketika itu, makanan dan minuman yang dipesan sudah sampai. Mereka berhenti berbual untuk sejenak lalu mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghantar makanan mereka itu.

Jongin memandang Tao semula lalu bertanyakan satu soalan kepadanya.

"Err...Tao? Maaf kalau soalan ni buat kau sakit hati,"kata Jongin.

"No, it's okay. Keep going,"kata Tao dengan penuh perasaan simpati.

"Macam mana...kau boleh dapat kerja sebagai polis di sini sedangkan kau bukan orang tempatan?"soal Jongin. Sehun memandang mereka berdua dengan pandangan yang membulat.

Tao tersengih lalu menunjukkan kad pengenalannya. "Naturalisasi. Aku dah dapat kerakyatan Korea Selatan sejak umur aku 16 tahun lagi."

Jongin melopong sekali lagi. Sehun pula terus menikmati makanannya. Pada masa yang sama, mata jejaka berkulit putih susu itu hanya fokus pada alamat yang tertera pada kad pengenalan milik Tao.

"Kau tinggal dekat area Itaewon?"soal Sehun. Tao angguk.

"Penthouse. Baru beli lima bulan yang lepas. Sebelum ni tinggal dekat rumah saudara,"kata Tao yang sedang memberitahu bagaimana reka bentuk rumahnya kepada kedua rakan sekerja baharunya itu.

"Kau memang ada saudara di negara ni sebelum kau dapat naturalisasi?"soal Sehun, tidak ubah seperti cara dia menyoal beberapa orang banduan yang ditangkapnya sebelum ini.

Nada Sehun yang agak serius sama sedikit pun tidak menggentarkan semangat Tao. Malah riak wajahnya biasa-biasa sahaja.

"Ya,"sepatah sahaja Tao menjawab.

Mereka bertiga menyambung makan semula, tidak mahu bertanyakan sebarang soalan lagi selepas itu. Takut jika siapa-siapa di antara mereka akan mudah tersinggung pula selepas ini, sama ada Tao atau Jongin atau Sehun.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now