SEGMEN 15

17 6 4
                                    

Lunar Café
Keesokan harinya, 2:45 p.m.

Setelah syif kerjanya selesai, Taehyung bergegas mendapatkan helmet motornya lalu mengisi punch card sebelum keluar dari kafe itu.

"Tae, dah habis kerja dah?"tanya Heechul, pemilik kafe tersebut kepada Taehyung.

Taehyung cuma mengangguk lalu memakai helmetnya. Kunci motor dikeluarkan dari jaket kalis air yang dipakainya setelah syif kerja selesai.

"Hyung! Bye!"kata Taehyung sambil melambai ke arah Heechul.

Pintu kafe itu ditolak perlahan. Langkah kakinya semakin rancak sehingga dia sampai di kawasan tempat letak kereta berhampiran kafe itu.

Sebuah motor berjenama Kawasaki dihidupkan lalu ditunggang keluar dari kawasan itu. Motor tersebut memecut laju di sepanjang jalan raya Seoul yang agak sibuk ketika itu. Nasib baik sahaja Taehyung masih mampu mengawal motornya.

Setelah mengharungi sedikit kesesakan lalu lintas, Taehyung akhirnya sampai di hadapan sebuah bangunan kedai yang disusun secara berderet.

Taehyung memberhentikan motorsikal itu lalu menguncinya. Helmet yang dipakai terus dibuka sehingga rambutnya kelihatan serabai.

"Tae! Awal kau sampai, cepat masuk kerja! Student kau dah tunggu tu,"kata Baekhyun yang memandang ke arah sahabatnya menerusi tingkap kedai yang terbuka.

Taehyung mempamerkan senyuman kecilnya lalu segera menaiki tangga yang membawanya ke sebuah studio muzik yang terletak di tingkat satu bangunan kedai tersebut.

Begitulah rutin hariannya. Sebelah pagi dia akan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe, sebelah petang pula dia akan bekerja sebagai guru piano di sebuah studio muzik.

Tambahan pula, rumahnya terletak di sebelah studio muzik tersebut.

"Baek, kau stay tak kat sini lepas pukul enam petang nanti?"soal Taehyung kepada Baekhyun, pemilik studio muzik tersebut.

"Tengoklah macam mana. Orang rumah aku janji nak masak malam ni. Selalunya kitorang makan dekat luar,"Baekhyun menyimpulkan senyumannya.

Taehyung mengangguk lalu memandang ke arah salah seorang pelajarnya yang masih duduk di atas sofa itu.

Lelaki itu tersenyum lalu menyuruh pelajarnya untuk masuk ke studio muzik yang disediakan terlebih dahulu.

~~~

Seoul Metropolitan Police Agency
9:15 a.m.

"Motif kes pembunuhan James Walter berpunca daripada dendam,"kata Tao.

Semua pegawai dari unit jenayah dan forensik itu hanya mampu mendiamkan diri. Setiap penerangan daripada Tao didengar dengan penuh teliti.

"Menerusi laporan siasatan, kes ini mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan sebelum ini. Sasaran utama kita ialah Joker,"Tao menunjukkan lukisan potret Joker yang dilukis oleh salah seorang pakar lukisan dalam unit tersebut.

Pandangan matanya dialihkan ke arah Jongin. Wajah lelaki berkulit sawo matang itu tampak berkerut sahaja.

"Ada apa-apa masalah Detektif Kim?"Tao memandang Jongin dengan tajam.

Hairan. Keliru. Itu sahaja yang terbit dari hatinya.

"Detektif Huang, kenapa potret ni hanya menampakkan wajah Joker yang bertopeng dan berkaca mata saja? Sepatutnya, lakaran wajah mesti dilakukan secara penuh. Tak ada benda yang boleh tutup muka dia,"kata Jongin.

"Betul Detektif Huang. Kami perlukan wajah sebenar Joker,"kata salah seorang pegawai dalam unit itu.

Tao mendengus perlahan lalu menunjukkan satu paparan slaid yang disambung dari komputer ribanya.

Sekeping gambar yang diambil dari CCTV kediaman mendiang Tuan Han memaparkan figura tinggi lampai seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dan memakai kaca mata serta topeng.

Mereka semua memandang gambar yang diambil itu lalu membuat spekulasi tersendiri.

"Melalui rakaman ini, kita hanya mampu menangkap wajah Joker yang memakai topeng dan kaca mata sahaja. Selebihnya..."percakapan Tao tergantung seketika apabila dia terus memainkan rakaman CCTV tersebut dari aplikasi GOM Player.

Rakaman CCTV yang memaparkan Joker sedang berjalan masuk ke perkarangan rumah mewah itu diperhatikan dengan teliti. Riak wajah mereka biasa-biasa sahaja.

Sehinggalah rakaman tersebut memaparkan Joker mula berubah bengis lalu menembak kamera tersebut, semua terkejut. Paparan skrin bertukar grainy sehingga tulisan yang menunjukkan ‘Footage not available’ muncul pada skrin.

Inspektor Siwon berfikir sejenak lalu memandang ke arah Tao.

"Pembunuh bersiri yang sengaja menyembunyikan identitinya?"Inspektor Siwon bertanyakan soalan sebegitu kepada Tao.

Tao mengangguk.

"Joker sangat sukakan teka-teki. Dia akan sengaja membuat teka-teki untuk mengelirukan pihak berkuasa,"kata Tao.

Inspektor Siwon mengangguk faham.

"Fokus kita sekarang adalah untuk menjejak Joker menerusi lakaran ini. Saya yakin dia sedang bersembunyi di sini,"kata Tao.

"Kita akan lakukan rondaan di seluruh Seoul secara berkala,"cadang Inspektor Siwon.

"Saya setuju,"kata Sehun.

Jongin pula mengangguk lalu memanggil Tao untuk memberikan lakaran potret tersebut kepadanya.

Jongin menatap potret itu dengan lama.

"Macam mana?"tanya Sehun yang duduk di sebelahnya.

"Fully covered,"kata Jongin yang merujuk kepada rupa paras Joker itu.

Hanya jaket kulit berwarna hitam sahaja yang menjadi salah satu petunjuk utama dalam lakaran itu selain daripada kaca mata dan kain bandana yang menutupi separuh wajahnya.

Jongin menghela nafas dengan perlahan.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now