Kundasang, Sabah
Di sebuah tempat, seorang kanak-kanak lelaki sedang berlari menelusuri padang rumput yang menghijau berhampiran dengan sebuah rumah banglo dua tingkat milik keluarganya.
Gerak kakinya kian laju, keringat mula membasahi kulit. Ketika dia terus melajukan lariannya, tiba-tiba sahaja dia tersadung pada batu yang sengaja diletakkan di atas padang rumput itu.
Kedengaran bunyi gelak tawa daripada seorang lelaki yang berusia setahun lebih tua daripadanya.
"Kau ni Abdul! Memang tulang kau lembik macam tulang ayam kah? Kalau si bapa nampak kau macam ni, confrm dia tidak mau mengaku kau ni anak dia tau!"tengking lelaki itu kepada Abdullah.
Abdullah atau nama sebenarnya Muhammad Abdullah bin Harris, lelaki yang bertubuh kecil daripada abangnya itu hanya mampu menundukkan kepala sahaja.
Tidak sanggup dia mendongak ke atas untuk melihat wajah bengis abangnya yang sibuk menengkingnya ketika ini. Seram sejuk, itu yang dia rasa.
Yusuf atau nama dalam kad pengenalannya yang tertulis sebagai Muhammad Yusuf bin Harris terus memarahi adiknya. Bukan membabi buta, tetapi malu jika orang lain menganggap bahawa adiknya ini seorang yang sangat lembik.
"Bangunlah tuli!"herdik Yusuf sambil memukul bahu Abdullah dengan kuat.
Secara automatiknya Abdullah terbangun dengan statik, bagaikan tiang elektrik yang dipasang tegak di hadapan rumah mereka. Berdirinya dia di situ seperti lagak seorang tentera, bersedia menerima arahan daripada ketuanya bila-bila masa sahaja.
"Jom! Sambung joging!"kata Yusuf sambil mendorong Abdullah ke hadapan.
Abdullah terus meneruskan rutin senaman harian mereka pada pagi itu tanpa menghiraukan bebelan daripada Yusuf yang terus-menerus mempertikaikan tentang sifat malasnya.
~~~
Tao terus terjaga daripada tidurnya. Sebuah mimpi yang membawanya kepada memori masa silam milik Abdullah Harris itu membuatkan dia dihurung seribu pertanyaan.
Siapa Abdullah Harris? Mengapa dia sering muncul dalam mimpi Tao setiap kali dia dibuai lena?
Dan mengapa dia merasa mimpi itu benar? Seolah-olah dia pernah mengalami pengalaman sebegitu pada masa yang silam. Tapi dia lupa bagaimana dan bila dia pernah melalui pengalaman itu.
Tao terus membaringkan tubuhnya di atas katil semula lalu mengerling ke arah jam penggera digital yang diletakkan di atas meja sebelah katilnya.
Jam 2:45 pagi.
"Haih..."keluhan dilepaskan. "Kenapa aku selalu je termimpi pasal si Abdullah ni? Siapa budak tu? Siapa Yusuf?"
Tao cuba memerah otaknya untuk merungkaikan misteri tersebut namun terbantut. Baru sahaja dia teringat tentang hari pertama pekerjaannya di Seoul ini pada pagi nanti.
Mata dilelapkan semula.
~~~
Agensi Polis Metropolitan Seoul
Tao terus melangkah masuk ke ruang pejabat baharunya. Setelah selesai mengisi punch-card di ruangan lobi tadi, dia terus membeli setin kopi dari mesin layan diri berhampiran lalu bergegas menaiki tangga ke tingkat atas.
Semasa Tao hendak menyandarkan diri pada kerusi yang empuk itu, dia dikejutkan dengan panggilan daripada Inspektor Siwon. Lantas, dia berdiri lalu menabik hormat kepada ketua baharunya.
"Tao, saya mahu kamu datang masuk ke pejabat saya sekarang. Ada perkara yang saya perlu bincangkan dengan kamu sekarang juga,"kata Inspektor Siwon.
"Mustahak?"soal Tao.
"Sudah tentu,"balas Inspektor Siwon.
Tanpa sebarang bantahan, Tao terus mengekori ketuanya masuk ke dalam bilik pejabat Inspektor Siwon yang berpenghawa dingin itu.
"Saya mahu kamu lihat empat keping gambar ini. Ini adalah gambar daripada empat siri pembunuhan yang sama. Mangsa sahaja yang berbeza,"ujar Inspektor Siwon sambil menayangkan empat keping gambar mangsa pembunuhan yang ditemui di tempat kejadian.
"Pembunuhan pertama melibatkan ketua pengarah Syarikat Telekomunikasi NetGo, Tuan Kim Taejoon. Seterusnya pula Hakim Jang Hyun, Ketua Hakim di Mahkamah Tinggi Seoul.
Pembunuhan ketiga pula melibatkan Senator Bang Gil-ryeong yang ditemukan mati bersama isteri dan cucu perempuannya di dalam sebuah rumah percutian yang dipercayai milik keluarganya.
Dan yang terkini...Tuan Han Dojeong, pengasas HDJ Holdings. Kesemua mangsa Joker ini ditemui mati dengan kesan tembakan tepat pada bahagian tengah dahi mereka."
Inspektor Siwon menunjukkan empat kad Joker yang disimpan di dalam beg plastik berzip itu.
"Killer signature,"gumam Tao.
Inspektor Siwon memandang Tao dengan kedua kening yang terangkat apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Tao itu.
"Bagaimana kamu tahu ini killer signature, Detektif Huang Zi Tao?"soalnya.
"Dalam satu pembunuhan bersiri, seorang pembunuh yang bijak tidak akan meninggalkan apa-apa bukti yang mudah bagi pihak polis. Mereka akan terus mencari jalan bagaimana untuk mengelirukan pihak polis dengan membuat satu killer signature sebagai isyarat kepada mereka.
Perkara ini dilakukan untuk memastikan pembunuh tersebut dapat melaksanakan misi seterusnya tanpa sebarang halangan. Pembunuh tersebut juga akan berasa selamat kerana tidak diburu oleh pihak polis sepanjang misinya,"kata Tao yang berhujah panjang mengenai jawapannya tadi.
"Adakah killer signature itu juga dilakukan untuk menyembunyikan identiti sebenar pembunuh tersebut?"soal Inspektor Siwon.
"Ya. Ini adalah salah satu cara bagi memastikan identitinya tidak terdedah kepada pihak polis dengan mudah. Seperti strategi mempertahankan diri,"kata Tao.
Inspektor Siwon mengukirkan senyuman lalu menepuk bahu Tao.
"Saya berasa kagum dengan kehebatan kamu walaupun ini merupakan hari pertama kamu di sini. Bagaimana kamu tahu semua itu?"soal Inspektor Siwon lagi, seperti detektif sahaja bunyinya.
"Instinct saya, tuan,"Tao berseloroh sehingga mengundang ketawa daripada Inspektor Siwon.
"Baiklah. Kalau tiada halangan, saya akan serahkan kes ini kepada kamu."
Tao memandang Inspektor Siwon lalu mengangguk.
"Baik tuan inspektor. Saya bersedia dengan segala tanggungjawab dan risiko yang saya akan hadapi nanti,"Tao angguk.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...