Millennial Company Pt. Ltd.
2:38 p.m."Mr Jung, apa-apa perkembangan tentang saham syarikat sekarang ni?"soal Tuan Wu kepada rakan kongsinya.
Mr Jung menyimpulkan senyuman pada bibirnya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa pejabat Tuan Wu itu.
"Saham sekarang berada pada kedudukan normal, Tuan Wu. Nothing to be worry about,"kata Mr Jung.
Pandangannya dialihkan ke arah paparan skrin televisyen di dalam bilik pejabat Tuan Wu itu. Berita mengenai pihak kedutaan England yang bertindak menyaman Agensi Polis Metropolitan Seoul menjadi tajuk berita utama pada petang itu.
"Nampaknya keluarga si James tu nak sangat pihak polis cepat buat kerja,"kata Mr Jung.
Tuan Wu terus meletakkan interkomnya setelah berbual dengan Wendy untuk menyuruh setiausahanya memanggil Mei Shern masuk ke pejabat beliau nanti. Lelaki berusia pertengahan umur itu berjalan menghampiri Mr Jung bagi melihat berita yang dipaparkan pada skrin itu.
"Biasalah. Diorang dah lama tak tahan dengan sikap sambil lewa pihak polis tu,"kata Tuan Wu.
"Tuan pernah tertanya-tanya tak siapa sebenarnya Joker?"soal Mr Jung kepada Tuan Wu.
Tuan Wu terdiam seketika.
"Pernah juga...saya pernah terfikir begitu. Tapi saya tak pasti apa motif dia,"kata Tuan Wu. "Banyak media yang cakap semua tu berpunca dari dendam."
Mr Jung mengerutkan keningnya. Lelaki itu segera bangun dari sofa lalu berjalan menuju ke tingkap pejabat tersebut.
Pemandangan kota Seoul diperhatikan dengan khusyuk. Pelbagai firasat mengenai Joker mula memenuhi mindanya.
"Mr Jung, kamu rasa...apa yang patut saya buat? Saya takut kalau Joker akan jadikan saya sebagai sasaran dia yang seterusnya,"nada suara Tuan Wu bertukar resah.
"Tuan Wu, kita tak patut ulas pasal isu ni sekarang,"bidas Mr Jung sambil memusingkan badannya menghadap Tuan Wu yang berdiri satu meter sahaja daripada beliau.
"Tapi...kalaulah Joker tu memang nak sasarkan saya, saya patut buat sesuatu,"kata Tuan Wu.
"Tuan Wu Yichen, macam mana tuan boleh tau yang Joker akan sasarkan tuan pula lepasni? Tuan pernah buat salah dengan dia ke?"soal Mr Jung bersama senyuman sinis yang terukir pada bibirnya.
Tuan Wu tercengang. Lidahnya terkunci.
"Err...t-tak! Saya cuma pastikan keselamatan saya dan keluarga sentiasa terjaga. Itu saja,"kata Tuan Wu.
Mr Jung tergelak kecil sekali lagi lalu menggelengkan kepalanya.
"Tuan Wu, Tuan Wu. Tadi risau pasal saham, sekarang ni risau pasal keselamatan family?"kata Mr Jung.
Lelaki itu terus keluar dari situ meninggalkan rakan bisnesnya yang masih terpinga-pinga dengan situasi yang berlaku sekarang ini.
~~~
Firma Guaman Hansang & Co.
Gwangju, Seoul
3:45 p.m."If you want to meet us, just call. Okay?"kata Puan Walter kepada Jongdae.
Jongdae cuma mengangguk lalu menundukkan tubuhnya di hadapan isteri kepada mendiang James itu.
"I will try my best, Madam Walter. I really sure that your husband will get a justice soon,"kata Jongdae.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...