SEGMEN 47

25 6 6
                                    

"Abdul!"Chanyeol menarik lengan Tao lalu menghentikan langkah lelaki itu.

Dengan tidak semena-mena, Tao berpusing ke belakang sambil menyimpan pistolnya ke bawah dengan segera. Takut jika dia terlepaskan tembakan ke arah Chanyeol secara tidak sengaja.

"Kau dah kenapa, Yusuf? Kalau aku masih lagi pegang pistol ni, dah lama muka kau berlubang. Kau nak?"ugut Tao.

"Aku cuma nak ingatkan kau pasal Mr. Jung saja, Abdul. Dia sangat agresif. Bila-bila masa saja nyawa kau dalam bahaya,"kata Chanyeol.

"Macam mana kau tau? Dan macam mana kau boleh ada di sini?"soal Tao, hairan.

Pistol yang disimpannya dikeluarkan semula.

"Aku tau semua ni dari orang bawahan bapa kita yang masih hidup lagi dan aku datang ke sini lepas aku nampak kau larikan diri dari rumah tu. Aku cepat-cepat dapatkan Mei Shern dan tanya kau pergi mana.

Sebab tu lah aku sanggup tinggalkan Dallia dan Hani di Sabah semata-mata untuk selamatkan kau,"kata Chanyeol.

Tao terdiam semula. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu.

"Tuan Wu macam mana?"soal Tao.

Chanyeol mendiamkan dirinya lalu menundukkan kepalanya ke bawah.

"Huh? Dia macam mana?"soal Tao lagi.

"Tuan Wu dah meninggal dunia, Tao."

Tao membulatkan matanya.

"Dia meninggal gara-gara serangan jantung,"sambung Chanyeol lagi.

Tao mendiamkan dirinya semula lalu menoleh ke arah jam tangannya. Matanya membulat sekali lagi.

Dia tahu masanya semakin suntuk. Dia perlu mengejar Mr. Jung dengan segera sebelum lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Tanpa berkata apa-apa, Tao terus bangkit lalu melajukan lariannya untuk mengejar musuh utamanya bersama Chanyeol.

~~~

"Tuan!"seorang pembantu lelaki yang berusia awal 20-an terus menyambut Mr. Jung di kapal cruise itu.

"Ambilkan aku senjata tu. Ada musuh yang kejar kita sekarang ini,"kata Mr. Jung.

"Siapa tuan?"soal pembantu itu.

"Joker,"balas Mr. Jung. Dia sengaja menggunakan nama itu terhadap Tao.

Walhal dia tidak mengetahui bahawa Joker itu memang Tao sendiri.

Pembantu tersebut membulatkan matanya lalu segera mendapatkan sepucuk pistol dan selaras senapang kepada Mr. Jung.

Setelah mendapatkan senjata tersebut, Mr. Jung terus mencuba untuk mengacukan senjata tersebut ke udara. Bunyi tembakan dilepaskan.

Senyuman sinis terukir pada bibirnya.

"Kau akan mati di tangan aku harini juga, Joker."

~~~

"Aku ada pasangkan alat pengesan di beg Mr. Jung sebelum dia ambil beg tu masa kita kejar dia tadi. Aku harap kita dapat jejak dia,"kata Chanyeol sambil merenung ke arah kapal cruise yang masih berlabuh di pelabuhan tersebut.

Tao tampak kehairanan dengan setiap bait perkataan yang keluar dari mulut abangnya.

Seingat dia, Chanyeol hanya bekerja sebagai seorang doktor yang bertugas di bahagian forensik sahaja. Macam mana abangnya itu boleh ada kelengkapan yang lengkap seperti seorang perisik profesional ini?

"Macam mana kau boleh ada semua alat ni?"soal Tao kepada Chanyeol.

Chanyeol tersengih lalu memandang adiknya dengan sinis.

"Sebenarnya, aku perisik CIA yang ditugaskan untuk membendung korupsi di Korea Selatan dan mengelakkan kecurian wang yang berlaku dalam bank dunia,"kata Chanyeol.

"Aku disuruh untuk memerhatikan gerak-geri setiap ahli perniagaan yang terlibat dalam korupsi ini dan melaporkannya kepada pihak CIA di Amerika Syarikat,"sambungnya lagi.

Tao membulatkan matanya sekali lagi. Rasa tidak percayanya itu semakin menguasai dirinya.

"Jadi...selama ni...yang kau kerja jadi doktor tu-"

"Penyamaran,"kata Chanyeol. "Tapi masa dalam latihan pun, aku dah dilatih dengan bidang perubatan. Dalam masa lima tahun saja aku dah dapatkan lesen perubatan dan berkhidmat sebagai doktor di Korea Selatan."

"Tapi kau perlukan kerakyatan Amerika Syarikat untuk berdaftar dengan CIA. Betul kan?"soal Tao lagi.

"Ya, aku memang ada kerakyatan Amerika Syarikat pun dan aku juga ada kerakyatan Malaysia,"kata Chanyeol.

"Jadi nama Park Chanyeol tu cuma-"

"Nama yang digunakan untuk penyamaran saja."

"Macam mana kau boleh masuk dalam CIA tu?"sekali lagi, Tao diselubungi dengan tanda tanya.

"Kawan arwah abah yang tolong aku. Dia orang US,"balas Chanyeol.

Tao melopong faham lalu memandang ke arah kapal tersebut semula.

"Tapi tak sangka kau dah bantu aku untuk misi ni. Aku berterima kasih dekat kau,"kata Chanyeol. "Kalau tak, lama lagi aku di Korea agaknya."

Tao memandang ke arah abangnya dengan sekilas. Kemudian, lelaki itu terus bangkit dari tempat persembunyiannya.

"Kita ke sana sekarang,"kata Tao sambil disusuli oleh Chanyeol yang bersedia dengan pistol di tangannya.

~~~

D

ua beradik itu berjalan terjengket di dalam kapal tersebut. Sejak mereka menyelinap masuk ke dalam kapal itu tadi, Chanyeol banyak kali memberi isyarat kepada Tao untuk diam.

"Dalam anggaran berapa meter lagi kita dapat jumpa Mr. Jung?"soal Tao.

"Shh!"Chanyeol mengisyaratkan adiknya untuk diam. "Diam."

Tao memandang abangnya dengan wajah yang jengkel lalu memerhatikan kawasan di hadapannya semula.

Tiba-tiba, satu figura manusia yang berketinggian sederhana itu sedang berdiri tegak di hadapan mereka. Figura itu membawa dua senjata sebagai alat pertahanan dirinya.

"Woah, PUBG-"

"Diam!"bisik Chanyeol dengan geram.

Figura itu mentertawakan mereka. Chanyeol dan Tao terus memusingkan kepala mereka ke hadapan.

"Nampaknya kita berjumpa lagi, Joker dan..."

Lelaki yang memegang senjata tersebut memandang ke arah Chanyeol dengan pandangan yang sinis.

"Perisik terhebat dari CIA, Yusuf Harris. Tak sangka kau ada di sini."

Tao memandang lelaki itu dengan geram. Sementara itu, Chanyeol sudah mula memasukkan magazine baharu ke dalam pistolnya.

"Jung Jinyoung, dah puas hidup?"soal Tao dengan senyuman sinis yang begitu lebar terukir pada hujung bibirnya.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now