SEGMEN 50

29 7 0
                                    

"Macam mana?"soal Dallia kepada Chanyeol sebaik sahaja mereka sekeluarga keluar dari hospital itu.

"Doktor tak setuju untuk lakukan pembedahan tu. Katanya ada risiko yang tinggi. Sedangkan semua pembedahan pun ada risiko yang tinggi...hairan betul lah,"kata Chanyeol sambil membuka pintu keretanya.

"Biasalah. Doktor tu mungkin terlalu alert sangat dengan pesakit dia,"kata Dallia.

"Dia tak layak jadi doktor kalau begitu,"sindir Chanyeol sambil menghidupkan enjin kereta SUVnya itu.

"Hm, you ada contact dengan doktor yang rawat Abdul di Seoul tak? Mungkin dia boleh bantu you,"kata Dallia.

Chanyeol mendiamkan dirinya seketika lalu mengeluarkan telefonnya. Nombor seseorang dicari pada skrin itu.

"I dapat tau dari kawan dia yang dia ada berubat di sebuah klinik di Seoul. Nama doktor yang rawat dia pula Doktor Roseanne. Mungkin dia ada simpan banyak maklumat tentang penyakit Abdul,"kata Chanyeol.

Nombor Roseanne terus dihubunginya.

"Hello? Doktor Roseanne kan? Saya Chanyeol, abang kepada Tao...saya ada nak cakap something dekat doktor sekejap."

Chanyeol terus memberitahu semua perkara yang berlaku terhadap Tao kepada doktor yang merawatnya itu.

~~~

Doktor Roseanne
Saya akan datang ke KL untuk International Mental Health Day Conference di PWTC Isnin depan. Lepas habis conference tu, baru kita atur di mana kita akan berjumpa. Saya akan serahkan semua fail berkaitan dengan Tao kepada encik.

Baiklah, terima kasih doktor.

Sama-sama.

Chanyeol menghembus nafas lega sebaik sahaja dia selesai berurusan dengan doktor peribadi Tao itu. Dallia yang memberikan segelas air kepada suaminya terus duduk di sebelahnya.

"Kenapa you tersengih ni?"soal Dallia sambil memegang lengan Chanyeol.

"I dah dapatkan maklumat tentang penyakit Abdul. Rupanya selama ni dia ada kecelaruan identiti disebabkan kemalangan yang dia alami dulu. I rasa kesian dengan dia,"kata Chanyeol.

Dallia melopong faham lalu memandang ke arah mesej Chanyeol bersama Doktor Rose itu.

"Jadi you akan jumpa dengan doktor tu minggu depan lah ya?"soal Dallia lagi.

Chanyeol mengangguk. "Kebetulan dia ada conference di PWTC. So lepas habis nanti baru kami jumpa."

"Cantik ke Doktor Rose tu?"soal Dallia sambil mengangkat kedua keningnya.

"Kalau tengok dari gambar profil, cantik. Tapi...isteri I yang solehah ni lagi cantik dan comel dari dia,"puji Chanyeol sambil mencubit pipi Dallia.

Dallia terkekeh lalu memeluk tubuh suaminya semula.

"Alah I saja je nak main-mainkan you,"kata Dallia. Chanyeol memandang isterinya dengan senyuman yang jengkel lalu memeluk bahunya.

"Apa khabar adik-beradik yang lain?"soal Dallia kepada Chanyeol.

"Kakak Jasmine tengah sibuk uruskan ladang strawberi dan teh di Kundasang. Nasib baik arwah ayah ada tinggalkan sedikit harta untuk kami semua. Tanah arwah ayah di Putrajaya pun I dah uruskan sepenuhnya,"kata Chanyeol.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now