SEGMEN 13

25 6 14
                                    

Tao mencelikkan semula matanya lalu memandang Doktor Rose. Keluhan hampa dilepaskan.

"How? Is everything okay?"soal Doktor Rose sambil menatap fail laporan tersebut semula.

Catatan dialog yang diutarakan oleh Tao ditatap seketika sebelum pandangannya beralih kepada lelaki itu semula.

Tao menggeleng lalu menyentuh keningnya. Ternyata, tidak ada sebarang kesan parut yang menempel pada kedua alis tebalnya itu.

Kemudian, Tao segera menyelak bahagian kiri lengan kemejanya. Satu garisan parut yang berwarna agak kemerahan dan sedikit pudar itu ditatap dengan ekspresi wajah yang memeranjatkan Doktor Rose.

Parut itu seolah-olah masih baru lagi pada lengannya.

"M-macam mana...I boleh ada parut ni? I bingung...I bukan budak tu, Doktor Rose...I bukan budak tu!"rintih Tao.

"Yes I know you bukan budak tu. Mungkin semua itu terjadi secara kebetulan,"kata Doktor Rose. "You kena lawan budak tu supaya dia tidak menguasai diri you."

"I try, doctor,"kata Tao sambil mengangguk dengan akur.

Kemudian, dia melambai ke arah Doktor Rose sebelum meninggalkan klinik itu.

~~~

Millennial Company Pte. Ltd.
11:15 a.m.

"Bagaimana dengan saham kita sekarang ini, Mr. Jung?"soal Tuan Wu kepada salah seorang rakan kongsinya.

"Setakat ini, syarikat kita mencatatkan nilai pasaran saham yang tertinggi dengan nilai sebanyak $15 seunit. Nampaknya pelabur dari syarikat antarabangsa mula menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kita,"kata Mr.Jung kepada Tuan Wu.

Tuan Wu mengangguk lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabat. Kerusi tersebut sengaja dipusingkan sambil pandangan matanya masih beralih ke arah langit Seoul yang sangat membiru ketika itu.

"Kalau Harris Corporation masih ada lagi, tentu orang Malaysia tu akan jadi pelabur utama syarikat kita,"kata Mr.Jung dengan sinis.

Dengan serta-merta, mata Tuan Wu membeliak. Lamunannya terhenti tatkala dia mengenangkan sahabatnya yang sudah lama meninggal dunia itu.

"Tuan masih ingat lagi detik-detik di mana tuan mendapat tahu tentang kematian Datuk Harris?"soal Mr.Jung dengan sinis.

"Ya...masih,"gumam Tuan Wu dengan perlahan. "Masa tu pagi...hari Selasa. Saya dapat tahu daripada pembantu peribadi saya sendiri."

Mr.Jung mengangguk. Ketika itu, pintu diketuk perlahan lalu Tuan Wu segera mengisyaratkan agar orang tersebut masuk.

Mei Shern segera memasuki ruang pejabat ayahnya lalu menyerahkan beberapa keping fail kepada Tuan Wu. Sempat lagi dia menyapa Mr.Jung apabila lelaki itu meminta izin untuk keluar dari situ.

Mei Shern terus menegur ayahnya apabila lelaki itu hanya mempamerkan wajah sugulnya. Senyuman paksa pula diberikan kepada gadis itu.

"Baba, baba okay ke?"soal Mei Shern kepada ayahnya.

Tuan Wu mengangguk. Namun, naluri Mei Shern ternyata lebih kuat. Bahu sang ayah ditepuk perlahan.

"Mei tau...baba tentu stres sekarang ni. Apa benda yang baba dan uncle Jung sibuk ceritakan?"soal Mei Shern kepada ayahnya.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now