SEGMEN 25

21 6 5
                                    

"Jennie, kalau kamu nak simpan buku tu pun simpan sajalah. Pak cik tak paksa kamu pulangkan pun,"kata Inspektor Siwon.

"Tak apalah pak cik. Saya okay je. Lagipun saya dah ada duit yang cukup untuk beli semua buku yang saya perlukan,"kata Jennie.

"Hm,"Inspektor Siwon hanya akur, buku yang dipinjam dari anak buahnya disimpan ke dalam rak buku.

Ketika Jennie hendak keluar dari situ, Inspektor Siwon terus bersuara.

"Kamu tak ada rancangan untuk balik Malaysia ke, Zahira?"soal Inspektor Siwon sambil memanggil nama sebenar Jennie.

Jennie terus kaku. Matanya membulat, seraya dia memandang ke arah Inspektor Siwon bersama riak wajah penuh kehairanan.

"Pak cik...pak cik tau kan saya dan Taufiq dah lama nak plan pulang ke sana? Tapi...kami takut. Kalau-kalau masih ada musuh family kami yang berkeliaran di sini,"kata Jennie.

Inspektor Siwon cuma mengangguk faham.

"Kamu pernah kenal dengan siapa-siapa yang kamu syak jadi musuh family kamu?"soal Inspektor Siwon.

Jennie menggeleng lalu mengeluh hampa.

"Saya tak ingat satu sen pun pak cik. Masa tu saya masih kecil lagi,"kata Jennie.

Inspektor Siwon cuma memandang ke arah anak saudara angkatnya lalu mengangguk, faham dengan keadaan yang dialami oleh gadis itu sekarang.

"Pak cik tak nak paksa kamu untuk ingat semua tu. Yang penting, kamu fokus saja dengan apa yang kamu buat sekarang,"kata Inspektor Siwon. "Hm?"

Jennie mengangguk. Kemudian, gadis itu terus berjalan keluar dari pejabat tersebut untuk mendapatkan lif yang berhampiran.

Pandangan matanya beralih ke arah Tao yang sibuk membuat kerja pada skrin komputernya. Lama dia memandang ke arah lelaki tersebut sebelum dia meneruskan perjalanannya semula.

~~~

Sebelum itu,
H

otel Signial, Seoul

"Mei Shern. Uncle ada perkara yang uncle nak ceritakan sikit kepada kamu,"kata Mr Jung sambil meletakkan kedua tangannya di atas meja.

"Ada apa tu uncle?"soal Mei Shern dengan kedua mata yang dibesarkan sedikit.

"Ini tentang saham syarikat ayah kamu, Mei,"kata Mr Jung.

Mei Shern mengerutkan keningnya. Gadis itu cuba menelaah maksud ayat yang dikatakan oleh sahabat kepada ayahnya itu.

"Saham syarikat? Ada masalah ke dengan saham syarikat ayah saya?"soal Mei Shern.

"Saham syarikat ayah kamu berada dalam keadaan yang tidak stabil,"kata Mr Jung. "Baru-baru ni ada satu syarikat kecil yang mula bersaing untuk mendapatkan kedudukan pertama dalam bursa saham. Kalau perkara ini berlaku, kedudukan saham syarikat ayah kamu akan terjejas."

Mei Shern mengerutkan dahinya.

"Tapi kita boleh pastikan kedudukan saham tu stabil kalau kita buat pengauditan semula,"kata Mei Shern. "Mana tau ada pekerja yang cuba menyeleweng duit syarikat."

"Tak. Bukan tu sebabnya...ini masalah yang agak...sulit,"kata Mr Jung.

"Sulit?"soal Mei Shern, kebingungan.

"Masalah ni lebih kurang macam masalah...pengurusan kewangan syarikat. Bukan ayah kamu juga ke yang pegang jawatan pengurus kewangan tu?"soal Mr Jung.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now