Hyatt Regency Hotel
Kota Kinabalu, Sabah
8:25 a.m.Setelah sekian lama melelapkan mata, Tao bangun lalu merenung kosong ke arah dinding bilik hotel yang agak luas itu. Langsir yang menutupi tingkap pada biliknya disingkap lalu menampakkan pemandangan laut yang agak membiru ketika itu.
Sekarang ini, dia hanya tinggal di dalam bilik hotelnya sahaja. Sebelah petangnya pula, barulah dia keluar untuk mencuci mata di pusat membeli-belah yang berhampiran. Kalau ada yang sempat dibelinya pun, duitnya takkan habis juga.
Tao terus duduk di birai katilnya semula. Matanya kini merenung tajam ke arah sebuah majalah yang diletakkan di atas meja berhampiran katilnya.
Majalah mengenai tempat percutian yang menarik di Sabah dibelek. Kemudian, matanya tertancap pada satu halaman yang memaparkan gambar Gunung Kinabalu. Mulutnya bergerak membaca nama dan lokasi tempat tersebut.
"Kundasang...Sabah,"gumam Tao. Majalah itu ditutup lalu diletakkan di atas meja semula.
Dahinya berkerut. Macam dia pernah dengar nama tempat itu. Kundasang? Macam kenal! Tapi di mana tempat tu sebenarnya?
Hanya orang tempatan sahaja yang tahu. Dia pula orang yang menjejakkan kaki di sini buat kali pertama.
Tao bingkas berdiri lalu berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
~~~
Kundasang, Sabah
11:23 a.m.Setelah mengharungi tiga jam perjalanan (disebabkan hujan lebat dan kabus yang agak tebal semasa melalui jalan Bundu Tuhan), kereta Peugeot yang dipandu oleh Chanyeol sudah sampai di perkarangan villa yang agak mewah di daerah tersebut.
Nasib baik dia masih ingat jalan untuk ke rumahnya itu setelah beberapa kali dia tersalah masuk kampung. Sekejap ke kawasan perkampungan di lereng bukit, sekejap ke bawah pula sampaikan Chanyeol hampir termasuk ke kawasan kebun orang kampung di situ. Mujur tanaman di situ tidak rosak atau mereka tidak dikejar anjing peliharaan petani di situ yang amat agresif sekali.
Chanyeol memberhentikan keretanya di hadapan villa tersebut lalu menurunkan semua beg yang dibawa oleh dia dan keluarganya. Beg bagasi milik Taehyung dan Jennie juga diturunkan.
Chanyeol melilaukan matanya di sekeliling persekitaran villa tersebut. Masih tidak berubah, hatinya tersenyum.
Beg itu disusun di hadapan pintu rumah. Disebabkan dia sahaja yang memegang kunci villa itu, dia terus berdiri di hadapan pintu tersebut.
Belum sempat Chanyeol membuka kunci pada pintu itu, seorang wanita berusia awal 30-an sudah terpacak di hadapan pintu itu.
Mata mereka bertembung untuk seketika. Dia kaku, wanita itu juga kaku. Bahkan wanita itu sempat menilik wajah tampan Chanyeol sebelum menilik wajah yang lain.
Gambar yang dikeluarkan dari poket seluarnya pula ditilik. Berulang kali dia memandang wajah Chanyeol dan wajah lelaki pada gambar itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
"Yusuf?"tanya wanita itu.
Chanyeol mengangguk. "Jasmine?"
Irene tersenyum. Tidak terkata perasaannya kini apabila dia bertemu dengan adik lelakinya di hadapan mata, doanya termakbul.
"Yusuf!"Irene terus memeluk erat tubuh Chanyeol sehingga Dallia yang menyaksikan adegan tersebut terkedu.
Irene terus menangis sambil memeluk adik lelakinya. Perasaan rindunya sudah tidak mampu tertahan lagi. Apatah lagi dengan Chanyeol, tidak sangka dia akan dipertemukan dengan kakaknya semula.
"Jasmine, ni bini saya. Nama dia Kang Dallia. Kacukan Korea dengan Arab,"Chanyeol tersengih.
"Amboi, pandai kau pilih bini ya Yusuf! Cantik pula tu,"puji Irene.
"Biasalah. Kakak pula? Masih membujang lagi kah?"kata Chanyeol dengan sinis.
"Aish, kakak pun sudah kahwin bah! Anak pun dua orang sudah,"kata Irene. Dipeluk Taehyung dan Jennie dengan lebih erat.
"Kakak, lama sudah tidak jumpa,"kata Taehyung sambil menahan sebak yang berkumpul di dada.
Jennie pula sudah lama menghamburkan tangisannya. Hatinya yang selama ini kental kini menjadi rapuh saat dia bertemu dengan kakaknya, apatah lagi ketika kali pertama apabila dia mendapat tahu tentang keberadaan Chanyeol di Seoul dulu.
"Ni anak kau kan? Nama dia siapa?"tanya Irene.
"Hani,"kata Chanyeol. "Hani, salam auntie Jasmine."
Hani menyalami tangan ibu saudaranya. Irene pula terus memeluk tubuh anak gadis itu bersama ibunya.
"Kakak, apa khabar?"kata Dallia. "Gembira dapat jumpa kakak di sini."
"Kakak pun sama,"kata Irene.
Saat itu, semua adik-beradik dalam keluarga Datuk Harris sudah bertemu semula.
Kecuali seorang-
"Di mana Abdullah?"tanya Jasmine.
"Fiq belum jumpa dia lagi, kak,"kata Taehyung sambil mengangkat bahu.
"Yusuf?"
"Yusuf pun sama,"kata Chanyeol.
Hanya Abdullah saja yang ditunggu-tunggu sekarang ini.
~~~
Kota Kinabalu,
Lusa kemudianSeperti yang dirancang, Tao sudah memulakan perjalanannya menuju ke pekan Kundasang. Pekan tersebut terletak di daerah Ranau, kawasan strategik yang menjadi tempat persinggahan bagi setiap pengguna jalan raya. Sama ada bagi mereka yang mempunyai perjalanan dari KK (Kota Kinabalu) ke Sandakan, KK ke Tawau atau sebaliknya.
Ada juga yang datang ke sini untuk melawat banyak kawasan pelancongan yang menarik di Ranau. Mungkin itu juga yang membuatkan Tao tertarik untuk datang ke pekan kecil tersebut.
Sebelum memulakan perjalanan, dia telah menyewa sebuah kereta SUV tanpa pemandu. Katanya, biarlah dia melakukan semua itu sendiri. Yang penting peta mesti ada! Itu yang dia kata kepada pekerja hotel tersebut.
Yang ajaibnya, Tao mampu mengingat di mana jalan untuk keluar dari bandar ini. Ketika dia sudah melalui kawasan simpang Tamparuli lagi dia telah merasakan sakti tersebut. Sakti yang telah membuatkan dia ingat semua jalan di situ, meskipun dia baru sahaja menjejakkan kaki di negeri di bawah bayu ini.
Kereta SUV yang dipandunya itu terus memecut laju di jalan raya selama dua jam perjalanan yang agak singkat bagi dirinya.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...