SEGMEN 21

20 5 8
                                    

Bank Shinhan
Gwangju, Seoul
9:10 p.m.

"Jangan bergerak! Kami polis!"laung Sehun sambil menunjukkan kad penguasa polisnya.

Jongin dan Tao segera masuk ke dalam kawasan bank tersebut lalu meleraikan ikatan tali pada bahagian tubuh mangsa rompakan yang diikat secara membelakang di antara satu sama lain.

"Terima kasih encik! Kalau encik semua tak ada tadi, tak tau lah apa nasib kami semua,"kata seorang akauntan lelaki yang berusia sebaya dengan Jongin itu.

"Sama-sama. Memang tanggungjawab kami untuk pastikan kamu semua selamat,"kata Jongin.

Jongin memandang ke arah Tao yang sibuk mengumpulkan semua mangsa rompakan di tempat yang selamat bersama pegawai polis yang lain.

"Ada lagi yang masih kena ikat kat sana?"Jongin bertanya kepada Tao.

Tao menggelengkan kepalanya lalu memandang ke arah Sehun bersama pegawai polis yang lain sibuk memberkas tiga orang perompak di situ.

Kesemuanya memakai topeng. Itu yang Tao dapat perhatikan semasa dia melihat rupa fizikal ketiga-tiga penjenayah itu.

Pada masa yang sama, dia cuba memikirkan siapa di antara mereka yang menyamar sebagai Joker.

"Tuan Inspektor!"Jongin menundukkan tubuhnya apabila Inspektor Siwon yang hanya berpakaian kasual itu datang di kawasan tersebut.

"Bawa mereka bertiga ke balai sekarang. Kita akan jalankan soal siasat,"arah Inspektor Siwon kepada Jongin dan Tao. "Mana-mana mangsa yang cedera, bawa mereka ke hospital. Kalau pulih, panggil mereka ke balai polis untuk penerangan sebagai saksi kejadian."

Jongin dan Tao mengangguk sekilas lalu membawa kesemua perompak tersebut ke balai polis.

~~~

Agensi Polis Metropolitan Seoul
9:58 p.m.

"Bagitau dekat saya...awak pernah terlibat dalam mana-mana kes pembunuhan sebelum ni?"soal Sehun dengan nada yang serius kepada seorang perompak di bilik soal siasat.

"Tak,"balas perompak yang berwajah bengis itu.

"Apa kaitan awak dengan Joker? Awak kenal Joker?"Sehun bertanya sekali lagi.

"Tak."

Sehun tetap bersikap tenang sahaja meskipun kesabarannya semakin menipis, senipis kulit bawang.

"Rekod jenayah awak ada mengatakan yang awak pernah terlibat dalam satu kes langgar lari sehingga menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Tapi awak terlepas hukuman mati yang sepatutnya dijatuhkan kepada awak.

Awak pernah bersubahat dengan mana-mana orang kaya untuk ringankan hukuman tu?"soal Sehun dengan nada yang lebih serius.

Lelaki bengis itu membulatkan matanya lalu menghentakkan kedua penumbuknya di atas meja.

"AKU TAK PERNAH BUNUH ORANG!"jerit lelaki bengis itu sehingga memaksa Jongin untuk menghalangnya daripada terus menyerang Sehun.

Sehun cuma diam lalu berdiri dari kerusinya. Dia mengelilingi meja tersebut sambil menyeluk kedua tangan ke dalam poket seluarnya.

"Tak pernah bunuh orang? Adakah kes langgar lari itu bukan salah satu daripada perbuatan pembunuhan bagi awak?"soal Sehun, nada percakapannya semakin perlahan.

Lelaki bengis itu diam sahaja.

"Hm?"

Sehun memandang lelaki itu dengan sebelah kening yang terangkat.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now